A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Dilema Pemuda PAS dan istana Selangor

Dilema Pemuda PAS dan istana Selangor PDF Print
Posted by admin   
Friday, 20 June 2008 08:21

(The Malaysian Insider) - "Jika kamu bertemu dengan kemungkaran, cegah dengan tangan (kuasa), jika tidak ada kuasa, cegah dengan perkataan dan selemah-lemah iman adalah benci (kemungkaran itu) di dalam hati."

Ini adalah hadis yang menjadi pegangan PAS. Dan inilah yang mesti dilakukan oleh pemimpin PAS dalam apa-apa situasi pun. Inilah yang diajar oleh tok-tok guru dalam PAS kepada ahlinya. Tugas mencegah kemungkaran dari perspektif mereka sangat. Cuma apakah tindakan yang hendak diambil apabila berdepan dengan sesuatu isu.

Yang terbaru bila bertemu dengan isu Ratu Rock. Ella dan Ratu Gelek, Mas Idayu yang akan membuat persembahan dalam konsert sempena perlawanan bola di Stadium Shah Alam Jumaat ini.

Konsert ini pula akan ditonton oleh kira-kira 10,000 pelajar sekolah kerana menurut penganjurnya, Datuk Abdul Karim Munisar, 10,000 tiket percuma telah diberikan kepada sekolah-sekolah seluruh Selangor.

Siapa Ella dan siapa Mas Idayu. Rasanya, kebanyakan rakyat Malaysia khasnya pelayar internet kenal dengan mereka. Tambahan lagi dengan satu laporan yang pernah dibuat terhadap Ella. Pendek kata, kedua-dua mereka bukan tokoh yang baik untuk menjadi idola rakyat Selangor.

Bertolak dari situlah, saya yakin, inilah yang dilakukan oleh Pemuda PAS di Selangor dalam menyatakan bantahan mereka. Mereka menghantar memorandum kepada pejabat Menteri Besar. Bagi mereka, membiarkan Ella dan Mas Idayu memberikan persembahan terbuka kepada kanak-kanak sekolah bakal memberikan impak negatif kepada mereka dan ini adalah satu kemungkaran yang perlu dicegah dengan sebaik mungkin.

Bukan soal anti hiburan. Jika anti hiburan, mereka akan menentang konsert ini secara keseluruhannya. Tetapi mereka memohon agar kedua-dua artis ini dikeluarkan dari senarai artis yang membuat persembahan di majlis itu nanti.

Yang menjadi persoalan kini, sejauh manakah bantahan ini akan pergi jika persembahan kedua-dua artis itu diteruskan. Sedangkan, dengan jelas, pihak yang paling sensitif dengan isu ini adalah Sultan Selangor sendiri.

Sultan Selangor, sebagaimana laporan media, sangat murka dengan Pemuda PAS. Baginda, melalui Menteri Besar dikatakan memanggil Pemuda PAS untuk mengadap baginda bagi membincangkan isu ini.

Saya difahamkan, Lajnah Politik PAS yang bersidang beberapa hari lepas telah turut membincangkan isu ini. Hasilnya, hadis yang saya sebut di ataslah yang menjadi sandaran mereka.

Bagi mereka, Pemuda PAS sudah menyatakan bantahan mereka dengan jelas apabila menghantar memorandum kepada MB Selangor memohon agar kedua-dua artis itu tidak dibenarkan membuat persembahan di majlis itu.

Persoalannya adalah, penganjur majlis ini adalah Kumpulan Darul Ehsan Berhad – KDEB yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor

Inilah dilema PAS. Menentang kemungkaran dengan segala yang mampu atau memahami dan menginsafi real politik yang berlaku dalam negara ini. Istana adalah pihak yang mempunyai status tersendiri dalam politik Malaysia.

Selepas Pemuda PAS menghantar memo kepada MB Selangor, Sultan Selangor, sebagaimana laporan sebuah media, telah menunjukkan kemarahannya terhadap PAS. Antaranya baginda telah mengugut akan membawa perlawanan bola antara Selangor dan Singapura, yang dianjurkan serentak dengan konsert itu ke Singapura.

Baginda juga melalui MB Selangor, telah menitahkan Pemuda PAS menghadap baginda untuk membincangkan bantahan Pemuda itu.

Saya difahamkan, Pemuda PAS menyandarkan tindakan mereka berdasarkan garis panduan program hiburan yang dikeluarkan oleh Jakim sendiri. Jika kerajaan negeri tidak mematuhi garis panduan itu, siapa lagi pihak yang mematuhinya. Kalau pergi lebih dalam lagi, jika Sultan Selangor yang menjadi ketua agama Islam di Selangor tidak mematuhi garis panduan itu, siapa lagi yang bakal mematuhinya.

Namun semuanya bakal menjadi dilema. Jika salah diuruskan, ia bakal mengulangi sejarah penubuhan kerajaan negeri di Perlis dan Terengganu.

Mungkin atas dasar itulah, panduan yang diberikan oleh Lajnah PAS adalah sebaik-baik pendekatan. Semua tahu PAS sudah melahirkan sikapnya membantah konsert itu dan yang mempertahankan konsert itu adalah istana. Maka terlepaslah sudah tanggungjawab Pemuda PAS.

Zulkifli Sulong is a veteran journalist covering Malaysian politics for 20 years. He is the editor of the Bahasa Malaysia weekly Siasah and writes a weekly exclusive column for The Malaysian Insider.

Comments (14)Add Comment
...
written by semut, June 20, 2008 08:28:23
lain kali sebelum protes.. bincang dulu baik2..
tanya pendapat senior..
tanya pendapat pemimpin lain..
jangan main serang je.. sukahati hantar memo..
ini bukan cara islam.. bikin malu la lu orang..

http://semutmalaysia.********.com
report abuse
disagree 7
agree 15
...
written by Sagaladoola, June 20, 2008 08:36:39
PAS mesti mengemukakan sebab-sebabnya dengan terang-terang mengapa Ella dan Mas Idayu dikatakan tidak sesuai untuk pelajar sekolah. Saya memang terkejut dengan kenyataan PAS. Saya tidak faham.

Pada saya, mereka adalah penyanyi yang bagus, sesuai untuk pelajar sekolah mahupun dewasa .. Untuk tatapan umum .. Sememangnya, Ella patut dicontohi oleh pelajar-pelajar sekolah dan dijadikan model kerana dia wanita yang dikira berjaya sehinggalah boleh mempertahankan kerjaya dan relevan sekurang-kurangnya dua dekad.

Sekian,
http://sagaladoola.********.com
report abuse
disagree 10
agree 12
...
written by cwy, June 20, 2008 08:44:55
Kuat menunjukkan keburukan orang lain, tapi tindaklaku sendiri
adalah jauh lebih buruk!
report abuse
disagree 9
agree 12
...
written by Rozlan, June 20, 2008 08:51:07
Tindakan Pemuda PAS walaupun bertujuan baik utk mengelakkan kemungkaran dalam masyarakat Islam.Tetapi masyarakat perlu diberi kefahaman terlebih dahulu.Allah SWT tidak terus mengharamkan arak tetapi memberi masa pd Rasulullah untuk mendidik masyarakt Islam yg masih muda ketika itu dan menanamkan kefahaman terhadap ajaran Islam terlebih dahulu sehingga ada beberapa orang sahabat Nabi yang pernah bersemabhyang didalam keadaan mabuk...Apabila Allah menurunkan ayat mengharamkan arak,semua umat Islam telah menterbalikkan tempayan arak dan seluruh Kota Madinah mengalir arak arak yg dibuangkan tanpa paksaan...

Kita perlu ingat sebahagian daripada ajaran Islam boleh dilaksanakan serta merta manakalanya sebahagaiannya perlukan masa dan melalui didikan terlebih dahulu...

Pastikan PAS tidak diserap olah anasir anasir agen provocateur dari pihak musuh PAS yang ingin melihat Parti PAS tidak lebih dari melaungkan slogan slogan Islam shj..Saya merasa syak skg ni PAS dah mula diserap oleh agen agen provocateour..
report abuse
disagree 7
agree 15
...
written by Clive, June 20, 2008 09:03:52
PAS,....this is the new thinking and new century, you and me also can't be deny. The way of adoptions to the new environment are so important in the respect of economy, social politic, social activities, etc...
I will say most of us are being well educated, and ofcoz everyone has it points when come to the arguments. Since PR mentioned that PR parties is more toward people oriental political parties, why you highlight those things and carry out the discussions within the PR. Dont you think this is the better way of communications rather than tear out the face on the road, hey Pemuda PAS, this is not the new way of communications and co-operations. Why do you need such attitude where only get only a few supports? Open your mind, and use the "LOGICAL WAY" to tell the world that you does not look extreme. sad, you dont get my thumps up. sad. smilies/sad.gif
report abuse
disagree 7
agree 8
...
written by Kerajaan Rakyat, June 20, 2008 09:52:30
Peringatan dari Al Ghazali ini wajar dijadikan iktibar.

Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah jangan bertemu dengan mereka. Berjumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka bumi.

Semoga kita mendapat panduan daripada peringatan di atas. Saya kurang pasti samada Abdullah Badawi tergolong dalam pemimpin yang fasik dan zalim atau tidak. Anda sebagai rakyat yang membuat penilaiannya.

http://www.kerajaanrakyat.com/
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by capcomangel, June 20, 2008 10:28:56
if pas continue with this kind of thinking..im sure one day by one day..pas will swing away non muslim voter in next GE.non muslim will vote anyone if someone can protect they business bowl.

example.while u have open a entertainment shop open until morning or some shop that not halal for muslim no so long ago somemore u are age 40.if let u choose which politic agenda u wan vote over ur place.

Plan A,new politic come over ur place and slowly change ur place business landscape.one day per one day no more entertainment permit were allow at there and at night must close the shop.(mean one day per one day u will lost ur business and u age are going old,while the time they haram it in when they have enough power,u have been old and cant work anymore)

Plan B,old politician u have and ur business still goes on while need some little curruption(even this is a risk to them.im sure many people are doing this even they forced to do so or else the enforcement will abuse power to summon u or arrested u)

hope pas dont politic other people thing.if they wan say it.just say all in majority.dare? u know many people will lost they job and business..there is no free meal in the earth.every work can create talent.if ur self cant do due of regional issue just dont create some law to stop people do.how selfish u are.next time dont call ur self wakil rakyat as ur icon.just change to wakil parties kelantan.
report abuse
disagree 3
agree 4
...
written by almier, June 20, 2008 11:12:47
Its again an UMNO propaganda though its controlled media, don't be swayed. Let PAS solve the problem with the Sultan and wait for the outcome.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Leon, June 20, 2008 12:14:45
Yes, even when you spank your child, you must explain to the child why you spank them. Otherwise, the next time you do that again, they will resent you. UMNO-BN implemented their policies without explaining and consulting the rakyat. That's why the rakyat voted them out of resentment.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by joeawk, June 20, 2008 17:00:09
We even have syaria court judges found guilty of corruption. Just look closely at yourself and ensure that you can walk the talk before you ant to impose your values on others.
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by taxi90, June 20, 2008 17:10:22
Zulkifli Sulong believes himself to be a better muslim than the sultan of selangor He also gently chided the sultan and alludes that the istana willfully 'neglected' JAKIM guidelines. Since he couldn't directly commit 'derhaka' he decided to target the state government instead.
Tsk tsk, can't expect leopards to change spots, I guess.
report abuse
disagree 5
agree 4
...
written by nana tanjung, June 20, 2008 20:23:14
written by taxi90, June 20, 2008 | 17:10:22

Zulkifli Sulong believes himself to be a better muslim than the sultan of selangor

that is stating the obvious.... no one will doubt that Zul Sulong is a better muslim than the sultan

report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by ibabonma, June 20, 2008 21:09:13
10,000 tiket percuma telah diberikan kepada sekolah-sekolah seluruh Selangor.
.............................................................................

Bodoh tak? Kalau tak di dalam stadium, murid-murid sekolah boleh tonton Ella dan Mas Idayu didalam rancangan-rancangan TV yang lain! Amacam, kita haramkan TV selepas ini dan hari-hari kita dengar ceramah Pas.
report abuse
disagree 2
agree 4
..., Lowly rated comment [Show]

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM