A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Dakwat kekal: "Kerajaan belum cadang ambil tindakan keatas Rashid" Nazri PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 25 June 2008 10:48

(mStar Online) - Kerajaan belum bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman atas kenyataannya yang beliau telah diarah oleh Kabinet supaya membatalkan rancangan penggunaan dakwat kekal beberapa hari sebelum pengundian dijalankan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan menghormati SPR sebagai badan bebas dan jika ada percanggahan kerajaan akan menjelaskan apa yang berlaku dari sudut pandangan kerajaan.

"Namun begitu, kerajaan benar-benar berharap bahawa SPR akan menjauhi kenyataan yang mungkin mengelirukan demi kredibiliti institusi SPR dan kewibawaan proses demokrasi dan pilihan raya itu sendiri," kata beliau.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Lim mengemukakan soalan sama ada tindakan diambil ke atas Pengerusi SPR yang telah diarahkan oleh Kabinet untuk membatalkan celup jari empat hari sebelum hari pengundian, dan mendakwa Abdul Rashid bersama-sama Peguam Negara dan Ketua Polis Negara telah menipu rakyat bahawa sebab keselamatan memerlukan pembatalan penggunaan dakwat itu.

Pembatalan itu diumumkan lima hari sebelum hari pengundian 8 Mac lalu.

Pada 17 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan bahawa Kabinet hanya mencadangkan dan bukannya mengarahkan SPR membatalkan kaedah mencalit dakwat pada pilihan raya umum lalu.

Perdana Menteri berkata, ini kerana SPR selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya berhak sama ada mahu menerima cadangan yang diberikan Kabinet atau tidak.

Pada hari yang sama, Abdul Rashid memberitahu, Kabinet yang tidak meluluskan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum lalu walaupun SPR bersetuju dengan kaedah tersebut.

Menurut Abdul Rashid, Kabinet tidak meluluskannya atas dua alasan yang kukuh dan beliau bersetuju kerana ia melibatkan keselamatan dan satu lagi daripada segi undang-undang.

Dalam jawapan bertulis itu juga, Mohamed Nazri berkata, Kabinet tidak pernah mengarahkan Pengerusi SPR untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum Mac lalu.

Kata beliau, walaupun jemaah menteri tidak menyokong cadangan penggunaan dakwat kekal itu, namun mereka hanya meminta Abdul Rashid menimbangkan perkara itu dengan mengambil kira isu bahawa pelaksanaan itu mungkin bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini berbangkit di mesyuarat jemaah menteri dua minggu sebelum pembubaran Parlimen," katanya.

Jelas beliau, peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi tanpa syarat termasuk syarat mencalit jari dengan dakwat kekal.

"Hak untuk memilih tidak boleh dinafikan kepada pemilih yang tidak mahu mencalit jari mereka atau mereka yang telah dicalit jarinya, hak untuk mengundi hanya boleh dinafikan jika pemilih berdaftar hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang," katanya.

Beliau berkata, SPR diberitahu oleh jemaah menteri mengenai isu itu dan SPR menjawab dengan cadangan bahawa mereka akan menyediakan borang sumpah di setiap tempat mengundi bagi mereka yang telah mengundi tetapi tidak mahu dicalit.

"Jemaah menteri telah menjawab balik bahawa cadangan ini tidak akan dapat mengelak daripada pengundian dua kali, namun keputusan sama ada untuk meneruskan penggunaan dakwat kekal atau tidak masih terletak pada SPR sebagai autoriti yang kompeten dan bebas," katanya.

Comments (13)Add Comment
...
written by semut, June 25, 2008 10:58:54
hello?! lu orang ingat malaysia nak percaya ke cerita puak UMNO ni?

http://semutmalaysia.********.com
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by Al Ambia, June 25, 2008 11:12:18
"Menurut Abdul Rashid, Kabinet tidak meluluskannya atas dua alasan yang kukuh dan beliau bersetuju kerana ia melibatkan keselamatan dan satu lagi daripada segi undang-undang."
Ular dan tikus satu sarang.Kalau tahu ia melibatkan keselamatan dan undang undang,mengapa sudah beli baru sedar??Dont you weight all the pros and cons before making any decision??We are talking about millions,tau ka?Oh,i almost forgot,its not your money.
report abuse
disagree 1
agree 23
...
written by Lostsoul12, June 25, 2008 11:17:15
"Namun begitu, kerajaan benar-benar berharap bahawa SPR akan menjauhi kenyataan yang mungkin mengelirukan demi kredibiliti institusi SPR dan kewibawaan proses demokrasi dan pilihan raya itu sendiri," kata beliau.

Kat Malaysia, SPR, Jabatan Anti Rasuah dan Jabatan Keadilan semua sama saja - R.I.P. Mana ada kredibiliti! (Kalau ada, beruk jantan dah kalah teruk kat PR 12)
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Langadon, June 25, 2008 11:18:25
uinah hebatnya BN (Barang Naik) ni, UMNO yang pengaruhi keputusan SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pulak dapat 'penalti'. hebatnya konspirasi UMNO/BN ni.
sindri buat, sindri tanggung la. smilies/cry.gif
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Rundukon, June 25, 2008 11:27:51
Yang saya pernah baca di akhbar milik kerajaan ialah Dollah dan beberapa ahli kabinet mengalu-alukan penggunaan dawat kekal tersebut sebelum membuat keputusan flip flop membatalkannya pula.

Mana yang hendak dipercayai ni?
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Cwet Liram, June 25, 2008 12:29:46
Yang kau buang masa buat Undang2 supaya Rashid boleh sambung kerja tu buat apa??

MP BN memang tolol..

Nah ketololan tu lah telah memakan diri..Pergi Jahanamm
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by tehewe, June 25, 2008 13:55:43
Until today we have not seen where is the ink! But we have the bill for the millions that we have spent! PLEASE show us the INK! After that the gomen and the EC can sue each other for all we care. We will be changing the federal government soon anyway. smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Lim Lim, June 25, 2008 19:22:01
man boleh ambil tindakan??nanti more worms would come out!!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by sammi, June 25, 2008 22:50:34
BN podah! We don't buy your story...get lost.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by sammi, June 25, 2008 22:51:12
BN Better go to hell now....we are sick & tired seeing you around..... Just give way...
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by SiHangChai, June 25, 2008 23:03:09
Hormat? Pergi-lah, Nazri, kepala 2 ular. Tak tahu apa jenis lawyer ini macam. Lagi mahu tipu. Ini BN semua tipu. Sudah kalah mahu tipu... sudah menang, pun mahu tipu. Kalau itu Rashid tua sudah nyanyuk cakap palsu dan fitnah kerajaan BN, mesti ambil tindakan cepat sebab itu libat pilihanraya. kalau dia cakap benar atau lu cakap betul, ini semua tipu punya cerita. kalau nak lakun pergi bollywood. Kalau dia salah, buat apa sambung dia jadi chairman.???
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by life4hire, June 26, 2008 03:21:24
adoi...buat aper la gaduh2..cakap jer salah terima maklumat ker..misscommunication ke...kuakuakuang smilies/grin.gif

http://life4hire.berceloteh.com
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by BUTEK, June 26, 2008 22:45:38
NAJIZRI NAJIZ PATUT DKURUNG DLM KANDANG BABI ZOO NEGARA... SENANG SIKIT RAKYAT BALING NGAN BATU ATAU TELUR BUSUK... BABI PUN TAK HINA CAM DIA!!!! CELAKA PUNYER NAJIZRI BABI...
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM