|
Pergi London kerana nak peluk Umno? |
|
|
|
Saturday, 21 June 2008 14:57 |
|
Memang, saya tahu. PAS di dalam Pakatan Rakyat umpama Parti Progresif Rakyat (PPP) di dalam Barisan Nasional. Para pemimpin PAS juga dirundung kerisauan tentang nasib dan masa depan Melayu Islam. Di dalam Pakatan Rakyat, agenda Melayu Islam bagaikan taboo yang mesti dijauhi seperti penyakit berjangkit.
DAP pula bagaikan bermusuh dengan apa sahaja yang bernama Islam. Lantaran itulah sesetangah ulama melihat penyertaan di dalam Pakatan Rakyat adalah pilihan yang lebih berat mudaratnya.
Anggapan itu menyebabkan mereka melompat kepada keputusan bahawa berkerjasama dengan Umno adalah akhafu al-darurain atau lebih ringan mudaratnya. Ahli dan penyokong PAS berhak bertanya apakah alasan mereka menyatakan bahawa itu adalah akhafu al-darurain? Adakah mereka membuat kajian yang melampaui keraguan yang munasabah bahawa kerjasama dengan Umno itu memang sebenar-benarnya akhafu al-darurain?
READ MORE HERE
|
http://semutmalaysia.********.com