A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Bila PM 'cakap tak serupa bikin'

Bila PM 'cakap tak serupa bikin' PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 11 June 2008 18:19

(Harakah) - Kakitangan Keselamatan Jabatan Perdana Menteri menyahut seruan menteri mereka untuk mengambil langkah berjimat cermat antaranya tidak menggunakan penghawa dingin tetapi di bilik Perdana Menteri sebaliknya.

Keadaan itu, menyebabkan sebahagian wartawan dan beberapa rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat ketika menghantar memorandum bantahan kenaikan harga minyak kepada Perdana Menteri kepanasan.

Ketika itu, beberapa wartawan termasuk dari Harakahdaily dan media arus perdana masing-masing merungut dan bertanya kepada beberapa kakitangan keselamatan.

"Kita kena berjimat-cermat, minyakkan dah naik," kata salah seorang kakitangan keselamatan sebaik diajukan oleh wartawan.

Bahang kepanasan makin terasa apabila wartawan mengerumuni Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan ketika beliau membuat sidang media.

Kelihatan beberapa wartawan berpeluh sehingga membasahi baju mereka, namun mereka tetap menunggu untuk mendapatkan kenyataan daripada wakil Pemuda PAS itu.

Rungutan wartawan itu turut diutarakan kepada salah seorang wakil rombongan pemuda iaitu Penolong Pegawai Tadbir Media Pemuda PAS, Safarizal Salleh yang turut ikut menghantar memorandum kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Dato' Ahmad Yacob.

Bagaimanapun, beliau memberitahu 'aircond' di bilik Perdana Menteri amat nyaman dan sejuk.

"Di sini panas, tapi kat bilik PM bukan main lagi...menggigil sejuk, "balas Safarizal dengan nada sinis selepas mendengar rungutan oleh wartawan.

Semalam lapan Exco Pemuda PAS Pusat menghantar memorandum bantahan kenaikan harga minyak kepada Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Comments (10)Add Comment
...
written by semut, June 11, 2008 19:07:49
biar PAK LAH sejuk dulu skrg..kat NERAKA nanti padan ngan muka dia!!
report abuse
disagree 1
agree 24
...
written by peace lover, June 11, 2008 19:30:14
Wayang kulit again lah....
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Arubin, June 11, 2008 20:29:09
Y'know, its about time we make even the Cabinet Ministers practice what they preach. For example, they now want civil servants to get a 2nd job so that they can cope with the rising costs of living.

Aren't ministers civil servants too? How about we slash their salaries and make them find a 2nd job too?

Suggestion part-time jobs:
Badawi - Dunlopillo Spokesperson.
Najib - Demolitions Consultant
Taib - English Teacher
Hishamuddin - Cutlery Salesman
report abuse
disagree 1
agree 28
...
written by future, June 11, 2008 20:39:35
Istana PM lampu dan aircond tidak pernah tutup begitu juga timbalannya walaupun penghuninya tidak ada disana.Kenapa PM dan Timbalannya tak gunakan pernerbangan biasa jika betul nak berjimat dan jet boleh dipajak kepada pihak lain yang mampu.
Apa punya Imam ni akai taruh kat lutut.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by binkah1, June 11, 2008 20:41:35
Seems that we are all slaves to the politicians. Yes, why dont they also do two jobs to survive??
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by asguard, June 11, 2008 21:16:00
Ingat Barisan Nasional ingat Barang naik .... itulah slogan mereka kini dahulu, kini dan selamanya. .....
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Watcheyes1, June 11, 2008 21:29:29
Let AAB pasang air-cond lah...kalau tidak tak boleh nak tidur!
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by gx27, June 11, 2008 22:57:03
satu lagi projek kerajaan barisan nasional!
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by macaufan, June 11, 2008 23:38:29
Kamu semua telah salah faham mengapa bilik PM Bodohwi sejuk, sebab PM telah di cold-storage kan ! Pasal tu lah bilik PM tu sejuk ! smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif smilies/wink.gif smilies/tongue.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by Hope4all, June 12, 2008 02:15:06
"Cakap Tak Serupa Bikin" - Ini sudah jadi "trademark" PM kita ini, sampai dia sanggup mengulangi lagi dan lagi dan lagi...
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM