A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Anwar Usah Layan Yahya Shaari PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 25 June 2008 11:54

(Global Media Channel) - KEJADIAN Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shaari disiasat oleh BPR kerana dikatakan telah menyalahgunakan kuasa meluluskan tander punggut sampah dalam Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) bakal menimbulkan masalah kepada PKR Selangor jika ianya tidak diselesai dengan baik

Semalam pegawai berjanggut renggah ( jarang) itu telah pun melepaskan jawatan sebagai Pegawai Khas selepas beliau menerima surat penggantungan jawatan itu. Beliau nampaknya tidak puas hati dengan tindakan penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu.

Tindakan beliau melepas jawatan itu betul, kerana mesej pengganggung itu sendiri ialah untuk memberi isyarat agar beliau melepas jawatan dengan baik apabila beliau disiasat oleh BPR. Dan nampaknya beliau peka dengan isyarat berkenaan.

Namun perkembangan selepas itu nampaknya kurang sihat dan tidak mencerminkan tindakan mereka yang pernah menimba pengalaman dari gerakan Islam.

Ahli PKR harus memahami sebaik-baiknya mengenai isu ini. Ada dua isu yang timbul dalam hal ini. Penggantungan alias pemecatan pegawai berkenaan dan siasatan oleh BPR. Apa yang kena faham kenapa pegawai itu digantung ialah kerana beliau disiasat oleh BPR. Siasatan belum selesai lagi walaupun MB pada suatu masa cuba membela dan melindungi aib pegawai itu dengan mengatakan siasatan sudah selesai dan tidak ada kes.

Teryata siasatan belum selesai lagi dan masih berjalan. Kalau sudah selesai dan pegawai itu tidak bersalah kenapa beliau digantung?

Maka wajar kalau pegawai itu digantung untuk membolehkan siasatan berjalan dengan lancar. Selain itu untuk menjaga integriti Kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak sesuai sangat kalau orang yang disyaki rasuah berada di dalam pejabat sebuah kerajaan bersih dan telus seperti pejabat MB Selangor itu. Keadaan itu samalah pencuri yang berada di bawah ketiak alim ulama.

Pegawai berkenaan hendaklah insaf dan peka dengan keadaan. Salahnya di sini dari beliau juga kerana menulis surat sokongan sedangkan ia tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Kalau tidak banyak dan sampai boleh dihukum lima hingga 10 tahun penjara namun beliau telah menyalahgunakan kedudukannya. Apakah beliau tidak membaca piagam perkhidmatan dan juga bidang tugasnya sebelum duduk di kerusi jawatan itu?

Pegawai berkenaan nampaknya mengamok, membuat protes dan cuba mengheretkan masalah peribadinya jauh ke dalam parti. Beliau tidak perlu membuat kenyataan dan protes demikian. Beliau hanya ahli dan berkedudukan sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, di mana statusnya dari segi keahliannya sama saja. Sama-sama membayar yuran yang nilainya sama.

Beliau tidak boleh merasakan hebat, penting dan seolah kalau bukan kerana beliau PKR Selangor tidak akan menang. Kalau itulah perasaan yang menekan dirinya, itu silap. PKR dalam keadaan sekarang akan kuat dan terus mendapat sokongan rakyat. Rakyat tidak menyokong mana-mana individu tetapi apa yang disokong aspirasi dan cita-cita PKR bersama Pakatan Rakyat.

Sesiapa yang memperjuangkan dirinya, beliau akan tewas dan kalah. Tidak ada siapa akan mempedulikan kita. Jadi cadangan hendak jumpa Anwar dan membawa protes batinnya itu tidak betul. Apakah lagi kalau Anwar tidak melayannnya beliau bercadang pula untuk meninggalkan PKR seperti Ezam Mohd Noor, makin tidak betul. Lihat apa sudah jadi pad Ezam penghormatan umum kepadanya sudah hilang. Seribu kali dia memburukkan Anwar dunia tidak akan mempercayainya kecuali dunia Umno.

Dan Anwar Ibrahim juga tidak payah layan ahli-ahli yang lebih memikirkan soal diri sendiri daripada agenda perjuangan untuk rakyat. Kalau beliau turut melayani tuntutan-tuntutan peribadi, ia tidak akan habis kerana semua manusia akan berbuat demikian.

Cuma perlu diingatkan kepada Anwar kalau hendak layan dan dodoi kerana PKR kini sudah memiliki sedikit kuasa dodoilah mereka yang ikhlas dan bersusah payah semasa berdemon mempertahan dan memperjuangkan agendanya dulu.

Jalan baik bagi pegawai berkenaan ialah bersikap tawaqus dan insafkan diri. Serahkan diri kepada Allah dan sekiranya siasatan BPR mendapat beliau tidak bersalah nah... muncullah semula sebagai pemimpin hebat yang bersih, tahu menghormati orang dan jangan bercakap berdolak dalih. Kalau kita benar kenapa kita harus menjadi penakut dan bukankah kita berjuang kerana Allah dan bukan kerana lain dari itu? Cuba hayati makna dalam doa iftitah.

Comments (16)Add Comment
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by ctchoolaw, June 25, 2008 12:02:07
This is an unnecessary road bump. If Yahya is sincere, just quietly go away & let ACA investigate. Don't give all the bullcrap about not being given an opportunity. We're not saying u r guilty. But understand that u r disturbing the agenda for change. Don't distract Tan Sri Khalid, bro. http://ctchoolaw.********.com/
report abuse
disagree 2
agree 39
...
written by semut, June 25, 2008 12:14:56
Ahli PKR harus memahami sebaik-baiknya mengenai isu ini. Ada dua isu yang timbul dalam hal ini. Penggantungan alias pemecatan pegawai berkenaan dan siasatan oleh BPR. Apa yang kena faham kenapa pegawai itu digantung ialah kerana beliau disiasat oleh BPR. Siasatan belum selesai lagi walaupun MB pada suatu masa cuba membela dan melindungi aib pegawai itu dengan mengatakan siasatan sudah selesai dan tidak ada kes.


tapi kenapa PAS memburukkan lagi keadaan? di mana kerjasama dan toleransi?

http://semutmalaysia.********.com
report abuse
disagree 10
agree 9
...
written by tampung, June 25, 2008 12:23:54
Kepada Sdr Yahya dan mereka yang bersimpati,

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita menuding sesama kita. Musuh sebenar kita sedang memerhati dan menunggu peluang ini sekian lama. Kalau Saudara2 semua boleh bersabar lebih sepuluh tahun, apa sangatlah membiarkan ACA atau badan penyiasat kerajaan negeri menyelesaikan siasatan.

Kepada Tan Sri Khalid dan kerajaan negeri,

Jangan terlalu dipengaruhi oleh media dan propoganda BN dan UMNO. Ini kerana ' tongkang pecah yu yang kenyang'. Kita pernah teruji dengan ujian yang lebih besar dari ini. Apa pun tindakan biarlah bersandarkan garis panduanNya dan niat yang betul.
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by Ckchew, June 25, 2008 12:25:31
macamana nak jadi kerajaan rakyat? bila tak bagi jawatan, merajuk. cermin la diri dulu sebelum minta jawatan.

kalu dulu, dalam bn, u jaga belakang dia, dia jaga belakang u. rasuah tak rasuah, semuanya ok.

tapi era sekarang, bukan saja pembangkang negeri saja yang jadi mata-mata, tapi ahli parti sendiri, & pegawai kerajaan negeri (yg baik dengan pembangkang negeri ataupun tidak) juga akan jadi telinga & mata utk bongkar segala salahlaku. so, dalam kes Abu Ya, dia sendiri yang cari sakit. memang dulu kalu penjual sate di Sekinchan nak mohon lesen pun PA mb keluar surat sokongan, tapi itu dulu. Ingat, itu dulu, mau jawatan boleh tapi bersedia utk pindah ke sg buluh atau kajang.

kalu mau juga jawatan & kemudian su-roo kuat, minta supaya bila kena cekup, jangan pula anak isteri nangis datang minta tolong.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Cwet Liram, June 25, 2008 13:06:41
Harap Shari & Co tidak bertindak keterlaluan dlm isu ini..

Sambung kerja dan belajar dari apa yang berlaku
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by middlepath, June 25, 2008 13:25:56
This is the "integrity" for Pakatan Rakyat government, this is the price of a good governance, we must salute the MB of Selangor, this is painful, we must learn from this, in the Umno, BN politic, this one never happen, they will get a senate seat and retire happily. So, salute Pakatn Rakyat
we must have this kind of clean gov, Paktan Rakyat, hidup PR.
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by Calcium2u, June 25, 2008 13:55:58
Si Yahya ni memang Sohai....tak baca Sun Tzu Art of War ke....memang cetek pengetahuan dan ilmu....

Siasatan saje oleh BPR..belum diketahui sama ada guity ke tidak..sudah buat kecoh macam bayi manangis tak terhenti henti kerana bapa enggan membelinya mainai atau aiskrim...
otak dodol betul...

Retreat while the waves is against you...fight another day lar...apa risau sangat....Biar you punya Boss Tan Sri Khalid...tunjuk pada rakyat that dia pun professional....suspend you dulu ...biar di siasat..dan jika betul betul you innocent, BPR will clear you and you cann assume back you punya jawatan ....kalau tak bersalah, tak payah takut...kebenaran akan menjelma in the end...

So jangan bersikap budak budak...you punya Parti....has come a long way to this Victory today...jangan kerana isu ini menjejaskan you punya Parti imej dan sekalian di kalangan you punya parti....

I tak kenal you...so i tak mau cakap perkataan yang tak sedap di dengar...so i hope you be more matured in handling this issue...

Give your Boss Tan Sri Khalid a break....BN people all sekarang waiting to take advantage of your crack in the parti...go to MPH and get yourself a book of Sun Tzu Art of War...if you punya English tak bagus, ada jugak dalam Bahasa...pergi beli dan baca...tak faham boleh tanya i kat this blog...many others sifu akan tolong menterjemahkan maksud tersirat pada you.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by wargasetia, June 25, 2008 15:33:39
Let him go and go...
such a low IQ.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by joeawk, June 25, 2008 15:45:56
That is the thing that people are worried about PKR people. They were mainly ex UMNO people whom malaysians have come to loathe.

So early in his position and he already abuse his position and merajuk pula. Going by his statement and that of those like minded people, they can go back to UMNO and it will be no loss to Malaysia because they are opportunists, no less.
report abuse
disagree 0
agree 2
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by fireduck, June 25, 2008 17:02:02
I agree. Some of them (the Pakatan people) seem to repeat the same mistakes as the BN's. Power corrupts! If Yahya is sincere, he should be the first to understand why Tan Sri Khalid puts him in suspension. Suspend, not pecat, bro! There is a big difference. To be honest, transparent and fair, the MB is absolutely right in taking that step, otherwise it reflects very badly on the state govt. Accusations of cronyism etc., will come up if Tan Sri did not take that step.

But if Yahya is clean and cleared, then just let the ACA do its job. If the ACA is biased in its discharge of its duties, I am sure Tan Sri will make his moves to defend Yahya and his office. If he is cleared, both the state govt., and him (Yahya) will return in a stronger position. As it is now, nasi dah jadi bubur, suspicions will forever be cast on the motives of Yahya. He is just too immature in his politics. ..... unless someone had dangled some pretty nice carrots for him cross over to 'the other side'.

Tan Sri Khalid is doing fine as MB. Carry on!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Jomo, June 25, 2008 17:35:35
Jarang sekali kita jumpa ubat yang rasanya manis kebanyakanya semua pahit2 belaka. Oleh sebab itu sengekta /perbalahan antara Tan Sri Khalid dengan sdraYahya adalah suatu pengajaran yang patut di ambil sebagai contoh /iktibar supaya apa2 masalah yang timbul harus dibincang bersama supaya apa2 tindakan yang bakal di ambil akan menguntugkan semua pihak dan kebaikan bersama. tidak ada konfrontasi atau salah faham. Anggap lah ini sebagai satu cabaran/ujian… kita belajar dari kesilapan.

Jangan ambil sikap yang terburu-buru kita perlu ambil jalan yang selamat supaya apa2 yang kita usahakan itu nanti akan beroleh kejayaan. Cuba kita perbetulkan dimana silapnya. Jangan terus2an buat silap dan bersikap kebudak-budakan nanti orang2 UMNO akan tersenyum lebar dan ketawa apabila melihat orang2 PKR sudah mulai bergaduh sama sendiri. Renong2 kan lah.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by MalaysianUnited, June 26, 2008 06:05:20
BETUL DAN SETUJU!!

Untuk menyerang MB Selangor, tak payah la nak protes dengan mengatakan ahli lama PKR zaman reformasi tiada dibela nasib mereka..

Senang cerita, siapa yang tahu memimpin dan memerintah, dia yang wajar dilantik..kalau setakat boleh merosakkan harta benda awam..layaknya jadi ahli biasa jea la..
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by chiongguo, June 26, 2008 13:01:00
Si Yahya ni memang Sohai....tak baca Sun Tzu Art of War ke....memang cetek pengetahuan dan ilmu....


SunTzu Art of war is not about war but about bringing back peace and harmony in a situation that has gone badly out of sync.

Many people use SunTzu Art of war either as advice or as justification for their wrong doing but if the fundamental motives and ultimate objective is not this peace and harmony what will result from using this Art of war is a protracted war that will see the destruction of all parties involved. When this happens there will be a long period of suffering to gather back the vital energy of the community. As a country and as a community we wouldn't want to reach this stage of affair. Malaysia with its current state of corruption where the government could not survive without the petrol dollars means that the structure and sytem that had been in place can collapse very soon. A short time here refers to 5 to 10 years. The Malaysian government BN is no longer a viable government and if we can't see this the people will pay a heavy price in days and years to come.

Remember always while we seem to admire SunTzu Art of War we must never forget that our final objectives and intentions are to restore peace and harmony within the community.

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Rozlan, June 26, 2008 13:12:56
Yahya Shaari should know that his behavior had no place in Pakatan Rakyat...He might not break any rules for the time being but it paved ways to corruptions and croniysm...What did he trying to do anyway? let see his next course of action.Agaknya dia join UMNO tak??? Kalu join UMNO sahih la dia ni mmg tak layak bersama PR
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM