A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Salahuddin kemuka usul bincang kemelut politik negara

Salahuddin kemuka usul bincang kemelut politik negara PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 08 July 2008 09:31

(Harakah) - Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengemukakan usul berhubung kemelut politik yang membabitkan pihak yang berkepentingan dalam negara.

Salahuddin, dalam usulnya berkata usul tersebut perlu dibawa ke Dewan Rakyat bagi membolehkan isu mengenai badan eksekutif negara sudah hilang kelayakan untuk menangani penyiasatan dan pendakwaan dalam semua tuduhan dan laporan berkaitan surat akuan bersumpah dan tuduhan polis.

Katanya, keadaan ini bermula pada 18 Jun lalu apabila pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin membuat akuan bersumpah melibatkan isteri TPM, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Keadaan menjadi semakin gawat apabila satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 28 Jun lalu oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan," tegasnya.

Malah, tambah beliau keadaan menjadi semakin panas apabila Anwar pula membuat laporan polis pada 1 Julai terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Pada hari yang sama juga, Salahuddin menambah, Penyiasat Persendirian, P. Balasubramaniam mengemukakan surat akuan bersumpah berkenaan tuduhan terhadap TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak yang kemudiannya bertindak menarik balik akuan tersebut.

Oleh yang demikian, katanya parlimen seharusnya dipertegaskan supaya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dapat dibentuk untuk membuat penyiasatan terhadap Najib dan isterinya, Anwar, Musa dan Ghani.

Salahuddin mengemukakan usul itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Parlimen pagi semalam,bagaimanapun usul tersebut akan diputuskan hari ini sama ada diterima untuk dibahaskan atau sebaliknya.

Dalam perkembangan sama, Salahuddin menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin Al-Muktafi Billah Shah, yang diterima oleh Pegawai Tadbir Istana Negara, Sofwan Ibrahim di hadapan pejabat Istana Negara hari ini.

Comments (2)Add Comment
...
written by cwy, July 08, 2008 21:41:38
Harakan bahawa usul untuk memperbahaskan kemelut politik negara ini dalam parliament dapat diluluskan petang ini.
Parliament yang mulia ini ialah untuk debat hal-hal penting untuk kebersihan, kedamaian, kemajuan dan kemakmuran negara!
Kita tidak ingin lihat pergaduhan antara wakil-wakil rakyat yang kurang bersopan di parliament yang mulia!
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by Tom n Jerry, July 10, 2008 11:14:18
My advice is try to have human dignity when in Parliament!Dont behave like barbarians;have some conscience for the nation;be patriotic;reveal wrong doings;fight for rights of rakyat;thats your duty as elected representatives! smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM