Royalti: PAS cabar pusat rujuk perjanjian petroleum 1974
Posted by admin   
Friday, 06 November 2009 15:26

(Harakah Daily) - PAS mencabar Kerajaan Persekutuan merujuk isu royalti petroleum kepada bekas ketua hakin negara, Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petroleum 1974 sewaktu menjadi peguamcara negara dan Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu merupakan menteri kewangan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan turut meminta supaya permohonan kerajaan Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu segera dibuka dan perbicaraan yang adil dan telus dilaksanakan, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar.

Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan bermula tahun depan telah menafikan kewujudan perjanjian petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar.

Perjanjian ini juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.

"Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu," katanya.

Bukti-bukti mengenai perjanjian ini juga katanya banyak tercatat secara bertulis dan boleh dibaca oleh rakyat.

Antaranya boleh dilihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain.

Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Wong See Wah) menyatakan : "..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak".

Sehubungan itu, pemngumuman pemberian wang ehsan oleh Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu,seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dengan memberikan royalti minyak, bukan wang ihsan.

PAS juga yakin pembatalan royalti petroleum kepada kerajaan Terenggganu dilakukan atas sebab dendam politik Barisan Nasional setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 serta desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung Umno.

Kini, rakyat negeri Kelantan pula yang menjadi mangsa dendam Umno BN

"Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi," katanya.

Comments (2)Add Comment
...
written by DreamLady, November 06, 2009 15:42:29
PAS, by hook and by crook, get back whatever belongs to you from the federal government. Kuli has once confirmed that Kelantan has the right to receive oil royalty as stated black and white on papers. With the amount of money reimbursed, Kelantan could be turned into the most developed and sophisticated state in the whole Malaysia. The ruling goons are talking all the time about fighting for Islam, fighting for Malay race, rupa rupanya mereka sendiri yang jadi perompak, pencuri, langsung tak bermaruah!!!

Mahathir condemned that kelantan state is underdeveloped, he got the cheek to pass comments when he was the one who instigated the robbing and plundering of the oil-rich states like Trengganu, Sabah, Sarawak, and Kelantan...He has a forked tongue indeed!!!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Yacob, November 06, 2009 16:00:59
Yang pasti penipuan UMNO tetap dihalalkan oleh seluruh ulamak UMNO. Maka itu Najib dan seluruh warga UMNO yang terus menipu rakyat tetap merasakan diri mereka tidak berdosa sebab mufti-mufti UMNO sudah mengampunkan dosa mereka.

Masaalah yang berlaku pada pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Najib yang suka buat dosa adalah berpunca dari mufti-mufti yang hanya pentingkan pangkat. Mufti-mufti semuanya kecut bila berdepan dengan menteri-menteri. Lebih-lebih bila berdepan dengan Najib atau Rosmah. Maka, apa sahaja yang dibuat oleh menteri-menteri, semuanya dianggap 'ajaran agama'. Kesanya, lahirlah orang seperti pengarah JAIS yang hanya tahu ambil arahan dari TOYOL.
report abuse
disagree 0
agree 5

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy