A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow From Around The Blogs arrow Fatwa Dr Taha Jabir al-’Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Fatwa Dr Taha Jabir al-’Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim PDF Print
Posted by admin   
Friday, 11 July 2008 10:37

Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-’Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai ‘Qazaf’ dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

“11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

 

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

READ MORE HERE  

Comments (12)Add Comment
...
written by arazak, July 11, 2008 12:30:02
Flog the false accuser 80 times in front of UMNO Head Office if he can't produce 4 witneses. Only than he will know what really pain in the ass means!

report abuse
disagree 2
agree 12
...
written by Yacob, July 11, 2008 12:36:46
Anwar Ibrahim menjadi mangsa politik. Liwat adalah senjata UMNO. Budak Saiful dan betina tunangnya hanya jadi alat UMNO. Bagi UMNO, firman Allah bukanlah perkara penting. Yang utama dalam UMNO adalah kuasa.

Apa yang dikatakan oleh Ulamak seperti di atas itu memang tepat. Tetapi ulamak UMNO terlebih pandai maka itu, segala hukum hakam yang ditentukan Allah tidaklah terpakai oleh kerajaan UMNO. Yang penting Anwar mesti dipersalahkan walau apa pun alasan yang diberikan.

Mungkin ramai pemimpin-pemimpin UMNO juga tidak percayakan tuduhan liwat ke atas Anwar itu. Tetapi, mereka mesti mengatakan mereka percaya demi masa depan mereka. Kerana mereka percaya UMNO lebih berkuasa dari Allah. Tanpa UMNO, masa depan mereka akan gerhana memanjang.

Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Hampir semua pemimpin UMNO memberikan jawapan seolah-olah mereka pasti Anwar telah meliwat Si Saiful. Mereka seakan tidak peduli pada ingatan ayat-ayat Allah seperti yang disebut oleh ulamak di atas. Malah pemimpin-pemimpin UMNO, termasuklah Pak Lah sendiri bersama-sama membuat ikrar persetujuan ke atas tuduhan liwat tersebut.

Memang UMNO dan Islam Hadhari sentiasa mendahului hukum Allah. Itulah kelebihan Pak Lah sebagai seorang pemimpin terbilang!
report abuse
disagree 3
agree 26
...
written by Jivathma, July 11, 2008 12:56:48
Semua ni untuk satu benda..KUASA. Mereka sanggup menjual maruah negara, biarkan negara menjadi bahan ketawa di muka dunia. Malaysia Boleh!
report abuse
disagree 1
agree 5
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Rundukon, July 11, 2008 16:38:18
Fatwa di atas adalah mengenai ZINA di antara lelaki dan perempuan, bagaimana pula dengan LIWAT di antara lelaki dengan lelaki?
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by power2u, July 11, 2008 21:59:28
Isn't it in the Quran,any accusation of sexual misconduct n even rape needs 4 witnesses???So.sodomy should also be the same.
report abuse
disagree 1
agree 5
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by apanama, July 12, 2008 06:53:38
IF YOU NEED FOUR WITNESSES:

1. THERE WOULD HAVE TO BE SIX PEOPLE IN THE ROOM. TWO ACTORS, 4 SPECATATORS?
2. THERE WOULD HAVE TO BE A SIX-WAY ORGY.
3. WHY WOULD PEOPLE INVOLVED IN SUCH A TRSYT `INVITE OR ALLOW' FOUR OTHERS TO KNOW ABOUT IT?
4. WHY DIDN'T THE FOUR, IF THERE ARE SUCH WITNESSES, DO ANYTHING LIKE REPORT TO POLICE OR RELIGIOUS AUTHORITIES, BEFORE IT ALL HAPPENED?
5. IT WOULD BE EQUALLY SINFUL OF THE RELIGIOUS AUTHORITIES IF THEY DON'T DO THEIR JOB ACCORDING TO AL QURAN, ONCE THIS `CRIME' IS REPORTED TO THEM.

THE TRUTH IS, THIS IS JUST A SHAM. NOBODY GIVES A HOOT ABOUT AL QURAN OR LIFE AFTER DEATH. ANY MEAN JUSTIFIES THE END. THEY ALL MAKES ISLAM A LAUGHING STOCK. I AM NOT A MUSLIM.

report abuse
disagree 3
agree 5
...
written by chiongguo, July 12, 2008 10:06:32
Fatwa di atas adalah mengenai ZINA di antara lelaki dan perempuan, bagaimana pula dengan LIWAT di antara lelaki dengan lelaki?


It is neither ZINA nor LIWAT. It is rape. Saiful is actually claiming that DSAI raped him.

If Saiful had allowed DSAI to sodomise him then it is consensual and both of them are guilty of liwat.

Two questions needed to be answered and i.e. did the sexual encounter take place and if it does was it consensual ?

So what does the Quran say about rape ?

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by cheemengwong, July 12, 2008 10:11:26
http://img522.imageshack.us/im...co2jr7.jpg
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by cheemengwong, July 12, 2008 10:18:19
Lajib don't jogek so much now that you are earmarked for PM
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by cheemengwong, July 12, 2008 10:23:16


report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM