A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Pegawai MB S'gor digantung tugas?

Pegawai MB S'gor digantung tugas? PDF Print
Posted by admin   
Monday, 23 June 2008 08:37

(Malaysiakini) - Seorang pegawai kanan menteri besar Selangor, yang sedang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya, akan digantung tugasnya hari ini.

"Ya, kemungkinan besar esok beliau akan dikenakan tindakan penggantungan," kata satu sumber dekat dengan pentadbiran kerajaan negeri kepada Malaysiakini semalam.

Sumber-sumber lain pula berkata, tindakan itu telah diketahui oleh pegawai terbabit dan beliau mula memanggil mesyuarat dengan beberapa lagi rakannya dalam PKR.

Satu pertemuan dengan pengikutnya telah diadakan hari ini di pejabat pegawai terbabit di Gombak, kata sumber-sumber itu lagi, dan kemungkinan satu perhimpunan bantahan diadakan jika penggantungan tugas diteruskan.

Difahamkan, kira-kira 100 pengikut pegawai terbabit berkumpul di luar pejabatnya di Gombak lewat petang tadi.

Satu sumber lain memberitahu Malaysiakini, beliau tidak pasti sama ada pegawai kanan itu akan digantung atau dipecat daripada pejabat menteri besar.

Seorang bekas timbalan setiausaha PKR yang baru pulang dari luar negara disebut-sebut bakal menggantikan pegawai terbabit.

Bagaimanapun sumber-sumber itu belum dapat mengesahkannya.

khalid ibrahim interview 160608Beberapa pemimpin dan wakil-wakil rakyat parti itu di Selangor juga sudah mendapat maklumat tentang tindakan yang bakal diambil oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto).

Pada 10 Jun lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil pegawai kanan berkenaan selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya.
    
"Kita sudah ambil keterangan pegawai terbabit hari ini dan hasil siasatan akan diketahui dalam jangka masa terdekat ini," kata pengarah BPR Selangor, Ja'afar Mahad tidak lama selepas laporan tersebut dibuat.

Pada 5 Jun, sekumpulan empat orang (foto bawah) yang mendakwa ahli PKR dilaporkan telah membuat aduan kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.

Mereka mendakwa mempunyai dokumen yang membuktikan pegawai kanan terbabit terlibat dalam meluluskan kontrak dan tender itu kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan Abdul Khalid.
   
Sehari sebelumnya mereka, yang diketuai oleh Remy Iskandar, telah membuat aduan polis.

selangor mb sinar harian aca report 060608Remy dilaporkan berkata mereka meragui kelulusan tersebut kerana ia menggunakan kepala surat tanpa nombor rujukan yang jelas dan pegawai tersebut meminta syarikat-syarikat itu diberikan keutamaan dalam pembahagian kontrak itu.

"Apa yang berlaku seolah-olah menafikan pendirian menteri besar yang sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa setiap pemberian kontrak atau tender akan dilakukan secara terbuka dan menolak usaha pengagihannya menggunakan pendekatan rundingan," beliau dipetik sebagai sebagai berkata.

"Kami tampil untuk untuk membuktikan PKR telus menolak sebarang usaha salah guna kuasa dan cubaan menafikan kepercayaan rakyat terhadap PKR."

Selangor pula berhasrat menjalankan siasatan sendiri kerana bimbang BPR lambat dan boleh mencemarkan imejnya.

Kerajaan negeri menyeru empat pengadu itu agar hadir di depan  Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggung- jawaban dan Ketelusan yang diketuai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chan Kim bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

Comments (11)Add Comment
...
written by eagle22, June 23, 2008 08:40:08
yes .. good move or else it will grow .. 1 , 2, 4, 16, 32, 64, 128, 256,512, 1024.....
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by juanglagi, June 23, 2008 08:49:33
Yes...MB Khalid! Way to go!

Kick him/her out if proven guilty.

Rakyat still behind you as long you are doing the right thing.

Syabas!
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by semut, June 23, 2008 09:14:10
selangor bersih rasuah! we love you Tan Sri Khalid!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by axeltung, June 23, 2008 09:19:32
YAB MB, jangan lupa menyiasat ular yang paling besar di belakang....toyo
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Tom n Jerry, June 23, 2008 09:27:30
Corrupted officials should not only be punished but also paraded in the main streets of the city to show them to the public!In this way they can learn something and deter others from following their footsteps! smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Tom n Jerry, June 23, 2008 09:45:10
May the Enlightened Ones bless PR,and send the BN to where they belong,the *pig sty*Dawn of a new era abou tto unfold!Long LivePR!Avera hontu,abypaja hontu,aniga hontu,sukhiatanang pariharangtu!Sadhu3!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by krepot, June 23, 2008 09:59:39
Simple policy:

1. Suspend pending investigation.
2. If not guilty, reinstate him/her.
3. If guilty, terminate and continue with prosecution. Let the courts decide the punishment.

These simple approach should keep everyone on their toes, for a Better Malaysia!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Al Ambia, June 23, 2008 10:24:42
Yes,throw the rotten eggs out of the basket.If possible,blacklist him/her together with his cronies from position of authorities before it infiltrate the government.
report abuse
disagree 0
agree 0
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Uncle, June 23, 2008 11:12:30
Tan Sri,

Pls beware of your other Officer ( Ketua Setiausaha Sulit ) as she is another pain in the neck and power crazy woman. Its a public knowledge in SUK Selangor.

Her arrogant attitude will hamper your effective coordination with other Government Officilas.

Toyo fellow brought her into the position and your confidential matter may be at risk of leakage !
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by unomalaysia, June 23, 2008 12:45:53
This is the way to go. Without fear or favor. If any PR office holder think he/she can bring back the old Amno/BE EN shit style of government or administration into PR then better think again. Anyway this person if proven to be guilty can quit PKR and join AMNO where he will be most welcome as he fits their profile to the teeth.
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM