A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Ketua Pemuda MIC diarah kosongkan jawatan

Ketua Pemuda MIC diarah kosongkan jawatan PDF Print
Posted by admin   
Friday, 20 June 2008 08:14

(mStar Online) - Ketua Pemuda MIC, S.A. Vigneswaran dan beberapa lagi pemimpin sayap itu diminta mengosongkan jawatan dengan segera memandangkan mereka telah melepasi had umur yang ditetapkan untuk memegang jawatan dalam pergerakan Pemuda MIC.

Setiausaha Agung parti, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, keputusan meminta mereka mengosongkan jawatan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu hampir dua minggu lepas.

"Perlembagaan parti menyatakan bahawa seorang pemimpin atau anggota sayap Pemuda tidak boleh melebihi umur 40 tahun. Ini bermakna jika mereka mencapai usia 41 tahun, mereka perlu mengosongkan jawatan dalam sayap Pemuda," kata

Subramanian yang juga Menteri Sumber Manusia kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata, selain Vigneswaran, beberapa pemimpin lagi juga akan diberi surat, yang memerlukan mereka melepaskan jawatan dalam sayap Pemuda MIC.

Antara yang akan diberi surat ialah Timbalan Ketua Pemuda S. Ramis dan Setiausaha M. Kumaresan, Ketua Penerangan K. Raj Kumar dan wakil Pemuda dalam CWC, S. Murugesan.

"Kami akan mengikut Perlembagaan parti seperti mana yang ditetapkan untuk had umur.
Memandangkan semua pemimpin ini telah melepasi had umur, mereka tidak mempunyai pilihan tetapi melepaskan jawatan mereka. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat yang lepas," katanya.

Sementara itu, Vigneswaran ketika dihubungi Bernama berkata beliau belum menerima suratnya.

"Kami akan menimbang pilihan kami selepas menerima surat itu. Saya masih menunggunya," katanya.

Tindakan untuk meminta pemimpin-pemimpin ini mengosongkan jawatan masing-masing dalam Pemuda MIC dikatakan akan memberi kesan yang besar dalam pergerakan itu, terutama pada masa MIC menumpukan kepada Pemuda dalam usaha peneremajaan parti itu.

Sumber parti berkata pemimpin tertinggi mahu wakil Pemuda yang lain dalam CWC, T. Mohan untuk mengendalikan sayap Pemuda sehingga pemilihan parti yang dijangka Jun tahun depan.

Beberapa pemimpin Pemuda MIC ketika dihubungi Bernama bagaimanapun mengambil pendirian berbeza mengenai isu itu dengan menyatakan bahawa peraturan had umur hanya untuk mereka yang ingin bertanding dalam jawatan sayap itu.

"Apa yang kami faham, sesiapa yang melebihi had umur 40 tahun tidak boleh bertanding sebarang jawatan. Ini yang dinyatakan dalam Perlembagaan. Tetapi pemimpin mempunyai tafsiran berbeza. Mereka kata sesiapa yang memegang jawatan mesti kosongkan jawatan mereka apabila melepasi hari lahir yang ke41 tahun walaupun mereka dipilih sebelum mencapai had usia itu.

"Kami merasakan Ketua Pemuda yang ada sekarang perlu dibenar untuk terus memegang jawatannya sehingga penggalnya berakhir tahun depan. Mengapa suruh mereka kosongkan jawatan, jika pemilihan Pemuda hanya setahun lagi.

"Siapa yang akan mengendalikan sayap Pemuda untuk tahun depan?" kata seorang pemimpin Pemuda yang enggan dikenali.

Pemimpin Pemuda itu berkata, jika ukuran yang sama diguna pakai bagi semua sayap dalam parti, Ketua Putera MIC P. Kamalanathan dan Ketua Puteri MIC J. Usha Nandhini juga perlu mengosongkan jawatan masing-masing memandangkan mereka telah melepasi had umur 25 tahun seperti yang ditetapkan untuk sayap masing-masing.

Comments (5)Add Comment
...
written by semut, June 20, 2008 08:21:36
haha.. ini kes tua tak sedar diri.. gila pangkat..
macam ni bila nak maju.. tak bagi peluang pada org muda..

http://semutmalaysia.********.com
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by president, June 20, 2008 09:50:45
Yes....Yes....Yes.... This is a good news, anyway tiada had umur untuk Presiden parti ke???????
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by MasterYoda, June 20, 2008 09:55:44
Samy Vellu sudah melepasi had umur-nya untuk...

1) jadi ketua MICKEY MOUSE Party
2) jadi botak
3) kurangkan berat badan and beban masyarakat india...
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by sungai_kelian, June 20, 2008 11:47:05
Sami Veloo pun sudah melampaui masa. Undurlah wahai orang tua.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by sararaj, June 20, 2008 11:55:47
don't just vacate the office... just leav and disband the stupid party... sgt memalukan ditanya kalau i sokong MIC... me being indian am ashamed of the MIC dicks... incompetent and corrupt...
report abuse
disagree 0
agree 9

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM