| Keputusan Tiga Hakim Mahkamah Rayuan dianggap luar biasa |
| Posted by admin | |
| Friday, 22 May 2009 22:46 | |
|
(TV Antara) - Tiga hakim Mahkamah Rayuan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat. Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar. Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa-kuasa istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Mengulas keputusan mahkamah itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, “negara kita mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa.” Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak. Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri. Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa-kuasa Sultan sebagai menjangkau parlimen atau dewan undangan negeri. Ragunath berkata Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa-kuasa yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan. . Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan. Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak. “Keputusan hari ini hanya membuatkan rakyat lebih marah dan mempercepatkan kejatuhan BN,” kata Kit Siang. Ketua Pemuda Angkatan Keadilan Pemuda Samsul Iskandar menyifatkan keputusan itu “memualkan” dan dipengaruhi oleh tekanan politik. Beliau berkata keputusan tiga hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas, bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar sah sebelum ini. Pemerhati politik berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit-bibit campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah. Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu hala keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini.
Comments (23)
![]()
...
written by Goldfinger, May 22, 2009 22:57:05
Kita boleh apa? Kita semua koret,koret,koret!!!!
report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by AzizKadir2u, May 22, 2009 22:59:12
coret,coret, coret, inilah, looks like me, sounds like me, but maybe it is not me ? ini bukan saja kangaroo court, ini memang satu berita bagi BeeN, Umno saja, apaapa pun boleh, apa kamu mahu, mereka boleh.
bagaimana pun kita boleh. apa yang tak boleh, kita buat orang pakatan rasuah, kita paksa mereka jadi independent, kita paksa mereka keluar pakatan, mereka mesti keluar pakatan, mereka kena charge di court, dan kalau mereka keluar pakatan, mereka tak kena charge MACC akan charge bila mereka tak dengar cakap BeeN. ini lah malaysia boleh, faham ? coret, coret, coret,..... sounds like me, looks like me, ha ha ha, ini memang Dr M pandai, kita BeeN, Umno, macam macam boleh. .....kita boleh. coret, coret, coret. tunggu election akan datang, kita boleh buat silap mata......kita boleh. report abuse
disagree 3
agree 30
...
written by SiHangChai, May 22, 2009 23:06:58
sudah dijangkakan keputusan mahkamah ini. Soal berapa RM? Walaupun Mahkamah Ampun ini telah membuat keputusan, Zambry masih boleh ditendang keluar dari jadi MB Peak. Kita tahu dia MB yang tak sah. Masalah sekarang ialah orang Perak sendiri yang macam katak yang tak bernyawa. Hanya tahu minta ADUN Pakatan lawan BN. Rakyat Perak sebenarnya boleh membuat laporan Polis tentang perlantikan MB yang sah walaupun telah di tetapkan oleh Mahkamah Ampun. Rakyat Perak boleh menyaman Zambry, kerajaan BN Perak dan juga hakim-hakim Mahkamah Ampun dalam perlembagaan undang-undang. Dengan kata lain, walapun Mahkamah Rayuan telah buat keputusan, masih ada jalan lagi untuk memfail rayuan dan pertentangan dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Tinggi sekali lagi. Harap, kali ini, orang Perak mesti bangun untuk memfail saman terhadap Zambry kotor dan ketiga-tiga hakim mahkamah ampun rayuan.
report abuse
disagree 1
agree 29
...
written by roggon, May 22, 2009 23:10:21
Di malasia, apa pun lura biasa. Perdana menteri boleh bunuh tapi ta masuk penjara, polis makan rasuah, tapi ta di siasat, polis bunuh tahan dalam lokap, ta juga disiasat. Peguam negara menipu pun tak juga disiasat. Jadi tak heranlah kalau hakim2 dimalaysia boleh buat keputusan luar biasa!!!! dan bangsa melayu dimalasia pun luar biasa. makan babi haram tapi buat maksiat ta haram. Minum arak haram tapi makan dadah tak haram...apa punya bangsa..oooh? jawabnya senang aja deh......luar biasa.....
report abuse
disagree 1
agree 30
...
written by LKO, May 22, 2009 23:23:58
Unfortunately, "luar biasa" is getting to be quite common.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by citizenmy, May 22, 2009 23:25:06
Rolling a dice will have a better chance in getting fairer judgement rather than depending on our Pukeemark judges verdict.
report abuse
disagree 0
agree 28
...
written by Remo, May 22, 2009 23:38:54
It is real shameful to talk about our court and the judges.
I can't believe we are living in a country of this kind. only changing of the federal government will be the solution. report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by Gargamel, May 22, 2009 23:48:05
Haiyo... tak habis-habis.......
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by fireduck, May 23, 2009 00:15:51
Ok, time for plan B. Let's use this precedent to push for the YDP Agong to pecat the PM, and appoint another to take his place, who in HRH's opinion (alone) commands the majority. All we need is for the Tengku Razaleigh supporters, the Abdullah camp, the Sabah contingent, etc., to cross over to the Pakatan side.
Ohm yes, let's go for Plan B now. report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by cylee, May 23, 2009 00:18:03
Umno and BN had fix this judgement before trials. The Earlier federal court judgement also been fix just to look good for the public only. As the ultimate judgement is in their hand.
We the Malaysian also had fix our decision for the coming GE 13th. see yours then... report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by The Hammer, May 23, 2009 01:12:38
We have now 1Malaysia 3 Stooge Judges!
Only in Malaysia! report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Fart Fart Wah, May 23, 2009 01:26:47
LUAR BIASA???
25 JUTA...TAK LUAR BIASA.. VINCENT TONG SAMPAH PELU DITENDANG OLEH CINA DIPERAK.. BAGI UMNO...LUAR BIASA IS OK...BIASA.. report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by educationist, May 23, 2009 01:56:52
If this panel of the appeals court judges is such a sham, can Nizar expect justice at the Federal Court?
I think the answer is obvious to most of us, except those irrepressible optimists! But yet, the appeal must be made. And, then when all legal recourse has been exhaUSTED, the rakyat and PR will have to bide their time, 3 1/2 years will pass soon enough. Let us all who feel so disgusted with what the UMNOputras[read MCA. MIC. Gerakan etc]are doing in Perak make sure they are booted out of the corridors of power!! report abuse
disagree 0
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by gwc, May 23, 2009 02:50:36
as long as pakatan has "no control" over the judiciary and the police force, keputusan segini sudah di sangka before a judgement is read....whatever happen in the court room is just like a hollywood movie action only, wit the script pre-written by BN
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Kacang Tanah, May 23, 2009 08:18:42
I am going to stop paying my income tax. What is the use of feeding these F*cking judges with our money? I had better use the money to feed the stray dogs at my back lane.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by batsman, May 23, 2009 08:54:29
Better to use your money to make the opposition stronger.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by joeawk, May 23, 2009 10:23:51
They pledge to uphold the constitution but their decision will return us to absolute monarchy. Making expedient decision in matters such as this brings disrepute upon their personality as judges.
A royal commission should be form to charge them with treason, not withstanding that the federal may well overrule the court of appeal decision. report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by macho, May 23, 2009 11:58:07
Apa yang luar biasa? Ini kan mahkamah dan hakim Malaysia. Takan keputusan ini tidak di jangka. Biar sahaja. Rakyat bukan senang lupa. Ingat untuk register mengundi. Inilah yang paling penting sekali. Hanya demikian boleh kita tuntut keadilan.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by onnetline, May 23, 2009 15:25:07
Keputusan Tiga Hakim Mahkamah Rayuan dianggap luar biasa.
...... it is to be expected that there are pariah bastards who are BN slave dogs working in the judiciary system. The rakyat simply need to vote Barisan Najis out ! ! report abuse
disagree 0
agree 3
Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.
|