A+ | A- | Reset
Home

Peguam mohon afidavit Razak Baginda ditolak PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 10 June 2008 09:50

(Bernama) - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu dua keterangan dalam afidavit penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dalam kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah prejudis dan memudaratkan terhadap seorang lagi tertuduh iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri. 

Peguam Hazman Ahmad yang mewakili Azilah berkata dua keterangan itu juga tidak boleh diterima pakai sebagai bukti di mahkamah terhadap anak guamnya kerana tiada keterangan langsung menunjukkan Azilah membunuh Altantuya.  

Katanya keterangan itu yang cuba digunakan oleh pihak pendakwaan sebagai bukti di mahkamah juga tidak dapat membuktikan bahawa anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu melakukan pembunuhan tersebut.  

Dua keterangan itu masing-masing terdapat pada perenggan 34(b) dan 36 dalam afidavit permohonan jaminan penganalisis politik itu di Mahkamah Tinggi pada 5 Jan 2007.

Hazman dalam hujahnya berkata dua keterangan itu bukan hanya terlalu prejudis terhadap Azilah seolaholah dia yang melakukan perbuatan itu malah ia hanya dengar cakap.  

"Keterangan itu juga tidak dapat dibuktikan kebenarannya malah anak guam saya tidak berpeluang untuk menangkis dakwaan tersebut.

 "Saya berhujah bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk menggunakan budi bicaranya bagi mengeluarkan atau memadamkan dua keterangan tersebut dan pihak pendakwaan tidak boleh sewenang-wenangnya cuba membuktikan bahawa anak guam saya melakukan jenayah itu," katanya.    

Hazman berkata demikian ketika membuat permohonan supaya Mahkamah Tinggi tidak membenarkan afidavit berkenaan diterima dan dikemukakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya.  

Sekiranya Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menerima afidavit tersebut, Hazman dengan itu memohon supaya dua keterangan dalam afidavit tersebut yang didakwa prejudis terhadap anak guamnya dipadamkan dan dikeluarkan.  

Dalam perenggan 34 (b), keterangan itu antara lain menyatakan bahawa Azilah memberitahu Abdul Razak bahawa beliau pernah menyebabkan kematian enam hingga 10 individu dan boleh menyelesaikan masalah Abdul Razak.  

Keterangan itu juga menyebut bahawa Abdul Razak bagaimanapun secara tegas menegur Azilah supaya tidak melakukan apaapa yang tidak diingini terhadap wanita Mongolia itu dan beliau (Abdul Razak) percaya bahawa sebagai seorang pegawai polis, Azilah tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undangundang.  

Dalam perenggan 36 pula, Abdul Razak menyatakan bahawa pada satu malam Azilah memberitahunya bahawa beliau sudah sampai di sebuah rumah dan pada malam itu Abdul Razak "boleh tidur dengan nyenyak".  

Selepas mendengar perkataan sedemikian, Abdul Razak menegur Azilah sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali untuk tidak melakukan apa-apa yang tidak diingini terhadap si mati.  

Dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya yang sudah memasuki hari ke118 itu, Azilah, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, kedua-duanya anggota UTK, dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan pukul 1 pagi keesokannya, di satu kawasan di Bukit Raja dekat sini.  Abdul Razak, 48, pula dituduh bersubahat dengan mereka.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah dalam hujahnya berkata afidavit itu boleh digunakan sebagai bukti kerana ia adalah dokumen awam dan sebahagian daripada laporan mahkamah.  

Beliau berkata dua keterangan yang dipertikaikan itu juga relevan kerana ia menunjukkan apa yang diberitahu oleh tertuduh pertama (Azilah) kepada tertuduh ketiga (Abdul Razak).

"Untuk menunjukkan sama ada keterangan tersebut benar atau sebaliknya bukanlah persoalan di sini dan kami juga tidak mendakwa tertuduh pertama (Azilah) atas kesalahan membunuh enam orang individu (seperti terdapat dalam dua keterangan itu).

"Kami tidak akan menggunakan afidavit dan keterangan tersebut terhadap tertuduh pertama, tetapi ia adalah relevan terhadap tertuduh ketiga (Abdul Razak) berdasarkan kepada Seksyen 38 Akta Keterangan iaitu bagi maksud perlakuan tertuduh.  

"Oleh itu kami berhujah bahawa afidavit dan keduadua keterangan dalam afidavit itu patut diterima oleh mahkamah," katanya.  

Peguam yang mewakili Abdul Razak, Wong Kian Kheong dalam hujahnya bersetuju dengan hujah timbalan pendakwa raya, bagaimanapun menyatakan bahawa keterangan yang boleh memudaratkan manamana tertuduh patut dipadamkan dan dikeluarkan oleh mahkamah.  

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan, bagaimanapun menetapkan esok untuk menyambung perbicaraan.
Comments (10)Add Comment
...
written by magen, June 10, 2008 10:21:50
"Untuk menunjukkan sama ada keterangan tersebut benar atau sebaliknya bukanlah persoalan di sini dan kami juga tidak mendakwa tertuduh pertama (Azilah) atas kesalahan membunuh enam orang individu (seperti terdapat dalam dua keterangan itu).

smilies/cry.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by teohpg, June 10, 2008 11:09:25
lets send attlantuya murderer to hell.

We have not forgot about this YET!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Tompios, June 10, 2008 11:27:23
Polis Malaysia antara Polis paling sial di muka bumi. UMNO party adalah kumpulan manusia yang sangat dekat dengan jin-jin berketurunan Syaitan. Khususnya di negeri Sabah, UMNO memainkan peranan dalam menenggelamkan pribumi dengan tuan-tuan Melayu baru dari Filipina dan Indonesia.
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by 1351, June 10, 2008 11:54:31
The affidavit remains the most damning link that implicates Razak Baginda.

In his own interest, the affidavit was presented to Justice Segara to seek bail. Press release would show, the learned judge decline at first instance to even touch the document on the grounds that it is unprecedented for bail to be granted to anyone charged under Section 302(1) or (2) of the Penal Code.

Upon reading affidavit, Justice Segara concluded there was even more reason/s for bail to be denied. In short, it was a fool hardy move by Razak Baginda and his defense team. The affidavit reveals a direct link to co-accuse Azilah and the damning testimony that 6-10 individuals have met their death at the hands of Azilah. Affidavit shows Razak Baginda had full knowledge of this fact when engaging Azilah(and two PI's) to 'help' deal with Altantuya.

Indeed it would be difficult for sitting judge to withhold this piece of document let alone agree to counsel Hazman Ahmad's request to expunge para 34(b) and 36. Prejudice, yes, as well as the 'kiss of death' no matter how one might choose to read it.

With hindsight, Razak Baginda would be better off without submitting the testimony and the same goes for the two co-accused who are at the receiving end of Razak Baginda's line of defense.

G'day all
Casper
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by michael chick, June 10, 2008 12:14:02
[url=http://i287.photobucket.com/albums/ll141/Michael_Chick/Chess-Game-copy.gif]http://i287.photobucket.com/albums/ll141/Michael_Chick/Chess-Game-copy.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by michael chick, June 10, 2008 12:14:42
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Arubin, June 10, 2008 14:48:32
So what now? Are both Azilah and Sirul trying to escape punishment on technicalities? They are trying to avoid a guilty verdict by having all damning evidence against them struck out?

The one thing that we all know for a fact is that whoever murdered Altantuya must have access to C4 in this country. In other words, one or more from our Unit Tindakan Khas will be going to the gallows for this. The only question here is WHO? Who, in the entire unit, is somehow linked to the case? Prove that, and we already have the culprit and enough evidence for manslaughter. I will even argue that there's enough argument for murder because well...how are you supposed that prove you didn't intend to kill someone when you blew them up with C4 in the middle of the jungle?

The simple truth is that if neither Sirul or Azilah or found guilty, than we will have to reopen investigations on our country's special forces to find out who the real murderer is. That will be a very ugly process indeed, but not doing so will prove that this country does not truly care about justice. As such, I am actually amazed that there will be people who will try to cover up for those 2. Do they not care about the integrity of this country?
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by slash n burn, June 10, 2008 15:53:02
najib...
rosmah....
baginda....
woooo....hell is waiting for you...
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by 1351, June 10, 2008 16:34:57
Knocking on wood as I write this but this photo(incorporated in MC's image) of the deceased really potrays a haunting glare, the same photo many members have in their hard drive.

May she rest in peace while we all try to deliver those culpable to the gallows.

Casper
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by onnetline, June 10, 2008 23:51:32
Hopefully that Mamak Kuddy does not take a personal interest in this case.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM