A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Abdullah pertahan jawatan presiden Disember ini

Abdullah pertahan jawatan presiden Disember ini PDF Print
Posted by admin   
Monday, 16 June 2008 07:34

(Malaysiakini) - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata peralihan kuasa bukan akan berlaku dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang.

Ekoran itu, katanya, beliau akan mempertahankan jawatan presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Disember ini.
    
Beliau berkata tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding, demikian menurut laporan Bernama.
    
Semasa ditanya mengenai tarikh peralihan kuasa kepimpinan, Abdullah berkata ini akan dibincangkan dengan timbalan beliau Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami masih belum bersetuju secara tepat tarikh peralihan kuasa itu. Bukan dalam masa satu, dua atau tiga bulan akan datang," kata beliau pada dialog dengan kira-kira 30 ketua media Forum Ekonomi Dunia di Putrajaya.

Kelmarin  Abdullah berkata beliau dan Najib telah sepakat  menentukan masa yang terbaik untuk peralihan kuasa itu.
    
Berucap dalam satu majlis di Kelantan, Abdullah berkata, beliau dan Najib telah bermuafakat dan mereka berdua bersetuju bilakah masanya beliau bersara dan Najib mengambil ambil alih sebagai perdana menteri."

Bagaimanapun semalam, Abdullah berkata tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada timbalannya masih belum ditetapkan lagi.
    
Sebaliknya, kata Abdullah, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.

Comments (4)Add Comment
...
written by Malay Ultraman, June 16, 2008 07:40:43
Pak lah memang pandai buat lawak bodoh. Dah tau hang nak resign awat buat kerja buta perut bertanding jadi Presiden umno. Maknanya, kalau hang menang, hang boleh suruh Najib tunggu sampai 2012. Kalau hang kalah, hang akan di malukan. Memang strategi Bangang. Najib memang tak dak teluqqqqq laaa..
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by redzuank, June 16, 2008 09:11:13
Nak letak jawatan tapi nak bertanding Presiden. Ini maknanya xnak letak jawatan. So Najib hanya bermimpi je lah. Kalau bernasib baik 2012 tu pun kalu UMNO boleh majoriti lagi. Dapatkah mereka kembalikan keyakinan rakyat yang semakin tertekan hidup ini?

http://redssays.********.com/
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Sribayu, June 16, 2008 09:23:52
To Pak Lah sudah lah.... Telah terbukti yg you tidak layak jadi pemimpin lagi. Apa lagi yg you mau? Masa 5 tahun you tak buat apa2 pun demi kesejahteraan org2 Melayu. Org2 Melayu & rakyat M'sia amnya semakin susah sejak you memimpin.

The reason lightning doesn't strike twice in the same place is that the same place isn't there the second time
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by MasterBlaster, June 16, 2008 10:20:18
"Pak Lah bo'ong" - Dr. M (versi Injon)
report abuse
disagree 1
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM