07/11: Ahli UMNO buat laporan Polis mengenai Presiden UMNO
Category: Blogs
Posted by: raja petra

Biggum Dogmannsteinberg
Seorang AJK UMNO Cawangan, dalam Bahagian Sekijang, Segamat, Johor, Johari Ismail, jam 5.30 petang ini membuat Laporan Polis keatas Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana dakwaan berkenaan dimana Presiden UMNO itu mengarahkan Setiausaha Kerja UMNO Brig. Jen. (B) Dato’ Hussainay Hashim untuk mengubah minit mesyuarat yang telah disediakan bagi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis, 28 September 2006.

Laporan ini telah dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dalam laporan polis ini, pengadu mendakwa bahawa mesyuarat MKT sebelum 28 September 2006 itu telah membincangkan dengan terperinci usaha untuk mengagalkan mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad dari dipilih sebagai Perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 15-17 November 2007 dan nama nama khusus pemimpin UMNO telah disenaraikan untuk mengambil tugasan agar Tun Dr. Mahathir dihalang dengan apa cara sekalipun.
Apa yang dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat MKT UMNO yang diminitkan itu sebenarnya dilihat hasilnya pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) UMNO Bahagian Kubang Pasu yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada Sabtu 9 September 2006, apabila mantan Presiden UMNO untuk 22 tahun dan Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu untuk 30 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah gagal dipilih sebagai Perwakilan UMNO Kubang Pasu ke PAU 2006. READ MORE HERE
DENIS2020CFFM wrote: