|
BN tiada pilihan, pilihanraya semula atau MAGERAN? |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Monday, 23 June 2008 09:07 |
|
Oleh Zulkifli Mohamed
Barisan Nasional (BN) tidak akan berdiam diri bagi menghalang mimpi ngeri kehilangan kuasa di Putrajaya dari berlaku.
Meskipun pemimpinnya bersilih ganti mendakwa BN masih kukuh, namun hakikatnya adalah sebaliknya.
Dengan perpecahan dalaman, khususnya parti tunjang Umno semakin parah, pemimpin BN tanpa segan silu akan menggunakan sebarang talian hayat bagi menyelamatkan sisa-sisa kuasa mereka.
Ahli Parlimen (keADILan) Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin turut yakin BN kini sedang menghitung hari-hari terakhirnya di puncak kuasa.
Bagaimanapun, katanya pemimpin BN tidak akan berdiam diri bagi menghalang mimpi ngeri itu berlaku.
Jelasnya BN mempunyai dua pilihan, sama ada menasihati Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihanraya umum semula atau menasihati baginda agar menggantung parlimen di bawah Artikel 164 Perlembagaan.
Namun katanya pilihan mengadakan pilihanraya semula tidak mungkin dipilih, kerana BN akan menerima kekalahan lebih parah, jika berbuat demikian buat masa ini.
“Depa (mereka) mungkin ‘advise’ YDP Agong bubar Parlimen dan buat PRU13. Kalau itu berlaku memang kena ‘sembelihlah’ depa,” ulas beliau dalam blognya.
Pilihan kedua, katanya Perdana Menteri menasihatkan YDP Agong menggantung Parlimen di bawah Artikel 164 Perlembagaan, dan meletakkan pentadbiran negara di bawah Majlis Keselamatan Negara (MAGERAN).
“Kalau itu berlaku kami ( Ahli Parlimen PR) semua bungkus (ditahan) ke (penjara) Kamunting.
“Cuma kita berharap YDP Agong menggunakan budibicara baginda sebaiknya,” jelasnya yang juga seorang peguam.
Menurutnya YDP Agong mempunyai kuasa melantik Pengarah Mageran dari kalangan sesiapa yang baginda percaya, dan tidak semestinya terikat untuk melantik Perdana Menteri.
“Kalau kena caranya ‘senjata’ Mageran ini boleh makan tuan,” katanya.
Bagaimanapun, jelas Zulkifli dengan syarat rakyat perlu bangkit dan mendesak YDP Agong melantik Pengarah Mageran dari kalangan pemimpin PR dan bukannya BN.
“Kami tak sempat buat apa-apa sebab mungkin masa tu dah bercuti kat Kamunting,” ulasnya.
|
http://semutmalaysia.********.com