A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Yahya undur, 'tidak yakin Khalid'

Yahya undur, 'tidak yakin Khalid' PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 24 June 2008 08:45

(Malaysiakini) - Pegawai tugas-tugas khas menteri besar Selangor, Yahya Shahri meletakkan jawatannya itu atas alasan "hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim".

yahya sahriYahya, yang mengirim surat peletakan jawatannya kepada bekas ketuanya itu petang tadi, juga melepaskan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan PKR Selangor.

Selain hilang keyakinan, menurut surat peletakan jawatannya, Yahya tidak menyebut sebab-sebab lain kecuali ia akan "dinyatakan kemudian."

Surat itu dikirim kepada pejabat menteri besar melalui faksimili kira-kira 3.45 petang tadi.

Abdul Khalid pada sebelah pagi mengumumkan penggantungan jawatan Yahya - yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa dua minggu lepas - sebagai pegawai kanannya berkuatkuasa hari ini selama dua bulan.

Abdul Khalid semalam mengirim mesej SMS kepada Yahya memaklumkan tindakan yang bakal diambilnya hari ini bagi mengelakkan pegawainya itu "terperanjat."

Dalam ucapannya di depan hampir 200 penyokong di kediamannya di Seksyen 4 Shah Alam malam ini, Yahya juga mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatannya sebagai ketua perhubungan PKR Selangor.

Yahya mencadangkan jawatan itu diserahkan kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditemui Malaysiakini selepas ucapannya kira-kira jam 10 malam, Yahya berkata beliau telah bercakap dengan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berhubung tindakan penggantungan terhadapnya dan kedudukannya itu.

Menurutnya, ahli parlimen Permatang Pauh itu mencadangkan beliau bertemu sendiri dengan Anwar.

Beliau dijadual bertemu penasihat parti itu di pejabatnya jam 2 petang esok dan dipercayai akan membawa "beberapa tuntutan."

Yahya, seorang aktivis lama PKR, berkata beliau mendapat sokongan dan berpengaruh dalam kalangan 70 hingga 80 peratus bahagian di negeri itu.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak meluluskan sebarang projek atau tender, tetapi hanya memberikan surat sokongan.

Sementara itu di kediaman rasminya, Abdul Khalid memberikan taklimat isu ini kepada wakil-wakil rakyat PKR Selangor, termasuk ahli-ahli parlimen.

Bagaimanapun tidak semua ahli parlimen hadir kerana sesi Dewan Rakyat berakhir lewat bagi membahaskan usul kenaikan harga minyak hari ini.

Sehingga kini belum jelas butiran perbincangan mereka yang bermula kira-kira 8 malam hingga selepas tengah malam tadi - termasuk mereka yang hadir dalam pertemuan lebih awal di rumah Yahya.

Malaysiakini difahamkan pertemuan ini "panas" mengenai pelbagai isu pentadbiran kerajaan negeri, termasuk "10 peratus sahaja" isu berhubung penggantungan Yahya.

Abdul Khalid mendedahkan penglibatan bekas pegawai kanannya itu dalam isu tersebut, termasuk maklum balas yang beliau perolehi daripada siasatan awal BPR.

Pada 10 Jun lalu, badan itu memanggil Yahya selama empat jam berhubung siasatan kes kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah di kawasan Petaling Jaya.
    
selangor mb sinar harian aca report 060608Siasatan itu susulan aduan sekumpulan empat orang (foto kiri) pada 5 Jun kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.

Di sidang medianya hari ini, menteri besar itu berkata jika tidak bersalah, pegawai kanan itu akan diambil semula bekerja.

"Kita tulus, kita kena buat dengan betul. Kalau pegawai itu tidak bersalah maknanya dia akan diambil balik untuk bekerja, kalau bersalah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Abdul Khalid menambah, siasatan BPR mendapati pada keseluruhannya ia bukanlah kesalahan daripada segi undang-undang tetapi daripada segi "tingkah laku yang tidak wajar".

Comments (26)Add Comment
...
written by semut, June 24, 2008 09:10:11
yahya.. dah buat salah mengaku la.. kalau tak, kenapa org dalam sendiri repot..
kalau tak salah, buktikan..

smilies/tongue.gif

http://semutmalaysia.********.com
report abuse
disagree 1
agree 28
...
written by Al Ambia, June 24, 2008 09:13:49
"Kita tulus, kita kena buat dengan betul. Kalau pegawai itu tidak bersalah maknanya dia akan diambil balik untuk bekerja, kalau bersalah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya"Yes,that's the way to govern a country.No one is above the law.If not,then they is no different from BN.So Encik Yahya,use your head.If what you do is not intended,jangan takut,this is a young government,problem like this tend to happen.Important lesson is,kalau sesat,balik ke pangkuan jalan
report abuse
disagree 0
agree 27
...
written by Daryl, June 24, 2008 09:15:42
No so smart politicians are showign their colors now on the PR. First, the DAP in Johor and now a PKR in Selangor. You guys are suppose to be smart, leaders and thick skin. If you are not don't be like people and become politicians and when accused all you do is resigned. Malaysian need better leaders and politicians but after 50 years of BN and weak oppositions I guess we do not have field to train good leaders and politicians.

Sad so sad.
report abuse
disagree 4
agree 9
...
written by Cwet Liram, June 24, 2008 09:29:32
Lain kali jangan pandai2 nak buat surat sokongan..itu budaya UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by Awaken64, June 24, 2008 09:35:25
RESIGN FROM PKR / PR now. UMNO is better suited for your talent!!!!
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by Maverick 126, June 24, 2008 09:37:14
Encik Yahya,mengapa meletak jawatan jika tak bersalah,mesti lah ada yang belum di ketahui oleh rakyat.Semua orang yang bersalah akan menafikan dan yang akhir nya berbuat demikian meletak jawatan dan mendakwa partinya ini tak baik itu tak baik.Semua ini rakyat akan lagi fikir kaulah yang ada sebarang yang betul.Mengapa tak boleh berithau kepada rakyat cuma naik jumpa DSAI,naik mencucuk MB Kahlid punya belakang.....ceh....
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by Maverick 126, June 24, 2008 09:38:24
sebarang tak betul,typo salah....
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by redzuank, June 24, 2008 09:41:15
Surat2 sokongon tu x wujud sebenarnya. Itu budaya UMNO n bodek.
Tempat yang sesuai untuknya ialah di dalam UMNO. mungkin dia boleh ikut jejak Ezam.

http://redssays.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Rock, June 24, 2008 09:54:49
Thats y bn would not do the same thing if it happened to it henchmen. It can be exploited politically by frenz and opponents. We the kingmakers (our votes made them there) should not be blinded and distracted by this naive and less-loyal guy. MB has bigger issues to tackle. He needs our supports all the way.
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by Sagaladoola, June 24, 2008 10:02:28
Keputusan MB Khalid Ibrahim untuk gantung jawatan Yahya adalah tindakan yang betul dan wajar. Yahya .... baguslah engkau ni dah letak jawatan ... tak payah susahkan PKR dan exco-exco yang lain. Bye bye !

Sekian,
http://sagaladoola.********.com
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by cubi76, June 24, 2008 10:14:53
I support MB Khalid in the way he carried out the case.

Whoever, being investigated or suspected to have involved in any wrongdoing or corruption, must be suspended until he/she is proved innocent. This is in fact what the government should do -- clean and ethical governence.

Sometimes it doesnt have to be that the act is illegal or wrongful in the eye of the legal system, rather it deals with whether the action is "ethical", in the judgement by a "reasonable" person.

Everyone knows that there are loopholes and "backdoors" in the legal system. So to merely rely on the law is... imperfect and impractical.

All in all, support goes to MB Khalid.
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by CitizenBodohland, June 24, 2008 10:16:56
PKR,

Sila buangkanlah mentaliti UMNO yang masih ada dalam diri anda. Tak habis-habis bergaduh pasal projek.
report abuse
disagree 0
agree 8
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by danchung, June 24, 2008 10:50:12
Surat sokongan kononnya....kalau dah cakap bersih dan cekap suruh mereka masuk tender sendiri dan dapatkan apa saja mereka mahu untuk masyarakat...nak surt ini dan itu buat apa bukan boleh tolong rakyat apa lah lu ini dah rasuah rasuah lah masuk BN lah you complain apa pulak
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by bogeyman, June 24, 2008 11:21:12
Yahya,

How much did Toyol pay you ah? It's so obvious, you've been cornered with no way out, so you screw your boss and get paid at the same time.
Go screw yourself, PR don't need A**holes like you.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Kcc, June 24, 2008 12:41:58
Yahya Shahri was suspended. He hasn't been found guilty yet, so why should he resign? The fact that he resigned quickly shows that something is amiss. If you know that you're not wrong, then just wait till investigation takes place - you will still be found not guilty. What message are you sending to the PKR voters when you resign?

It's really coward of you to do that. Tak bersalah tapi letak jawatan - orang kata tak yakin pada PM, you pun ikut tak yakin pada MB. Apa la...
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by bodohland_citizen, June 24, 2008 13:30:24
Oi Yahya, engkau ingat engkau kerja dengan kerajaan UMNO ke ? Kalau dengan dia orang bolehlah engkau berasuah dan ketua engkau tutup mata dan kes dibuang kerana tak ada bukti.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ultraman, June 24, 2008 13:31:25
Aiya Yahaya,
don't merajuk la. when there is a report against you, it in normal to have your service suspended.
Just because the boss did not retain you , you said he is wrong.
In Bn can la buat begitu. If you are investigated, thePM would buat tak tahu sahaja or the MB would buat tak tahu. That is why many people want to join BN. Very lucrative business there in BN. Look at Zajaria Deroz, he got an istana,
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by sinchew, June 24, 2008 16:09:49
IT's not worth it to retain people like this. If you are clean, standby the party and accept the investigation, you will be accepted back, if any members merajuk like this, we don't want them either.

We only want people with otak and EQ. If you lack any of this, then can go.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by medicalman, June 24, 2008 16:15:59
Why is he pictured standing in front of PAS flag? Mau lompat?
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by rams609, June 24, 2008 17:19:33
YAHYA MAU MASUK UMNO IKUT IZAM LAH....10% SINI 10% SANA BOLEH KAYA 10 GENERASI.

TAN SRI KHALID, KEEP UP THE GOOD WORK FOR THE STATE OF SELANGOR. NIP IT FROM THE BUD.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by tuahjebat, June 24, 2008 17:42:56
Si Buaya opps..smilies/cheesy.gif Yahya dah resign dah. Tak payah la kena bayar salary dia. Dapat jimat sikit duit rakyat.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by chipon, June 24, 2008 18:22:06
Ehhh...u all tak tau cerita sebenar.

Macam ni lah..let me tell u.

Actually apa yg dibuat Yahya sehingga disiasat BPR hanyalah 'recommend' nama syarikat2 tertentu. Prosedur tetap berjalan seperti biasa dan dilakukan oleh majlis. Apa yg dibuat oleh Yahya adalah sesuatu yg semua setiausaha sulit buat dikala 'boss' mereka 'sibuk'. That is why BPR kata ia tak salah dari segi undang-undang!

But what actually happened was that ada satu puak ( geng Azmin Ali & JIM mcm fuziah salleh etc) yg memang tak suka kat si Yahya ni sebab Yahya ni tak berapa suka geng2 ex-umno dlm keadilan. So they took advantage dengan mempengaruhi TS Khalid suspend si Yahya ni (yg kononnya masih disoal siasat) supaya jawatannya tu boleh digantikan dgn org JIM/Azmin Ali/Geng Ex-Umno yang baru. These people want direct access to MB Khalid so they put their people as MB Khalid secretary.

kalau tak percaya u all tanya jer lah ahli MPT keadilan or even org PAS dlm k'jaan s'ngor. They will agree.

Ni politik tak sihat Azmin Ali & puak JIM
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Cwet Liram, June 24, 2008 20:19:22
So ambil pengajaran..jangan ikut budaya UMNO ..Surat sokongan tu boleh menimbulkan keraguan..Jangan sampai musuh ambil kesempatan.

Setuju sangat Yahya letak jawatan...nampak gentleman

Undi PR supaya lebih telus , adil dan kroni2 tak main
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by wargasetia, June 25, 2008 17:12:18
it is good that u go.. or else u become the biggest burden to rakyat selangor.
now... the payroll can save more...

u yahya.. better shut up... no rakyat will support u. ur cronies... take them to hell. if u r really good buddy.. y bising bising... u sendiri resign. what else u want...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by antares, June 26, 2008 19:02:14
Yahya dan geng pengampu, kamu semua jangan buat semaklah, Barisan Rakyat ada seribu satu macam agenda yang hendak ditangani. Tak percaya ke, tak sudi ke, apa saja yg terligatx berbau negatif di kepala otak kamu dan geng asasnya adalah sakibaki jangkitan penyakit melayu UMeNO ... lagi baik masuk UMeNO balik.
Kita BR mahu bakat pemimpin berwibawa bukan bakatx penyapu buruk. Diperhatikan forum pasal kau di MT ini pun sudah banyak membuang masa. Nak ambil contoh jadi Ezam ke, silakan? Sudahlah tetalu banyak kita sudah bercakap pasal si Yahya ni.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim you are doing the right thing. Nak beri penjelasan apa lagi?
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM