Wang ehsan: Kelantan cadang perjanjian carigali dibatal!
Posted by admin   
Thursday, 05 November 2009 19:45

(Harakah Daily) - Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.

Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA).

"Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara," ujarnya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.

Di persidangan parlimen hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu wang ehsan akan diberi kepada rakyat Kelantan dan bukan royalti sebagaimana dituntut kerajaan negeri.

Husam berkata, kemungkinan juga kerajaan negeri akan mendapat perintah injuksi pengeluaran sementara kepada operator pengeluaran sama ada di CAA dan JDA di mahkamah di luar Malaysia.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan panel guaman yang bakal dilantik nanti.

Bagaimanapun kata beliau usaha perbincangan dengan kerajaan pusat tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hak royalti.

Katanya juga pembayaran royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak dibuat walaupun pelantar cari gali berada di luar tiga batu nautika.

"Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika," ujarnya.

Pada masa yang sama Husam turut melahirkan bimbangan jika kerajaan pusat tidak menyalurkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri sebaliknya melalui agensinya.

Beliau yakin pembangunan tidak akan dapat dinikmati dengan baik rakyat di negeri ini seperti yang berlaku di Terengganu, biar pun negeri itu sudah 20 tahun mendapat royalti minyak.

"Ini kerana negeri itu masih tersenarai antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin ramai di negara ini," ujarnya.

Tuntutan royalti sebanyak RM1 bilion yang dibuat kerajaan Kelantan sebelum ini berdasar laporan Jabatan Statistik yang mendedahkan negeri ini tersenarai sebagai negeri pengeluar minyak.

Comments (9)Add Comment
...
written by cheekhiaw, November 05, 2009 19:59:52
carigali curilari
Manalagi wangbagi?

xxx
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by terence, November 05, 2009 22:22:25
Batalkan saja. Kita bagi mereka sumber galian tapi inikah habuan yang kita dapat? Dasar kacang lupakan kulit. Berikanlah habuan yang setimpal kepada mereka. Jika mereka boleh tunjuk belang mereka, kenapa kita tak boleh?
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Aduh, November 05, 2009 22:30:10
Revoke the agreement. If it means Kelantan will not receive the wang iksan next year, so what ??? No big deal!!!

After all,Kelantan has survived for many years on its own without support from beEND.

If the agreement is revoked, the disaster will only be on beEND. They will have smaller coffer to fight for among themselves. Fun to watch then.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by joeawk, November 05, 2009 22:43:36
PAS lawyers must study the contract signed between Carigali n the state of kelantan to see if there is any avenue of arbitration by third party. Better still if it can be taken overseas to do so, because foreign companies already have no trust in the Malaysian judicial system.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Singapolean, November 06, 2009 00:38:21
just boycott Petronas in Kelantan..... all retail, product, everything....

report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Abajawi, November 06, 2009 09:25:26
Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.
==============================
Haiya! Kamu nak bawa kes ini ke mahkamah mana? Mahkamah di Malaysia? Lupakan saja. Siapa yang melantik hakim-hakim di M'sia? Aku langsung tak ada konfiden hakim-hakim ni akan berlaku adil? Depa hakim2 yg dilantik oleh PM BN. Tunggu bila k'jaan federal jatuh ke tangan PR, barulah bawa kes. Tak buat persediaan tak mengapa!
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Come clean, November 06, 2009 15:02:42
Satu keputusan yang paling bijak. Go for it Tok Guru and other state excos.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Yacob, November 06, 2009 15:38:30
Muka Najib memang nampak sialnya. Dah lah pembohong, masih lagi hendak melindingi kemunafikannya.

report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by shamadz72, November 06, 2009 22:32:57
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy