A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Antara Kita arrow Siapa Kata Abdullah Bodoh?

Siapa Kata Abdullah Bodoh? PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 05 July 2008 12:40

Image

Apabila soal-soal rendah moral Najib dan Awar terdedah, secara tidak langsung orang akan teringat dan memandangkan keperibadian Abdullah sebagai Mr Clean.

Oleh Mohd Sayuti Omar 

TANPA niat untuk menggangu penyiasatan polis dan juga menafikan dakwaan-dakwaan pihak tertentu berhubung kes liwat pusingan kedua membabitkan Anwar Ibrahim dan dakwaan Mohd Najib Razak mengenali Altantuya dan pernah mengadakan hubungan seks dengannya ada dua dapatan idea baru yang boleh dirumskan berkaitan isu berkenaan.

Pertama, apakah ianya benar-benar konspirasi dan dicipta demikian rupa semata-mata yang turut melibatkan Abdullah Ahmad Badawi untuk melindungi kepentingan politiknya? Dakwaan ke atas Anwar Ibrahim baik, ke atas Najib baik melalui berbagai makenisme itu sebenarnya bagi mengukuhkan kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri? Dalam erti kata lain pendedahan itu mendapat restu tersembunyi daripada Perdana Menteri itu.
 
Perperangan antara TPM dengan bekas TPM itu boleh menyelamatkan kedudukan Abdullah selaku PM.

Umum tahu bahawa keadaan Abdullah baik dalam Umno dan di luar Umno pada masa ini sangat membimbangkan. Dalam Umno beliau diserang oleh sebahagian besar ahli Umno yang diketuai oleh bekas Presiden Umno sendiri, Mahathir Mohmad.
 
Sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 lagi Mahathir melancarkan serangan dari atas rumahnya terhadap Abdullah dan benar-benar mahu melihat Abdullah terpelanting daripada kerusi yang dianugerahkan itu.

Usaha Mahathir untuk mengundang Najib ikut sama dalam armadanya bagi menyerang Abdullah tidak berjaya. Najib mendiamkan diri dan terus bermain play save seperti selalunya. Ada kebijaksanaan Najib dalam hal ini. Bagaimana pun ini bukan bermakna Najib tidak berbuat apa-apa terhadap Abdullah.

Ada petunjuk mutakhir Najib sedang bergerak ke arah itu. Muhyuddin Yassin dikatakan bertindak bagi pihak Najib. Muhyiddin yang tidak mempunyai kekuatan peribadi, pengaruh seluas Najib dalam Umno ingin menumpang Najib untuk melepasti kedudukannya dalam orbit  Naib Presiden dan mahu berganjak ke kerusi timbalan presiden. Muhyiddin sedar beliau kena mendampingi Najib kalau ingin berada di tempat teratas dalam Umno.

Mereka dikatakan telah pun berumpah untuk bekerjasama menjatuhkan Abdullah. Masa yang dianggarkan ialah ialah sebelum tiba hari perhimpunan agugn Umno yang dijadualkan  Disember depan. Apa yang pernah dialami Ghabar Baba tahun 1993 diharap akan menimpa Abdullah pula. Pelan peralihan kuasa yang bercanggah dengan perlembagaan Umno itu pun katanya adalah ilham Muhyiddin Yassin yang diendorcekan menerusi Umno Johor!

Perkembangan dan kemungkina  itu tentulah membimbangkan Abdullah.  Abdullah seharusnya panjang akal melakukan sesuatu dan tentu sebagai perdana menteri yang sudah merasai nikmat dan mendapat banyak rahmat daripadanya tentu beliau tidak mahu mati katak dalam hal ini, atau meninggalkan harta yang sudah bergolek di kaki begitu saja tanpa dimasukkan ke dalam guni.
 
Manakala di luar pula beliau sedang diancam oleh Anwar Ibrahim menerusi Pakatan Rakyat. Ura-ura dan dakwaan terdapat lebih 30 ahli Parlimen BN akan melompatkan parti menyebabkan Abdullah jadi resah gelisah. Walaupun Abdullah nampak tenang dan tidak kalut tetapi beliau sesekali tidak memandang itu sebagai dongengan. Tentu Abdullah sendiri arif dengan permainan dan sihir politik Anwar. Kalaupun badannya tidak bertindak namun tangan dan kaki ghaibnya berbuat sesuatu.

Kedua serangan dari dalam dan luar itu benar-benar menjadikan Abdullah senantiasa berpeluh dingin. Jika tidak dibendung dan dicari helah, keduanya akan membawa kepada beliau akan kehilangan kerusi emasnya (kerusi PM) itu.
 
Justeru Abdullah harus melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Teori sains politik paling mudah ialah pecah dan perintah musuh-musuh politiknya. Dalam konteksnya beliau kena ranapkan kuasa Anwar dan musnahkah kausa Najib. Jadi perbalahan dan serangan menyerang antara kedua tokoh itu sampai ke peringkat selak kain kini menguntung Abdullah.

Apakah dalam situasi ini tidak mustahil kalau Abdullah pecah dan perintah kedua mereka? Tidak bermaksud beliau menjadi pengarah secara langsung dalam teori ini, sebaliknya dengan membiarkan mereka terus bergaduh dan serang menyerang sesama sendiri. Abdullah hanya menjadi pemerhati yang tersenyum dalam kes ini.
 
Bagi Abdullah lagi lama mereka bergaduh lagi bagus kerana ia mengukuhkan kedudukannya. Pemerhatian rakyat kepada kelemahannya sebagai PM empat tahun lalau akan terhenti seketika. Sehari dua ini pun ejekan kepada Abdullah sudah pun berkurang kerana ia dikabusi oleh isu-isu yang dibangkitkan Najib dan Anwar.
 
Apabila soal-soal rendah moral Najib dan Awar terdedah, secara tidak langsung orang akan teringat dan memandangkan keperibadian Abdullah sebagai Mr Clean. Tuduhan liwat ke atas Anwar dan tuduhan Najib mengenali Altantuya sudah tentu memberi reputasi buruk dan persepsi huduh kepadanya. Sedangkan apa yang dituduh ke atas Najib dan Anwar itu tidak ada kepada Abdullah.
 
Mengapa kita beranggapan demikian kerana kalau Abdullah tidak mahu meraih hasil daripada perbalahan Najib dan Anwar sekarang beliau boleh mengarahkan agar fitnah, tuduhan dan sebagainya berlaku hari ini tidak dilakukan. Beliau boleh menggunakan kuasanya sebagai PM untuk menghentikan segala perbalahan, dedah mendedah yang bukan saja mengaibkan bangsa Melayu tetapi negara Malaysia seluruhnya itu. Namun beluau tidak lakukan!
 
Nampaknya Abdullah tidak berminat. Beliau beralasan menyerahkan kepada kebijaksanaan polis dan profesional undang-undang menyelesaikannya. Mengapa beliau mengambil sikap itu, jawabnya kerana kemelut yang berlaku sekarang ini menguntung dan menjadikan beliau semakin kemas dan kukuh di kerusi PM.
 
Jadi anggapan mengatakan Abdullah sebagai PM yang bodoh adalah silap. Sekurang-kurang dalam menangani isu Najib - Anwar ini beliau cerdik!

Comments (33)Add Comment
...
written by semut, July 05, 2008 12:58:35
INI KEBODOHAN PAK LAH!


http://semutphoto.********.com/
report abuse
disagree 2
agree 47
...
written by shan, July 05, 2008 13:19:12
A stupid pig is always a stupid pig and a monkey is always a monkey,Both are doomed to be castrated.Pork on the table and monkey in the zoo.As for the popoise , she is for the taking.,.,. And the 2nd hand lover cum wife,can always find a new husband when done with the pig. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 9
agree 24
...
written by Macam_Mana, July 05, 2008 13:25:28
Wahai rakyat Malaysia... it took almost 4 years for u all to understand what is actually "MR CLEAN" meaning !!!!!!
..... bukan bersih, tetapi malangnya sapu bersih...
report abuse
disagree 0
agree 45
...
written by cwy, July 05, 2008 14:23:07
Kalau Abdullah itu bodoh, kenapa Mahathir melantiknya menjadi PM ke5?
Kalau Abdullah itu bodoh, kenapa dia dah jadi kaya ( dulunya miskin )?
Kalau Abdullah itu bodoh, kenapa Najib menyokongnya sedaya upaya?
report abuse
disagree 4
agree 29
...
written by DezMalaysia, July 05, 2008 14:24:11
Abang Sayuti, YB (Yang Bijak) tu bukannya BodohWi, Kera Jantan dan budak-budak tingkat 4 tu la... memang dah terkenal dalam skill membuat huru-hara di Malaysia.
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by Tom n Jerry, July 05, 2008 14:42:49
Ask China how they exterminate the *Gang of Four* after Chairman Mao*s demise!Malaysia needs to learn from others! smilies/cry.gif
report abuse
disagree 3
agree 5
...
written by aris, July 05, 2008 15:16:06
I think you are right that AAB is not bodoh. People claim he is too CLEAN. My understanding is that his brains too are absolutely clean. Confirmed by KJ.
report abuse
disagree 3
agree 7
...
written by power2u, July 05, 2008 17:11:12
This Idiot PM has lied n cheated all of us.He pretend to be Clean n innocent but worse than Mamak as he puts on a Hadari front but sodomize the economy n the rakyat n the judiciary.
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by educationist, July 05, 2008 17:12:20
I have never considered Badawi to be 'bodoh'
But I took issue with the manner he governed the country the last 4 years-the lack of leadership, the flip-flop manner of decision making, how his family members have been enriched, etc.
So, it looks like he'll profit from Anwar's slip-up and the past catching up with Najib.
But I hope those disillusioned members in UMNO will swing behind Razaleigh and in the process still give the nation a new leader!!
report abuse
disagree 3
agree 9
...
written by budakindia, July 05, 2008 18:01:03
Politiklah sampai Malaysia tergadai bak kata pepatah menang bersorak sampai kampung tergadai! Jadi Abdullah tu pandai ke? Pandai macam Pak Pandir?
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Kerajaan Rakyat, July 05, 2008 19:28:29

Khas buat Dollah Badwi.

Ini tulisan aku tujukan khusus untuk kamu, Pengkhianat!!.

JANGAN INGAT RAKYAT DAH LUPA, silap oooiiii.

Kau naikkan harga petrol tanpa berbincang dan berfikir secara waras. Kau naikkan bukan 10, bukan 20, tapi 40 peratus!!.

Rakyat miskin semakin tertindas. Rakyat miskin semakin kau khianati. Petrol naik harga. Barangan keperluan asas kami juga meningkat dengan mendadak harganya.

Kamu biarkan rakyat hidup sengsara, sedangkan kamu dan keluarga kamu hidup bermewah-mewah dan berfoya-foya.

Rakyat menderita. Rakyat hidup sengsara. Kamu masih boleh berbangga membenarkan percutian berbayar kepada menteri dan timbalan menteri. Memang tidak berhati-perut kamu ni Abdullah Badawi.

http://www.kerajaanrakyat.com/
report abuse
disagree 1
agree 35
...
written by zackzeni, July 06, 2008 00:55:37
biarlah sape bodoh ke pandai tak penting. yang penting aku takkan undi BN. so kalau semua rakyat malaysia yg layak buat mcm aku, gerenti BN takkan menang sampai bila2. tak yah konspirasi, tak yah demonstrasi. kalau seorang boleh sampaikan pada 10 orang dan yakinkan jgn undi BN lagi, dlm masa setahun aku rasa gerenti BN akan kalah.
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by future, July 06, 2008 09:20:19
Yes he is Mr Clean tapi dia sapu habis untuk diri dan keluarganya.Khazanah
negara macam emak bapak dia punya dan inilah Tok Imam Harihari.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Yacob, July 06, 2008 10:48:36
Pak Lah memang tidak bodoh tetapi sedikit terencat akal. Akalnya tidak pendek tetapi kelabu asap. Bak kata P.Ramlee, masuk angin keluar asap.

Mahathir turut terperangkap dengan cara Pak Lah berfikir. Orang sebijak Mahathir pun boleh tertipu dengan mainan Pak Lah. Untuk Najib, Pak Lah hanya perlu senyum sahaja, semuanya akan berjalan lancar seperti terancang.

Pak Lah mungkin nampak lembik dari fisikal tetapi semangatnya agak keras. Mainan politiknya selalu 'deceiving' walaupun kerap dilihat 'misleading'. Hampir seluruh anggota BN terutamanya UMNO kini terjerat dengan mainan Pak Lah itu.

Mungkin Pak Lah tersalah baca dalam pilihan raya yang lalu hinggakan dia hampir tertungging dalam politik. Tetapi pengalamannya berhadapan Mahathir selepas pembubaran UMNO lama dulu telah banyak mengajar Pak Lah dalam mainan politik, khususnya politik Malaysia. Pak Lah tahu, senjata yang paling ampuh untuk politik Malaysia ialah cara berlembut dan tunjukkan imej bersih.

Terkini, Pak Lah hampir pasti menang dalam apa juga serangan yang dihalakan kepadanya secara peribadi. Semua penentang utamanya seperti Anwar dan Mahathir sudah berjaya ditumpulkan senjata mereka. Sementara Najib yang boleh dikira sebagai penentang dalaman pula kini sedang bergelumang dengan berbagai kemelut.

Kalaulah, Musa Hasan dan Ghani Patail dapat disahkan perbuatan jinayah mereka seperti didakwa oleh Anwar, Pak Lah pasti kembali kuat seperti selepas keputusan pilihan raya 2004. kalaulah, ks V.K. Lingam juga memberikan keputusan yang 'affirmative', Pak Lah bukan sahaja lebih kuat dari Mahathir dari segi kuasa sebelum ini, malah Pak Lah tentunya boleh mendakwa dirinya sebagai seorang pemimpin yang benar-benar telus. Tidak mustahil lepas itu, PR akan hanya jadi pakatan rampaian.

Hala tuju Pak Lah kini cukup merungsingkan Mahathir. Anwar tidaklah serungsing Mahathir. Mahathir menyerang peribadi Pak Lah secara keji. Sementara Anwar masih bersopan bila menyerang Pak Lah. Hubungan Pak Lah dan Anwar tidaklah seburuk mana. Masakan Pak Lah masih mahu berjumpa Wan Azizah dan anaknya Nurul Izah jika permusuhannya dengan Anwar begitu meluap-luap.

Terbukti kebodohan Pak Lah tidaklah seperti yang digambarkan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Apa yang berlaku sekarang, terutamanya selepas insiden Najib didakwa ada hubungan seks dengan Anantuya dan tuduhan liwat ke atas Anwar tentunya boleh memadamkan semua anggapan sedemikian terhadap Pak Lah. Mungkin lepas ini, pengkritik Pak Lah hanya boleh kata Pak Lah tidak bodoh tetapi setakat bengong sahaja. Apa pun Pak Lah masih belum terlepas dari anggapan negatif.
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by InEffective, July 06, 2008 11:08:20

There appears to still be a large number of Malaysian inflicted with the 'Stockholm Syndrome' - The more dependent you are on someone, the more willing you'll be to trust him.

For example, this phenomenon plays out to the extreme in the Stockholm syndrome, in which hostages become so psychologically dependent on their captors that they will trust their captors' statements and demands more than those of the officials who are attempting to negotiate their release.

We tend to cope with the psychological discomfort associated with dependence by believing in the trustworthiness of those upon whom we depend.

When alternatives to current politicians in Malaysia's governance appear painful or costly, a citizen who senses he has no other recourse may come to trust even his "enemy."
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by SeriousLy, July 12, 2008 09:04:45
Yaaa! Who said that he's STUPID! He's very clever in ......... but not to help the people!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by onnetline, July 13, 2008 16:43:11
Agreed, this BADAKwi fella is not stupid but has become a good liar !
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by rams609, July 13, 2008 19:43:47
MR.CLEAN HAS UPGRADED HIMSELF TO BE MR. CLEANER. HE CLEANS EVERYTHING THAT CROSSES HIS PATH. HE'S A SUCKER FOR MORE MONEYLAH! AN OLD BIG FAT VACUUM CLEANER HE IS. POORAAH!!!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by mymalaysia, July 15, 2008 18:04:21
Wanna vomit by just looking at him & KJ! Great pretenders!
He is not bodoh .. he is just BODOH BETUL .. not literally but because I truly think he is a disgrace to our people!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by YARRACUDA, July 23, 2008 21:20:37
mana ada orang kata dia bodoh.....dia tu TONGONGGGGGGG!!!
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by onnetline, July 25, 2008 13:16:46
These days it's easy to note that he's lying quite a lot through his body and facial expression.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by bunian, July 26, 2008 16:28:34
Takde sapa kata Abdullah Badawi bodoh. He demonstrated the trait to all and sundry on his own.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Sylvia, July 26, 2008 22:37:12
WHO SAID BADAWI IS BODOH??? He is too smart for Anwar and Najib. Coffee-shop talk has this story... He is killing 2 birds with one stone. He only needs to cause trouble for Anwar, and the rest will fall on his laps without any effort. The bodoh person here is clearly Najib, being blind-folded., and offered an empty promise of being PM in (MY GOD!) 2 years' time, by then where do u think our Najib guy will be? Who do u think planned and sent Saiful( the guy who was supposedly sodomised by Anwar)to see Najib? Thus stirring Anwar's anger and take action deadly against Najib? Our old man is enjoying his sil's planned show happily...If this is not killing 2 birds with 1 stone, what is?
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by rams609, August 02, 2008 15:15:56
Siapa Kata Abdullah Bodoh?

SAYA!!!!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by rams609, August 04, 2008 23:34:43
Siapa Kata Abdullah Bodoh?

TAAAAAAAKK....DOLLAH BUKAN BODOH....DIA GUOBBBBLOK!!!!
report abuse
disagree 0
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by wargasetia, August 09, 2008 14:41:33
errr... manyak layat sudah cakap dia boloh...
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by EDLYK, August 14, 2008 17:17:28
STUPID for getting najib as our next Prime Minister. Lagi bodoh for getting kj in to Parliment. Conclusion betul betul abdullah lagi bodoh then ANWAR IBRAHIM.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by ATSaari, August 16, 2008 01:57:15
Siapa kata PakLah bodoh? Tak kita tak pernah kata PakLah bodoh, dia tak bodoh, cuma tak berapa cerdik dan tak pandai aje! Dia tak pandai dalam ekonomi, tak pandai control menantu, tak pandai control nafsu rasuah, tak pandai jaga diri-asyik kena bantai aje, banyak lah yang dia tak pandai. Kalau nak cerita semua tak cukup tempat komen ini, tetapi dia tak bodoh.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by kawoix, August 17, 2008 23:47:49
Lovely poem for MR. Abdullah

Poor People
Poor people sit at the door,
and plead, could i have a rice bowl?
We say get lost from here!
Have you ever thought how much the poor person will fear,
We selfish, stupid and bad people,
Do not understand how will it feel
When we are poor and when we feel,
with a rich man,
we'll know how it will feel!

http://kawoix.********.com/200...orons.html
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by OMARZ, August 21, 2008 14:12:29
Pak boleLAH sememangnya bodoh, BODOH dalam aspek membela nasib rakyat dan kebodohan inilah yang menyebabkan PAK boleLAH pintar dalam menyembelih leher rakyat,menjual maruah rakyat,meliwat hak-hak rakyat,....kebodohan inilah yang menyebabkan ramai kuncu-kuncu UMNO yang sentiasa menjilat bontot PAK boleLAH...tumpang sekaki malah dua kaki sama-sama menindas rakyat....
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Bluechip, August 21, 2008 17:54:46
PM Abdullah bukanlah seorang yang bodoh tetapi seorang yang kurang pandai, kurang pintar, dan kurang cerdik. PM Abdullah tidak layak digelar "bodoh." Sekiranya PM Abdullah bodoh bagaimana dia boleh menghasilkan "kucari damai abadi?" Bagaimana dia boleh menghasilkan konsep Islam Hadhari?
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by prof, August 26, 2008 23:09:33
Mr Clean? Ulama konon? Islam Hadari? Apa benda yang PM ini tahu dan pandai? Kelentong tak habis!
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM