A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow 'Orang KL','tangan ghaib' punca Umno tewas - Ku Li

'Orang KL','tangan ghaib' punca Umno tewas - Ku Li PDF Print
Posted by admin   
Monday, 16 June 2008 07:31

(Harakah) - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa pemimpin Umno sombong dan tidak mendengar pandangan akar umbi adalah di antara punca menyebabkan Umno ditolak dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, sebaik sahaja Dewan Rakyat dibubarkan, beliau kembali ke Gua Musang tetapi beliau dapati Umno bahagian tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya sedangkan PAS telah beberapa bulan bersiap sedia. Ini kerana ahli bawahan tidak menjangka pilihan raya akan diadakan pada tarikh itu.

'Orang Kuala Lumpur'

Katanya,jika beliau memimpin Umno, beliau mahu ahli Umno di peringkat akar umbi diberi kuasa memilih pemimpin di peringkat negeri, bukan lagi pemimpin yang ditunjuk dari pusat bagi mengukuhkan Umno kembalikan.

"Kita tidak mahu 'orang Kuala Lumpur' menunjuk dan menentukan siapa menjadi pengerusi perhubungan dan siapa menjadi calon seperti yang berlaku sekarang," katanya ketika menyampaikan Ucaptama dalam majlis 'Pacsa Pilihan raya Umum ke-12,Politik Malaysia dan Masa Depan Negara' di Mentakab baru-baru ini anjuran Ketua-ketua Umno Cawangan seluruh Pahang.

Katanya, kuasa ahli wajar dikembalikan termasuk menentukan pengerusi perhubungan negeri dan calon di kawasan pilihan raya masing-masing.

Beliau mendakwa dalam pilihan raya lalu, ada tangan-tangan 'ghaib' yang menukar senarai calon menyebabkan ahli menolak calon itu yang akhirnya menyebabkan Umno/BN kalah.

"Apabila kalah, mereka tuduh ahli (Umno) belot dan parti kalah di lima negeri, walhal ahli kita ini baik, mereka bukan pembelot, ahli Umno tidak pernah belot terhadap partinya," kata beliau.

Dalam ucapan selama hampir satu jam itu, Razaleigh turut menawarkan diri untuk memimpin Umno sebagai mewarisi kepimpinan dan idea Alahyarham Tun Abdul Razak, Bapa pembangunan Malaysia.

'Saya tidak ada anak usahkan menantu'

Mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus, beliau berkata, "jika saya, saya tidak akan melakukan demikian, saya tidak akan memilih untuk menyusahkan rakyat, kita cari cara lain begitu juga isu pemberian rebet yang menyebabkan rakyat berasak-asak di pejabat pos. Ia menyusahkan rakyat.

"Ia hanya menyusahkan rakyat, pemimpin ini tidak habis-habis untuk menyusahkan rakyat," katanya.

Beliau berjanji, pentadbirannya tidak akan diganggu oleh keluarga kerana beliau tidak mempunyai anak apa lagi menantu.

"Saya tidak ada anak usahkan menantu,"katanya sinis diikuti sambil tepukan gemuruh para hadirin.

Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi penganjur, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno, Pahang; bekas Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Sabaruddin Chik; Dato' Wan Abu Bakar; bekas Timbalan Menteri; Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Guai, Kuala Sentul dan Kuala Semantan, Dato' Mustapaha Yasin, Dato' Rosni Zahri dan Dato' Md Hamdan Sudin.

Lebih 800 ahli dan pemimpin Umno mengikuti ucpacan Ku Li itu dan dalam ucapan sama Ku Li turut mendedahkan sebuah parti komponan BN akan keluar daripada pakatan itu tanpa menyebut nama parti terbabit.

"Jika satu keluar, akan ada yang akan mengikutinya, jika ini berlaku ia akan menghancurkan BN,"ujarnya.

Comments (4)Add Comment
...
written by rajaphillips, June 16, 2008 08:06:36
Umno yang lemah ini tajaan dan rekaan TDM selama 22 tahun. Tak guna salahkan Pak Lah sebab beliau hanya 5 tahun dan mewarisi tong tahi dari Dr M.
report abuse
disagree 5
agree 10
...
written by Sribayu, June 16, 2008 09:04:41
Ku Li sudah lah... Jgn cuba nk cari kesalahan kpd sesiapa. Terima saja lah reality yg rakyat M'sia sudah bosan pada BN;

Betul gak kata apek Cina sebelum PRU yg lalu. "Apa pasal mau undi BN? Undi BN dia org yg senang...kita makin lama makin susah".
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by TollKgSengat, June 16, 2008 11:31:29
'cukup2 la tu Ku Li tak yah susuh2 nak idupkan balik umno/bn yg dah nak mampus tu biarkan aje, rakyat yg sengsara ni dah tak arap kan umno/bn lagi.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by queequeg, June 16, 2008 13:27:12
Mesej utk Ku Li: Apalah gunanya mewarisi kapal yg dah nak tenggelam ...ramai dah "abandon ship." Naik kapal lain saja yg lebih elok. Habis cerita.

UMNO is beyond repair.

Hanya menunggu masa utk ditalkinkan.
report abuse
disagree 0
agree 5

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM