A+ | A- | Reset

Penubuhan Sebuah Jabatan Bagi Jaga Kepentingan Bukan Islam Tidak Perlu PDF Print
Wednesday, 19 December 2007 10:13

SEPANG, Dec 18 (Bernama) -- Penubuhan sebuah jabatan bagi menjaga kepentingan bukan Islam pada masa ini tidak perlu kerana jawatankuasa khas sedia ada telah dapat meminkan peranan efektif untuk tujuan itu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pengwujudan satu jabatan untuk tujuan itu pada masa sekarang adalah kurang wajar.

"Mungkin (jabatan) terlalu besar... tengoklah di masa hadapan, sekiranya wajar kita akan adakan juga jabatan itu.


"Hal bukan Islam, sebenarnya kita beri perhatian. Bukan kita tidak beri perhatian kepada mereka dan perhatian-perhatian itu adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi mereka untuk dipertimbangkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita ketika melawat Perusahaan Sepang Maju Sdn Bhd, di Sungai Pelek di sini hari ini.

Lawatan itu merupakan sebahagian program lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Selangor.


Abdullah mengulas permintaan pertubuhan bukan kerajaan yang mahukan supaya kerajaan menubuhkan sebuah jabatan bagi menjaga hal ehwal bukan Islam di negara ini.


Beliau berkata jawatankuasa sedia ada di bawah Jabatan Perdana Menteri dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok untuk menjaga kepentingan mereka yang beragama Kristian, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu (Hindu) serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting (Buddha).


Selain daripada jawatankuasa itu, Abdullah berkata Jabatan Perpaduan turut mempunyai jawatankuasa seumpama, dengan seorang menteri dipertanggungjawabkan perkara berkaitan perpaduan, agama dan kepercayaan kaum yang ada.


Ditanya sama ada keputusan untuk mengugurkan dakwaan terhadap 31 orang penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) disebabkan beberapa desakan, Abdullah berkata keputusan itu dibuat oleh Peguam Negara.


"Dia tentu berfikir apa yang nak dilakukan bila bawa kes itu ke mahkamah. Dia buat keputusan yang wajar dan dia beri sebab mengapa dakwaan itu dikurangkan," katanya.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani semalam menarik balik pertuduhan terhadap 31 penyokong Hindraf yang didakwa atas cubaan membunuh seorang pegawai polis dalam kejadian perhimpunan haram anjuran kumpulan tidak berdaftar itu di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada 25 November lepas. BERNAMA

Comments (2)Add Comment
...
written by dragonheart, December 21, 2007 22:00:33
Saya seorang Islam tetapi saya tidak nampak kenapa sebuah jabatan bagi menjaga kepentingan bukan Islam pada masa ini tidak perlu. Orang orang bukan Islam juga rakayat malaysia dan keperluan mereka juga pelu di pantau. Adalah lebih baik orang-orang bukan Islam di galakan memahami ugama mereka dengan betul dan mengawal ugama yang tidak di itirafkan. Lagi ramai Rakyat bukan Islam patuh pada tuhan mereka, maka kita akan dapat lebih ramai rakyat yang baik dan tidak melampaui batas...

Jangan pantau orang Islam sahaja, kerana ramai ugama lain yang perlu di pantau juga sepaya mereka ikut landasan ugama mereka. Saya percaya setiap ugama ingin membawa pengikut mereka ke jalan yang baik.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Anak Desa, December 25, 2007 01:55:46
The setting of the religious department in Prime Minster department for non muslims is welcome.The irony part is the PM had said he has appointed Ministers for Buddhism,Hindu and Christian which nobody has ever heard. Maybe he must of thought there and then when the journalists pose the question.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM