A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow TERKINI: SAPP buat pengumuman penting petang ini

TERKINI: SAPP buat pengumuman penting petang ini PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 18 June 2008 13:58

(Agenda Daily) - SEMENTARA semua perhatian kini menunggu-menunggu apakah keputusan daripada sidang media yang akan diadakan oleh parti SAPP Sabah jam 2 petang Rabu, Agendadaily difahamkan oleh sumber rapat dengan parti itu, kenyataan yang bakal dibuat merupakan ‘serangan’ pertama parti itu sebelum sampai kepada tahap meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber berkenaan ketika dihubungi jam 10 pagi, ‘serangan’ pertama yang bakal dilancarkan oleh parti itu ialah dengan membuat kenyataan bahawa parti berkenaan telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

‘Serangan’ SAPP itu menurut sumber berkenaan, sebagai ujian pertama untuk melihat apakah ada parti komponen lain yang akan membuat pendirian yang sama dengannya dan pada masa yang sama ingin menunggu reaksi Perdana Menteri sendiri.

Bagaimanpun sidang media petang ini tidak akan diberikan oleh Presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee.

Dalam perkembangan yang berkaitan, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan ke Sabah, dalam waktu terdekat ini.

Lebih menarik lawatan kali ini ialah dikatakan SAPP yang melancarkan ‘serangan’ pertama hari ini akan ‘meletupkan bom besar’ di hadapan Anwar dengan mengumumkan tindakan keluar meninggalkan BN.

Bagaimanapun SAPP tidak akan menyertai pakatan pembangkang sebaliknya akan menjadi parti bebas dan hanya akan membuat keputusan menyertai pakatan yang diketuai oleh Anwar jika kerajaan baru berjaya dibentuk.

BERITA SEBELUMNYA:

BN hadapi kejutan pertama?

Perhatian hari ini tentunya bertumpu ke Sabah.Ini berikutan khabar mengatakan Parti Maju Sabah (SAPP) nak adakan satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Luyang Kota Kinabalu.

Ikut ceritanya ia melibatkan satu kejutan.

SAPP cuma sebuah parti kecil dalam komponen Barisan Nasional namun apa yang mungkin terbit dari sidang akhbar berkenaan boleh jadi berita besar.Ini dalam kontek berbagai sepekulasi lepas pilihanraya 8 Mac mengenai Ahli Parlimen BN di Sabah.

Cakap-cakap yang berlegar ialah sidang akhbar itu ada kaitan dengan keputusannya tentang kedudukannyanya dalam BN.

Sehingga berita ini ditulis lewat malam Selasa kalangan pimpinan parti yang dipimpinan oleh Datuk Yong Teck Lee,bekas Ketua Menteri Sabah terus membisu mengenai tujuan sidang akhbar berkenaan.

Sumber-sumber parti itu hanya meminta tunggu saja pengumuman yang bakal dibuat.Andaian popular mengatakan SAPP akan umum keluar BN.

Bagaimanapun ada sumber lain yang rapat dengan pimpinan parti itu menduga jika itu berlaku SAPP tidak akan menyertai pakatan pembangkang.

Katanya parti itu akan kekal pada entitinya sebagai sebuah parti bebas.

Dua Ahli Parlimen parti itu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau).

Comments (9)Add Comment
...
written by keep it raw, June 18, 2008 14:45:18
KEPUTUSAN TELAH DIBUAT.............SYABAS SAPP!!! KEARAH KEMAJUAN UTK MEMBENTUK KERAJAAN BARU MALAYSIA...VERY VERY VERY WISE MOVE!!!! CREDIT GOES TO ALL SABAHAN PEOPLE!!!!
REFER TO NST...
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by Rashid, June 18, 2008 14:50:15
No. SAPP will quit once Parliament reconvenes. If they do now, the PM can prorogue parliament and that will lead to chaos. So, lets wait for June 23, after all, he said they have no faith in the PM at all.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by Rashid, June 18, 2008 14:51:52
SAPP to table a vote of no confidence in parliament once re-opened. Hurrah! Battle royal begins.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by omarkhayyam, June 18, 2008 14:57:22
BN components parties ..... who is next ?

ur either with the rakyat or sink with Dollah's BN

cheers
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Kerajaan Rakyat, June 18, 2008 17:26:32

Tahniah Rakyat Sabah!!,

Kubur BN telah tersedia.

http://www.kerajaanrakyat.com
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by tommycol, June 18, 2008 18:47:46
I'm writing from INDONESIA,pls can i've the LATEST?
SAPP sudah KELUAR ke????????
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by marsyal, June 18, 2008 19:34:17
Finally it's about time for Sabahans to fight for the rights before Sabah wealth is being spent on the only on the development of semenanjung.

Production of oil & gas in Malaysia are mainly from Sabah & Sarawak. If Brunei which only produces about 275,000 barrel of oil can be so wealthy why is Sabah still the poorest state in Malaysia when Sabah has oil & gas, timber, tourism, copper, etc?
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by power2u, June 18, 2008 19:35:09
MCA next is it????
report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by benny loh, June 18, 2008 20:41:14
An awful day...
http://malaysiancartoons.*****...rning.html
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM