|
(Malaysiakini) - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.
Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.
Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.
PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.
Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.
Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai. Tegakkan keadilan Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.
Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.
Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.
Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.
Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
|
Ever wonder why there is no action on the recommendations of the Royal Commission on the Police? Ever wonder why there is a deafening silence on the reforms within the Judiciary? Want to bet whether there will be any positive outcome to deport illegal immigrants in Sabah?
I don’t need to point you to an answer because the answer is already there for all to see. The De Facto Law Minister has noble intentions but it is obvious there are others more powerful than him or the PM within UMNO. If I were him, I would resign in a huff because you cannot teach old dogs new tricks.
I have digressed, but the point is if we have the same government we will see the same abuses repeated over and over again for the next 50 years simply because they are hoping they don’t have to change. They want to maintain status quo for the same reasons a dog will clutch on to his bone until he chews the marrow off it and reduce it to pulp. They will not change because they don’t want to change and they hope they don’t have to because in time we will forget.
So we must not (forget). We must hound them with their abuses and misdeeds and pounce on them when the time is right. They will bark, gnarl and growl, they will chase us and they will bite us but we must not let ourselves forget.
As we await with bated breath on the outcome of the police report against DSAI, we must not forget that:
We want a government of the Rakyat, by the Rakyat and for the Rakyat. Politicians are the servants of the Rakyat. We are paying them to build a better future for the Rakyat, not for themselves. Enough is enough. No more politicians enriching themselves at the Rakyat’s expense, no more wastages of our country’s resources, no more abuses of power for personal agendas, no more BN.