A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Keluar 'Barisan': Pengumuman hari ini?

Keluar 'Barisan': Pengumuman hari ini? PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 18 June 2008 13:56

(KLPOS) - "SAYA tiada diberitahu apa-apa mengenainya." Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kota Kinabalu, Sabah semalam (Selasa).

Bagaimanapun mStar Online difahamkan ahli-ahli Parlimen dan parti mereka wakili dijangka akan membuat pengumuman hari ini.

Parti itu dipercayai dari Sabah.

Pagi ini Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya.

Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan parti komponen yang dihubungi juga menafikan laporan sedemikian.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas lanjut, jelas Abdullah, beliau tidak tahu mengenai sebarang langkah sebuah parti komponen BN atau anggota-anggota Parlimen meninggalkan BN dan membentuk sebuah gabungan bebas.

Ketika bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu lapor Bernama, Abdullah yang juga Pengerusi BN diminta mengulas mengenai laporan baru-baru ini yang menyatakan sebuah parti BN sedang menimbang untuk keluar dari gabungan itu.

Abdullah tiba di Sabah untuk merasmikan majlis penutupan Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa Kedua 2008.

Semalam, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi.

Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan semalam turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.

Beliau berkata parti itu tidak ada membincangkan perkara itu dan memberi jaminan SAPP akan kekal sebagai parti komponen BN.

Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.

Ia merupakan kunjungan ketiga Abdullah ke Sabah sejak pilihan raya umum lalu. Beliau berada di negeri dua minggu lalu.

Desas-desus melompat parti yang ditimbulkan semula oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak seminggu lalu.

Anwar dalam blognya hari ini berkata, "rata-rata pengunjung giat bertanyakan tentang bila kita bakal mengambil alih pentadbiran di Putrajaya."

Tambah beliau, "pokoknya, kita semakin hampir ke sana. Kelmarin di Pulau Pinang telah saya tegaskan, beberapa teman dari MCA bakal beralih arah."

Anwar telah berulang kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan menjelang 16 September. Ia mempunyai 82 kerusi di Parlimen dan memerlukan 30 wakil rakyat yang sanggup melompat parti.

Sehubungan itu, beliau juga menyarankan mana-mana wakil rakyat sama ada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Dewan Rakyat, jika ingin menyertai Pakatan Rakyat harus melepaskan kedudukan mereka terlebih dahulu.

"Saya menganggap bahawa ia (tindakan melompat parti) tidak salah dari segi undang-undang, tetapi jika wang ringgit dan janji digunakan untuk melompat parti, maka ia salah dari segi moral dan amalan demokrasi.

"Mereka yang terlibat ini harus mengembalikan semula mandat yang telah diperoleh (ketika pilihan raya umum ke-12) kepada pengundi dan harus meletakkan jawatan... kemudian bertanding semula jika merasakan boleh menang dan mahu bertanding lagi," kata beliau sambil mengakui kini tiada peruntukan sedemikian.

Undang-undang semasa pilihan raya tidak membenarkan seseorang berhenti daripada menjadi wakil rakyat dan bertanding semula.

Jelas beliau, perlu ada pindaan undang-undang bagi membolehkan peruntukan baru digubal bagi menghalang mereka yang menang atas tiket parti lain tetapi kemudian menyertai sebuah parti lain.

Perpindahan besar-besaran wakil rakyat mengejutkan negara berlaku pada 1994 selepas pilihan raya umum negeri Sabah sehingga membawa kepada kejatuhan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Kelmarin, di Pulau Pinang, Anwar menyebut bahawa beberapa Ahli Parlimen MCA pula akan menyertai Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula mencabar Anwar "jika pada 17 September kerajaan BN masih lagi memerintah dan mandat rakyat masih terpelihara, beliau bertindak meletakkan jawatan sebagai Penasihat PKR kerana gagal mengotakan janji kepada penyokongnya."

"Jika beliau gagal, bukan hanya beliau harus letak jawatan, tetapi apa sahaja kredibilitinya dimata rakyat akan hancur begitu sahaja," kata beliau dalam blognya.

Comments (12)Add Comment
...
written by Ken Liew, June 18, 2008 14:00:29
APA dia pun tak tahu lah... hanya tidur, dia tahu.....

Mr. who dont know anything... dont you know, you should quit already?
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by semut, June 18, 2008 14:01:05
harap2 berita baik..
dah banyak sgt berita buruk dari pak lah sblm ni..

smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by grant, June 18, 2008 14:05:25
continue to live in denial my friends... when the bomb has exploded it will be too late... wat do these guys know? esp the sheep herder? only knows how to sleep... that is what he is good for..
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by mymastermind79, June 18, 2008 14:58:26
TV5: Pakcik badakWi, betul ke party kat sabah nak keluar BN?

Badakwi: Taktau pun. diorang tak bagi tau pun.

TV5: Pakcik makan tau? Eh, sorry pakcik. Pakcik masa tu tidor kot?

Badakwi: ye tak ye lah, saya dengan makcik baru tu terlena kojap.

TV5: Kejap apa, engkau tu memang raja tidur.

Badakwi: terima kasih, jangan puji aku tak suka. nanti aku tidur lagi.
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by cllim123, June 18, 2008 17:28:58
If he really does not know then how come Muhd Muhd Taib, KJ and Adnan Mansor all already in Sabah from Monday? This AAB buat bodoh saje. Dont believe him. He likes to lie.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by urbansaint, June 18, 2008 19:32:03
Quick Quick crossover la....Dah nak mati ni.. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by power2u, June 18, 2008 19:50:40
Hey folks ,looks like petrol price will go down to RM1.50 p litre SOON when Pakatan takes over n Anwar is PM....Hurayyy.

report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Yacob, June 18, 2008 21:52:21
Apakah itu tanda-tanda yang cakap Anwar Ibrahim tentang kerajaan baru sebelum September akan jadi kenyataan ?
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by semut, June 18, 2008 23:02:13
tolongla cepat buat keputusan..

buang yang keruh,
ambil yang jernih.

buang yang mengantuk,
ambil yang bertenaga.

http://semutmalaysia.********.com
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by tommycol, June 18, 2008 23:09:05
Itulah nya MASALAH AAB, main2 terlalu banyak ,masa kerja & mesyuarat asyik tidur aja ,jadi ada apa pun tak ambil tahu ,sudah kebiasaan tidur dan ngantuk jadi semua 'mahcai'pun buat sesuka aja; tak usah beritahu kerana takut dimarahi kacau kamu tidur,bagi tahu TKT4 cukup dah!!!BTW MINYAK NAIK 41% ADA BAGI TAHU TAK??????????????????????????????????
report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by SiHangChai, June 18, 2008 23:24:16
TIDUR lagi, bodoh betul PM kita! Surat khabar sudah banyak sebar. Ini kaki tidur tak baca paper langsung nampaknya? Tak kan si KJ tak tahu. PM bohong lagi.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by DatoJohn, June 19, 2008 00:26:32
smilies/smiley.gifSKUAD!!!!
KELUUUUUUUAAAAAAAARRRRRR BARIS!!!

report abuse
disagree 1
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM