Republic Kata

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang merupakan bekas Hakim Besar Malaya dipercayai memainkan peranannya yang sangat penting dalam memastikan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim tidak diterima untuk memperbahurui kontraknya.

Menurut sumber, kontrak Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dikatakan tidak diperbaharui kerana perbincangan antara Sultan Azlan Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dengan sedikit nasihat Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Hasil daripada perbincangan ini kemudiannya diusulkan kepada Majlis Raja-Raja, dan Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan usulan itu sebelum sebuah kenyataan dibuat oleh Majlis Raja-Raja pada akhir Rabu lalu.

Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Hamid Mohamad telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan kosong oleh Ahmad Fairuz yang sekarang sudah berusia 66 tahun.

Abdul Hamid pula yang pada ketika ini berusia 65 tahun, akan menjawat jawatan berkenaan sehingga mahkamah mendapat calon yang sesuai bagi menggantikan Tun Ahmad Fairuz.

Dalam perkembangan berkaitan dikatakan juga ada personal yang berpengaruh turut terlibat dengan Kes Klip Video VK Lingam yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti keAdilan Rakyat (PKR), beberapa bulan yang lalu.

"Mana boleh celen (cabar) dia. Kalau kerajaan dah habis fikir, celenlah", kata sumber itu yang merupakan juga seorang kakitangan kerajaan.