A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow GMI sambut baik pembebasan BSA Tahir tapi kecewa dengan Hamid Albar

GMI sambut baik pembebasan BSA Tahir tapi kecewa dengan Hamid Albar PDF Print
Posted by admin   
Friday, 27 June 2008 08:27

(Harakah) - GMI menyambut baik pembebasan BSA Tahir dari ISA, pada 6 Jun lalu, bagaimanapun berpandangan perkembangan tersebut sebagai satu lagi episod buruk ISA.

Ia berkaitan tiadanya sebarang penjelasan yang terperinci diberikan mengenai sebab penahanan BSA Tahir yang dikatakan menjadi ancaman negara, lebih-lebih lagi berdasarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar mengenainya, tegas Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau berkata, kira-kita dua bulan sebelum dibebaskan, Syed Hamid dilaporkan berkata, BSA Tahir masih menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan juga ekonomi negara kerana penyiasatan yang dilakukan terhadapnya mendedahkan hubungannya dengan rangkaian nuklear antarabangsa.

Bagaimanapun, terbaru, Syed Hamid mengeluarkan kenyataan bahawa BSA Tahir bukan lagi merupakan ancaman kepada negara dan pembebasan beliau telah disyorkan, selain penyiasatan yang perlu dilakukan ke atasnya telah pun dilakukan.

"Faktanya, di bawah undang-undang ISA ini, Syed Hamid tidak perlu mendedahkan kepada awam atau mahkamah berkenaan perincian penahanan ataupun pembebasan seseorang tahanan, di mana beliau memiliki kuasa penuh untuk menahan seseorang tanpa bicara, melangkaui proses keadilan sehinggalah melanjutkan penahanan sewenang-wenangnya," tegas beliau.

Malah, keadaan ini katanya, jelas melanggar prinsip undang-undang, yang mana dengan kuasa tersebut akan memudahkan lagi penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh pihak yang berkepentingan.

Bagi GMI, dalam kes BSA Tahir ini, Syed Ibrahim berkata pelbagai persoalan ditimbulkan, antaranya mengapa beliau ditahan di bawah ISA dan tidak dibawa ke mahkamah jika penyiasatan telah berjaya dilakukan.

Sehubungan itu katanya, GMI mengulangi penegasannya bahawa ISA bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia, khususnya hak tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah, serta hak mendapatkan perbicaraan terbuka dan adil.

"Atas sebab-sebab pelanggaran hak asasi ini, maka GMI mengulangi pendirian bahawa ISA perlu dimansuhkan serta-merta," tegas Syed Ibrahim.

Comments (0)Add Comment

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM