A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Raja Petra beri keterangan

Raja Petra beri keterangan PDF Print
Saturday, 05 July 2008 23:25

Raja Petra Kamarudin memberi keterangan selama kira-kira dua jam setengah di balai polis Sentul petang ini, berhubung akuan berkanun yang dibuatnya yang mendakwa isteri timbalan perdana menteri berada di tempat kejadian tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh. 

Beliau tiba kira-kira jam 5.10 petang ditemani isterinya, Marina Lee Abdullah dan dua orang peguam.

Raja Petra mula memberi keterangan mulai jam 5.15 pagi dengan ditemani oleh seorang peguamnya. Beliau selesai memberi keterangan pada jam 7.40 malam tadi.

Turut hadir ialah Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu serta kira-kira 30 orang penyokong Raja Petra yang berkumpul di perkarangan balai tersebut.

Pada kira-kira jam 5.40 petang, lebih kurang 20 orang lagi penyokong Raja Petra sampai ke balai tersebut, menjadikan jumlah mereka meningkat kepada 50 orang.

Sebahagian daripada mereka kelihatan memakai baju-T berwarna kuning dengan tertera gambar Raja Petra serta tulisan JUSTICE FOR All...tantuya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Raja Petra berkata, polis mengambil kenyataannya mengikut Seksyen 112 berkaitan dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Pejabat Peguam Negara (AG)

Menurutnya, laporan tersebut dibuat oleh pejabat AG pada 20 Jun lalu mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan, iaitu jenayah membuat pengisytiharan palsu.

Bagaimanapun, katanya, soal siasat hari ini lebih bertumpu kepada siapakah yang memberi maklumat kepadanya.

raja petra kamaruddinKatanya, polis juga ingin tahu sama ada beliau telah memberi kebenaran kepada Malaysiakini untuk menyiarkan akuan berkanunnya itu.

"Mereka juga mahu tahu mengenai lamanweb yang bernama Bigdog.com," katanya.

Ekoran itu, katanya, beliau bertanya kepada mereka sama ada siasatan hari ini mengenai akuan bersumpahnya atau mengenai Malaysiakini ataupun lamanweb Bigdog.com

Bagaimanapun, katanya mereka tidak menjawab.

Katanya, mereka juga bertanya sama ada beliau boleh mendedahkan sumber maklumatnya.

"Saya beritahu mereka bahawa saya tidak boleh mendedahkannya demi keselamatan pemberi maklumat tersebut," katanya.

Raja Petra juga berkata, mereka memberitahunya ada lagi laporan yang akan dibuat terhadapnya dan mereka mungkin akan mendakwanya.

Katanya, beliau memberitahu mereka yang beliau bersedia dihadapkan di mahkamah.

VIP disebut

Sebelum ini, Marina memberitahu Malaysiakini, suaminya menerima panggilan telefon dari pihak polis pagi ini dan mengesahkan suaminya akan pergi ke balai polis Sentul petang ini.

Raja Petra memperakui dalam satu akuan berkanun bahawa tiga individu termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Selain Rosmah, Raja Petra turut menyebut dalam akuan berkanunnya itu nama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin.

Khairy dan Rosman difahamkan telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan Raja Petra itu.

Sehingga ini, Najib dan Rosmah telah menafikan dakwaan Raja Petra itu tetapi mereka tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger tersebut.

Menurut Najib, dakwaan Raja Petra bahawa isterinya terbabit dalam kes tersebut adalah satu pembohongan dan rekaan semata-mata. --malaysiakini

Comments (10)Add Comment
...
written by semut, July 06, 2008 01:19:44
hapuskan pemimpin2 yg terlibat dgn jenayah..hapuskan UMNO!
HIDUP PEKATAN RAKYAT!

http://semutmalaysia.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by lunas oh lunaih, July 06, 2008 01:20:34
CEPATNYA polis siasat dan buat keputusan bahawa SD itu adalah palsu.Kalau tak silap,masa AG buat lapuran pois,keterangan dari semua saksi belum pun selesai....
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by machitam, July 06, 2008 01:20:45
ada caution statement tak? er....you have the right to remain silence. anything you say maybe or will be used against you in the court of law....
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by shamoza, July 06, 2008 01:30:07
hmm..mana mungkin NAJIS terlibat ya..dia busy bagi kaunseling pada mangsa2 liwat dan anak2 melayu yang gugur dari universiti..nanti next jom heboh elok ada khemah dari DUMNO bagi kaunseling pada mangsa2 liwat and school drop out..

What a joke is this all about?? That easy for a small joker to c those BIG JOKERS?

Malaysian are matured enough not to be fooled again after 50 years by DUMNO!!!

report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Kaneeneh, July 06, 2008 01:54:37
Itu sosial worker Datin senyap. Semua nampaknya senyap. Tak bising-bising. Tak tangkap-tangkap. Ini internet betul-betul sial bagi dia orang. Sebab tu-lah dia orang tak mau rakyat pandai-pandai. Tak payah naik tangga tinggi-tinggi dalam carta universiti-universiti dunia terkenal. Lagi tak kenal, lagi senang dikawal. Lagi bodoh rakyat, lagi kaya-lah dia orang. Senyap-senyap ubi tu. Kaneeneh.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by temanmu, July 06, 2008 05:59:28
Najib & Rosmah tak ambil apa jua tindakan membersihkan nama mereka, setelah di"longkang" sehabat-hebatnya!

Maruah longkang tu!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Tom n Jerry, July 06, 2008 07:04:17
How to clear themselves from this accusation whentheir conscience is not clear*Sesiapa yang makan lada padi dia memang rasa pedas*Just waiting eagerly to be PM(with moral support of his tentera)or perhaps end up in jail(extradiction to Mongolia) smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Negarakuku, July 06, 2008 07:22:29
Lamanweb Bigdog.com


report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by anakbuaya, July 06, 2008 09:07:07
I wonder when Bodohwi will ask Najis temporary resign from his DPM n minister of Defence posts for investigation. Aiyah kita mimpi saja. Mereka pakai satu sarong bersama mana boleh suruh Najis resign. Takut nanti Najis gorek Bodohwi tahi keluar. All BN MPs!!!!!!!Be prepared to jump boat. Otherwise your body will smell of shits too.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Kerajaan Rakyat, July 06, 2008 11:13:09

Dah tak reti apa aku nak panggil kat polis-polis ni.

Nak dipanggil dia orang Polis, dia orang sebenarnya
yang banyak buat huru-hara kat negara ni.

Nak cakap dia jaga keselamatan, dah berapa banyak
kanak-kanak hilang dan kena culik, polis buat donoje.

Nak kata polis benteras rompakan, ramai polis yang merompak.

Entahlah polis, sudah enggak tahu apa mau panggil sama lu.
Ginijelah, aku panggil kau orang 'Anjing' ok ke?

http://www.kerajaanrakyat.com/


smilies/wink.gif smilies/cheesy.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 1
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM