|
Notis Berhenti Paling Lama |
|
|
|
Wednesday, 16 July 2008 10:18 |
|
... Sebenarnya Hang Lah sudah tidak upaya Eloklah tarik diri dan selamat bersara 2010 notis berhenti kerja rekod paling lama ...
Notis Berhenti Paling Lama Blogger disalahkan oleh Hang Lah Penyebar khabar angin dan fitnah Blogger punca pemimpin berbalah Blogger punca ummah berpecah Sejak bila blogger punca masalah Cara pemikiran yang cukup raplah Dalam zaman IT blogging adalah lumrah Hang Lah kena sedar zaman sudah berubah Kita bukan berada di zaman penjajah Informasi boleh diakses dengan mudah Nak percaya atau tidak itu semua terserah
Kadangkala aku tidak mengerti Malu aku nak pergi ke luar negeri Orang luar memperlekeh Perdana Menteri Arab tanya ada ke pertalian dengan Bedui Sebab cara pemikiran ada similarity Tolong lah wahai Hang Lah al-Badwi Aku minta hang letak jawatan berenti Banyak kerosakan dilakukan sehingga kini 080308 titik hitam bagi BN kalah 5 negeri Tidak pernah berlaku sebelum ini
Kerosakan sudah tidak dapat dibaiki Bermula dengan perlahapnya Skomi Skandal Oil for Food melibatkan famili Kemudian keangkuhan menantu Khairi Salahguna kedudukan kepentingan sendiri Hang juga kata Anwar rendah morality Tapi hang pegang dan kapok Michelle Ipoh mali Kemudian hang berpesta jazz artis luarnegeri Hang berdusta dan cakap tipu kat kami Hang kata pilihanraya lambat lagi Tapi keesokan bubar parlimen dan dewan negeri Hang kata elok semua ikut Islam Hadhari Tapi hang pilih togoi punya isteri Hang kata kebajikan rakyat dilindungi Tapi hang potong minyak punya subsidi Peratusan kenaikan yang paling tinggi Merana rakyat dicengkam oleh inflasi
Jangan ingat rakyat semua boleh lupa Walaupun terperangkap dengan kisah Nana Dan ribut skandal Najip dan Altantuya Sebenarnya Hang Lah sudah tidak upaya Eloklah tarik diri dan selamat bersara 2010 notis berhenti kerja rekod paling lama 2 tahun Hang Lah kata masih ada kerja 2 tahun untuk Hang Lah pulun harta 2 tahun untuk pikir rancangan bersara Nak jaga cucu atau hijrah ke Australia
Keris Silau (ditulis antara 9 - 14 Julai 2008)
|
Hmmm... mana boleh tahan... kasi sikit masa lagi la