| PR Selangor digesa perkukuh kerjasama bersepadu |
| Posted by admin | |
| Friday, 06 November 2009 16:41 | |
|
(Merdeka Review) - Angkatan Muda Keadilan Selangor memandang serius terhadap tulisan oleh Raja Petra Raja Kamarudin yang dikeluarkan di laman portal Malaysia Today. Dalam tulisan tersebut beliau membuat dakwaan mengenai usaha jahat UMNO/BN yang mensasarkan Januari 2010 untuk merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.
AMK Selangor mengambil pendirian tegas agar unsur-unsur sabotaj yang sengaja dilakukan dan dirancang ditangani segera dan tegas daripada terus mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian rakyat. Malahan AMK Selangor menjangkakan selepas ini akan berlaku lagi isu-isu panas yang sengaja ditimbulkan untuk 'membakar' hati dan perasaan rakyat di Selangor. AMK Selangor berharap rakyat Selangor akan terus memberikan sokongan dan dokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin perubahan. Rakyat pasti tidak mahu segala penyelewengan dana rakyat dan rasuah yang dilakukan Barisan Nasional terus berlaku lagi di negeri ini yang menjejaskan kebajikan dan pembangunan. Isu penyelewengan PKFZ, dakwaan rasuah bekas Menteri Besar dan exco, harga banglo jutaan ringgit dan pelbagai lagi sehingga kini belum selesai. AMK Selangor berharap semua pihak menolak segala usaha perancangan jahat dan kotor pihak UMNO/BN untuk merampas kerajaan Selangor sepertimana yang telah didedahkan kepada umum sebelum ini. Diharap pendukung dan rakyat Selangor mendoakan dan memberi sokongan padu agar kerajaan Pakatan Rakyat terus kukuh bertapak di Selangor untuk terus membela kebajikan rakyat dan membawa Selangor ke era kecemerlangan dan kegemilangan. Kembalinya Selangor ke era pentadbiran Barisan Nasional adalah mimpi buruk yang amat ditakuti kerana jelas selama 50 tahun lepas telah banyak kerosakan dan kebejatan yang berlaku. Justeru beri peluang dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk memperbaiki segala kesilapan dan kebejatan yang telah berlaku. Akhirnya, AMK Selangor berharap seluruh kepimpinan tertinggi, pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor agar memperkukuh kerjasama bersepadu dan kefahaman serta mengelakkan pergeseran yang tidak menguntungkan. Pakatan Rakyat Selangor perlu bertindak pantas kerana masa semakin suntuk agar tragedi hitam politik seperti di Perak dijauhkan daripada berlaku. *Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor. Comments (4)
![]()
...
written by Kerajaan Rakyat, November 06, 2009 17:07:36
Andainya menjelang awal tahun 2010 Kerajaan Negeri Selangor jatuh kepada regim umno/BN, itu memang patut!! Mereka pandai mengolah walaupun olahan mereka jijik. Apa yang mereka pentingkan ialah dapat membentuk kerajaan.
Rakyat juga yang rugi kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat tetapi bila Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah, mereka tidak bertindak cerdik dan pro-aktif. www.kerajaanrakyat.com report abuse
disagree 9
agree 8
...
written by DreamLady, November 06, 2009 17:11:29
Those government servants in Selangor are in the grip of UMNO. Tan Sri Khalid cannot afford to be 'soft' on these double crossers. The State feeds them,but they stab the state with a dagger. You have to be firm and arrogant at times to reprimand the trojan horses. Do not continue to give the excuses that since we are Muslim brothers and sisters, that you are also Muslim, that you should lebih kurang with the devils. leave religion behind in the comfort of your own home, religion is between God and you and nobody else. if you were to mess up work with religion, you are in big time trouble because not only the Muslims reside in Selangor, Chinese and Indians and other races as well. Please don't confuse them, for goodness' sake!
You are in charge of Selangor and be brave and daring to sweep away the trash of trojan horses from your state, and it is your responsibity to shoulder the uphill task. The threat from UMNO is real as you could see how PM terrorised Perak without a wink, within a day, PR in Perak is HISTORY. Tan Sri, please be on the alert 24 hours, you might be the next on MACC list and if it happens, remember not to go near the 14th floor window least you shall be pushed over the window, that would be a waste of a life that is packed with priceless talent and expertise. Please, pray to God for His guidance, He never fails to help those who are sincere, and the love for his fellow human beings and desperately in need of His help. report abuse
disagree 0
agree 18
Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|
Wahai pemimpin Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya. Tahukah dan sedarkan kalian bahawa MENIPU dan mencanaikan berita palsu itu memang kerja mereka. Memang banyak penipuan dan propaganda kosong dalam media arus perdana.
So what? Apa lu cerita? Menipu itu memang budaya mereka. Kalian hendak bertempik apa lagi?
Sudah 19 purnama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbentuk, tidak ada satu pun buletin Kerajaan Negeri yang diedarkan secara meluas keseluruh pelusuk negeri. Buletin ada, bukan tak ada. Tetapi yang saya persoalkan sekarang adalah cara edarannya. Saya telah maklumkan hal ini 10 bulan lalu ke pejabat DSAI, malahan saya telah mengutuskan secara peribadi kepada DSAI tetapi apa hasil hasil? - Hampas!!! Kosong!!! Bohong!!!. Apa yang saya dapat? - Rugi masa. Bosan. Menyampah!!! Mahal sangatkah kos mengedarkan buletin tersebut ke setiap pelusuk negeri (katakan 2 bulan sekali)? Mana lebih mahal dengan kos tambang kapalterbang dan penginapan wakil rakyat Keadilan yang memburu beruk di Taiwan?
www.kerajaanrakyat.com