A+ | A- | Reset
Home

“Harga Minyak Malaysia Kini Antara Yang Termahal” PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 11 June 2008 18:26

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk “PM: Get true picture of global oil price hikes” (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

“Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang.”

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini -- peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk “mendapatkan gambaran sebenar” mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah “murah” kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah “mahal” kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport. Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

READ MORE HERE 

Comments (38)Add Comment
...
written by Kerajaan Rakyat, June 11, 2008 18:43:15
Mungkin dia ni Dajjal berpangkat presiden.

Kau naikkan harga petrol tanpa berbincang dan berfikir secara waras. Kau naikkan bukan 10, bukan 20, tapi 40 peratus!!.

Rakyat miskin semakin tertindas. Rakyat miskin semakin kau khianati. Petrol naik harga. Barangan keperluan asas kami juga meningkat dengan mendadak harganya.

Kamu biarkan rakyat hidup sengsara, sedangkan kamu dan keluarga kamu hidup bermewah-mewah dan berfoya-foya.

http://kerajaanrakyat.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 43
...
written by kent chong, June 11, 2008 18:47:32
Malaysian... Road Show begin... get ready.
*We not anti/protest govt.. we are celebrating for the fuel increase not at RM4 per litre. We are coming out to KLCC on 13 June to Thanks BN Govt for taking care Rakyat. Need permit to thanks BN Govt?
report abuse
disagree 3
agree 46
...
written by Solitaire, June 11, 2008 18:48:44
The rakyat is fully aware of this fact and have been fed with all of this calculations non-stop.

The problem is, AAB and his gang are denying the fact that we, the rakyat are smart and well informed.

The problem is, AAB and his gang have yet to see us the rakyat taking this to the road and create one huge commotion.

The lembus at PDRM and FRU won't be able to stop us. Soon.
report abuse
disagree 1
agree 30
...
written by Solitaire, June 11, 2008 18:58:07
Wahai rakyat Malaysia sekalian,
Jangan biar kerajaan jadikan kita lembu mereka.

Wahai pekerja kerajaan, gaji anda semua amat sedikit. Jangan jadi barua kerajaan. Kalau anda semua bersatu di Putrajaya, habis takde orang nak kerja untuk mereka.

Perempuan, ibi-ibu, anak- anak, jadilah srikandi negara. Jangan ke belakang. Mara dibarisan depan.

Kalau kita semua bersatu, takan cukup diaorang nak sumbat dalam penjara. Kalau FRU berani pukul anak anak dan ibu ibu, kita usah risau. Reuters ada, AFP ada, banyak media asing ada.

Berhenti jadi barua kerajaan.
report abuse
disagree 1
agree 32
...
written by Sribayu, June 11, 2008 19:01:06
Sebenarnya perkataan "subsidi" sengaja diungkap oleh pemerentah BN yg zalim. Kita tanya balik kenapa harus ada perkataan subsidi dlm isu minyak di M'sia sedangkan kita adalah negara pengeluar? Kita mengeluar minyak melebihi dari kegunaan maka kenapa pulak kerajaan terpaksa mensubsubsidikan harga minyak?

Di negara2 pengeluar yg lain petrol dijual gn kadar kurang RM1/liter. Minyak adalah anugerah Allah kpd rakyat Msia utk dimunafaatkan. Sumber minyak sepatutnya harus dikecapi oleh rakyat dulu dan selebihnya barulah dieksport.

So... Petronas mendapat keuntung besar dari pada hasil anugerah Allah utk bumi Msia yg bertuah ini? Dimanakah buktinya jika hasil jualan Petronas di salurkan kembali kpd rakyat? KLCC/Formula One/ Masjid Kristal yg dibiayai dari hasil duit Petronas dikatakan memberi munafaat kpd rakyat? Persoalan yg lain kenapa Trengganu, Sabah & Sarawak miskin sedangkan mereka negeri pengeluar?

Anugerah Allah iaitu minyak (kebanyakan dianugerah kpd negara2 Islam seperti Brunai & Indonesia) semacam dipunyai/dimanapoli oleh individu/pemimpin tertentu sahaja sedangkan ianya utk rakyat M'sia.

Allah akan melaknat pemimpin2 BN semua. Amin....
report abuse
disagree 2
agree 27
...
written by manic_annie, June 11, 2008 19:05:08
Eye-opening explanation.
So can we stop going back and forth about how cheap or expensive Malaysian oil is?
Bottom line is, we've been fooled by the govt.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by ANAKSABAHAN, June 11, 2008 19:13:15
smilies/angry.gif Harga sebuah Toyota Vios 1.5 di Thailand hanya RM60,000 , tetapi di Malaysia ianya RM85,000 . Harga sebuah Mercedes E200 di China ialah RM230,000 tetapi di Malaysia harga nya RM350,000. Berbezaan harga kereta-kereta ini cukup untuk beli petrol pasaran untuk seumur hidup kereta. BN dan Bodowi membodohi rakyat Malaysia untuk berapa lama lagi !!! Bodowi!!! Harga diesel di China waktu sekarang lebih kurang RM2.60 dan petrol RM2.80
report abuse
disagree 0
agree 28
...
written by semut, June 11, 2008 19:18:17
malaysia akan diisytiharkan DARURAT kerana rakyat semakin kuat dan berani menentang kerajaan yg korup..kerajaan x nampak ke mcm kes GRAND SAGA??
kuasa rakyat mengatasi segalanya..trust me..this time we're getting lot stronger!!

anak2 ibu2 doakan kami berjaya..
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by peace lover, June 11, 2008 19:21:58
Now, he is making comparison with America; taking us as fools. Should also make comparison on the standard of living as well lah, AAB.
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by cheemengwong, June 11, 2008 19:38:55
Gross Salary 6,000
Net after EFF 5,340
Net after Tax 5,090
Less Housing Loan (1,000)
Less Car Loan ( 600)
Less Petrol ( 350)
Less Hand Phone ( 150)
Less Wife Allow ( 500)
Less Parent All ( 500)
Less 2 child kindi( 350)
Less Hse Elec ( 120)
Less Hse Water ( 60)
Less Hse Tel ( 80)
Less Hse Food ( 500)
Less own Lunch ( 180)
Less Car Ins ( 150)
Less Medical ( 100)
Less Per. Insur ( 500)

Balance ( 50)

How to do?
report abuse
disagree 0
agree 48
...
written by Thesinner, June 11, 2008 19:46:35
Bayar lah gaji dalam USD. Gaji RM2000 tukar ke USD2000 juga... bersamaan lebih kurang RM6600.Naik lah ke RM3.00 ke RM4.00 seliter pun tak apa rakyat boleh tahan.
report abuse
disagree 1
agree 24
...
written by semut, June 11, 2008 20:17:38
Malaysia is such a small country..

tapi..negara kita sebenarnya kaya dengan hasil bumi..semulajadi..
minyak..
tanah subur..
sawah padi..
sayur2an..buah2an..
hasil laut..
hasil sungai..
ladang ternakan..
TUHAN MAHA PEMURAH..

dengan perusahaan kecil dan besar..
dari kilang2 kayu hingga kilang2 canggih hasil pelaburan negara maju..
negara kita SANGAT KAYA sebenarnya..

ditambah dengan kekuatan berbilang bangsa..
dari kecil kita membesar bersama2..
di sekolah kita ketawa ria tanpa mengenal beza kaum..

tetapi..
hari ini..
hasil kebodohan..dan ketamakan pemimpin kita..
apa yg kita dapat?
apa?

aku tak belajar tinggi..tapi aku bukan bodoh..
segala malapetaka yg menimpa..
datangnya dari mereka..

PEMIMPIN BN

so guys..its about time..to teach them a lesson..
be brave..GOD BLESS

kalau bukan kita..siapa lagi!?
report abuse
disagree 1
agree 36
...
written by Food Thought, June 11, 2008 20:25:10
Yes Mr PM, we got the true picture. Flip Flop memang flip flop. Rakyat tengah menderita, PM masih ade masa lagi untuk nak atur holiday entertainment allowance untuk suku sakat sendiri. PM cakap nak limit mereka disekitaran Asia tapi DPM tengah joli kat London. Kat depan asyik panggil rakyat ubah cara hidup, tighten our belt, makan segenggam beras, tanam sayur belakang rumah. Tapi kat belakang bukan main hebat belanja spending spree! Bila rakyat protes, PM plak minta rakyat jangan protes. Apalarrrrr... bodoh sangat ker? isskk marah nyer aku ni!! PM, mana pergi wang rakyat selama nie ? Belanja honeymoon kat turkey? london? australia? europe?
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by peace lover, June 11, 2008 20:33:42
AAB, go check out the below link to comparison the salary that Americans are drawing with what Malaysian (those with the same occupation) are getting. If the scale is the same, then you reiterate the above; otherwise, please go sit in the corner and seal your mouth.

http://hotjobs.yahoo.com/caree...at_50k-418
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by gundohing, June 11, 2008 20:35:47
Anda mesti faham bahawa kerajaan BN membuat ukuran berdasarkan kuasa membeli orang orang UMNO dan kroni kroni mereka bukan berdasarkan kuasa membeli rakyat biasa Malaysia.
report abuse
disagree 2
agree 14
...
written by Ahjamal, June 11, 2008 20:39:19
you block head PM why do need to tell us the price of oil in USA Your head is real blocked up. When are you going to tell us the real take home pay of each American? Your brain is so square ask your SIL to teach you if he is smarter then you I am sure both of you may be the same.
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Watcheyes1, June 11, 2008 21:00:35
written by semut, June 11, 2008 | 20:17:38

"kalau bukan kita..siapa lagi!?"

Saya sokong!! I'm with you man...all well said!

First AAB you go and do your homework before implementing anything! You have a bunch of useless ministers doing nothing so get them together and talk, brainstorm and come up with a wise decision that will not hurt the rakyat! Don't decide on your own because you do not have a brain!

Ini pun kena ajar....better i become the PM!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by asguard, June 11, 2008 21:17:18
Ingat Barisan Nasional ingat Barang Naik itulah slogan mereka untuk dahulu, kini dan selamanya...
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Malay Ultraman, June 11, 2008 21:28:27
Pak Lah ni memang bodoh dan ugly le... ****ing ugly... moronic.. stupid... paper ekonomi pun tak pass... pthuittttthhhtt
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by cekikdarah, June 11, 2008 21:48:27
Haih... definitely cekik darah!

report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by denkoh, June 11, 2008 22:26:35
kalau bodowi and khairy kayuh basikal... saya sanggup bayar 2.7...kalau tiday...pergi lanciau kau orang
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by denkoh, June 11, 2008 22:27:55
dah lah aku cakap, kalau pegang ijazah agama, pi kerja kat jabatan agama...tak usah pegang jawatan finance minister..buat bodoh saje semua rakyat malaysia
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by myvoice, June 11, 2008 23:16:15
apa dah jadi ni negara tersayangku Malaysia, hidup skrg amat susah, tambang anak ke sekolah naik, harga beras naik, harga minyak naik, harga nasi ayam naik, geram saya pun naik, baru check doktor..darah saya pun naik! Pak lah, bila you mau turun, dulu you cakap tiada tekanan untuk u turun, tapi sekarang dah bukti terlalu banyak tekanan, tetap u muka tebal, tidak tahu malu..you nak jahanamkan Malaysia dan rakyat ke? Dosa u terhadap rakyat tidak akan dimaafkan sehingga ke akhirat...insaflah, cukuplah!!!!!!!!!!!!
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by DontPlayGod, June 12, 2008 00:18:04
As someone above wrote, if we can buy a new car like what the Japanese can buy in Japan for a similar model, I will have no complains whatsoever over the price of petrol. The Japanese pay something like almost half of a similar model for what we pay over here. And the heavy duties on foreign models is not only to protect our local cars, but also allow the local cars to make obscene profits.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by DontPlayGod, June 12, 2008 00:20:14
As everyone has been writing, where has Petronas' profits gone to all these decades? I suppose only Mahathir and AAB can answer this question, because Petronas reports directly to the PM. Our government still doesn't believe in transparency. It's about time UMNO/BN is thrown out, and fast, pronto.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by DontPlayGod, June 12, 2008 00:45:14
I am sure the rakyat would not mind removing the subsidy on our petrol if the Government is transparent on all its spending. If the billions that Petronas make can be accounted for, or even a small portion of Petronas profits can be channelled back into helping the rakyat out of their difficulties or make their life easier or more pleasant, then the rakyat will not have any sore point to grumble on. For example, the Government can give all qualified and poor students scholarship to further their studies in our Univesities or even overseas universities. This will require a few hundred million per annum at the most, a paltry sum when we consider the tens of billions of ringgit Petronas is raking in. How about building elite private schools(with qualified and trained teachers) providing for the top students, so that these students need not have to pay through their noses to attend private schools?

How about removing all tolls on our express highways? The Government funded most of these expressways through giving their cronies "soft" loans anyway. In fact, the Governemt need not have privatised these expressways. What is a few billions in building the PLUS north-south expressway? Yet now we have to pay through our noses to drive from the North to the South.

Yes, UMNO, where have all our rakyats tens(hundreds) of billions of ringgit gone to? Have these billions gone into buying support from your supporters, so that they can continue to support UMNO? We can see the shining and majestic UMNO HQ's in most of the states. Were these buildings built with Petronas money, or money from the obscene profits given to your cronies?
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by sbp boy, June 12, 2008 01:16:15
some real life strengthening facts to ANAKSABAHAN, I bought with lotsa pain in the pocket for my wife a HondaJazz Vtec1.5l for RM101K back in early 2005. I saw it at Autoshow Bangkok about the same time same model for THB650K=RM66K?? If we were to avoid the AP and import duty, there's a RM45K for savings in petrol!! I am sure the Thai govt would have amortized the whatever taxes for the car anyway to make up THB650K. With RM45K saved in the pocket for current petrol RM2.7/ltr = 16,667liters of petrol for you to drive. Average per full tank pump is 40liters each refill which lasts for approx ~500km of drive. So 16,667/40 = 416times of full tank and that's 208337.5km free from the whatever taxes collected by the govt. That's approx 10yrs if we assume we are doing 20Km/yr!! I really wouldn't mind if it is RM2.7 OR even RM3.00/liter now IFFFF the car price itself is as cheap as our neighbours at least.... That's a not so cheap car to own but for the efficiency on petrol, I bought it. Try it on a Proton Wira or even Saga.... which may have cost us RM20K to own one. DO THE MATH! We are loosing hell of a big.... In short, IF YOU WANT TO INCREASE THE PETROL PRICE, DROP THE CAR PRICE!!! By the way, I was in Austria last week, a TAXI driver whom drove us told us about his 1yr old Merc E220 CDI complaint he paid EURO40,000 (RM200,000) for the car. It's at least RM380,000 in Malaysia currently! Think my dear Malaysians!!! We are suffering!!! Even as a slightly above average income person myself, not to mention the lower income group.... It's a disaster... smilies/sad.gif
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by ANAKSABAHAN, June 12, 2008 07:05:44
100% agreed with you SBP BOY, in fact, we the rakyat who are subsidising these sutpid BN ministers for their all expenses paid , luxurious trips to overseas and their wasteful spending. Just look around especially in poor states like Sabah and Sarawak, some of the near town places, we can't even have proper tar roads, water and electricity !!! Some more our stupid BN govenment suggeated to build a ROCKET LAUNCHING PAD in Tawau,Sabah. What a foolish joke !!!. We can't even have good roads, water and electricity, now we are talking about going to outer-space. Our BN ministers are day-dreaming!!! Just DO it , Change the BN government before Malaysia become one of Afirican countries.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by saran, June 12, 2008 09:46:06
if Malaysia PM could understand this simple Maths n Facts,he won't raise the price to 40%...but what to do?
Uneducated PM and DPM making part of country suffering..Thanks a Lot..
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by 80srocker, June 12, 2008 11:36:21
Gaji RM1,300 (after EPF and SOCSO)
Rumah 550
Motorbike 150
Petrol 100 (BEFORE RM2.70/litre!)
Water 10
Electricity 30
Dad 200
Mum 200
TOTAL 1140
Balance 160

So what gaya hidup does Bodohwi wants me to ubah? No savings, no insurance, all i have besides the bike is a dick and 2 balls. Good thing I don't have a kid, otherwise I'd have to sell him/her too. Or how about this, Bodohwi? I stop paying my house rent, bike installment and bills. YOU pay them for me.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by xKazman, June 12, 2008 12:48:18
Our Beloved Country’s Facts:-

Oil – production:751,800 bbl/day (2005 est.)

Oil – consumption:501,000 bbl/day (2005 est.)

Oil – exports:611,200 bbl/day (2004)

Oil – imports:278,600 bbl/day (2004)

Oil - proved reserves:3 billion bbl (1 Jan 06 est.)

Natural gas – production:60.9 billion cu m (2005 est.)

Natural gas – consumption:31.84 billion cu m (2005 est.)

Natural gas – exports:29.06 billion cu m (2005 est.)

Natural gas – imports:0 cu m (2005)

Natural gas - proved reserves:2.037 trillion cu m (Jan06 est.)

Exports:$169.9 billion f.o.b.(2007 est.)

So where has all the money has gone, bull shit to raise petrol prices.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by budaktapah, June 12, 2008 16:29:52

I copy this from somewhere.....

kepada pak lah... PM kesayangan ku

saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya...

buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn...

dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!

jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..

akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian terima kasih..

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat scomi

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by omega2, June 12, 2008 17:11:48
KUALITI PETROL BERBEZA!!!

Selain itu, gred petrol yang diguankan di Amerika Syarikat jauh lebih baik dpd yang digunakan di Malaysia. Petrol yang baik kita jualkan kepada Amerika, padahal kita beli petrol berkualiti rendah dan jauh lebih murah utk kegunaan kenderaan Malaysia.

Tetapi, harga pam bukanlah jauh sangat. Gred petrol ini banyak mempengaruhi 'maintenance' kereta kita. Tu macam mana pula???
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Bluechip, June 12, 2008 22:52:22
Kenaikan harga minyak merupakan hadiah PM Abdullah kepada rakyat. Rakyat perlu terima ini. Inilah yang dimaksudkan dengan mantera "bekerjalah bersama-sama saya, tetapi bukan untuk saya."

Pada perhitungan asas logik dan hukum akal, kerajaan PM Abdullah boleh menurunkan harga minyak pada harga yang bersuaian dengan kadar kuasa beli rakyat. Tetapi pada perhitungan kerajaan PM Abdullah, sekiranya kerajaan tidak menaikkan harga minyak, maka kerajaan akan muflis. PM Abdullah lebih sanggup melihat rakyat muflis daripada kerajaan muflis.

Dalam ilmu sains politik, masih jelas konsep kerjaan itu masih kabur. "kerajaan" itu pada asas dan dasarnya merujuk kepada golongan politikal sperti PM Abdullah dan badut-badutnya."kerajaan" pada zaman moden tidak akan wujud sekrinya golongan politikal seperti PM Abdullah tidak wujud.

Hairan anak lelaki ajaib, dengan kenaikan harga minyak walau seDolar US boleh memberi keuntungan yang lumayan kepada kerajaan. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mengeksport minyak yang terbaik didunia. Ini diakui sendiri oleh menteri kewangan ke 2.

http://bluechip-arena.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by RFernandez, June 13, 2008 11:17:58
Yes it's so true Malaysians are paying for food, fuel at almost on par with world prices even after adjusting for currency differences. Average Malaysian's income have not kept up with the rate of increases in prices of goods and services hence the reason why we have so much corruption on going. Some serious income adjustment is required urgently but can the economy support it? I seriously doubt it. This issue will become a ticking time bomb for UMNO/BN soon.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Arjuna, June 13, 2008 14:48:17
CEO Petronas ada keluar kenyataan mengatakan kos Petronas meningkat 200% walaupun untung banyak. Aku ni tak pandai accounting tapi untung yang kuar dalam paper tu tentu dah tolak kos yang dia kata tu....kita bukan bodoh sangat.Untung sebenar kita tak tahu lagi sebab detail account tak kuar dalam paper hanya PM dan orang tertentu kat Petronas saja tau.

Ingatlah, sumber minyak tu anugerah Alah kepada rakyat, bukan kroni tertentu jer.....
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by redzuank, June 13, 2008 16:37:01
There is nothing to do with salary increment while there is no increasing in real income compare to nominal income. Get it real Pak Lah!

http://redssays.********.com/2...ay-ya.html
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Arjuna, June 13, 2008 18:18:13
I renewed my road tax in late March this year, how come I'm not eligible for the petrol rebate? My cc is only 1.5. How could Pak lah discriminate me and many others this way? He should give the rebate to everyone with road tax still effective on the day he annouce the increase of oil prices.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM