A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Demonstrasi rakyat 13 Jun, laksanakan tanggungjawab anda

Demonstrasi rakyat 13 Jun, laksanakan tanggungjawab anda PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 10 June 2008 09:36

(Harakah) - Pemuda Pakatan Rakyat seluruh negara akan hadir dan memimpin Demontrasi Rakyat yang akan diadakan pada 13 Jun 2008 di ibu negara.

Program ini pada asalnya bermula dari kalangan pemudawilayah diangkat ke peringkat nasional sebagai membuktikan keseriusan Pemuda PAKATAN dalam menghadapi isu kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik.

Program ini akan berlangsung selepas solat Jumaat. Cadangan asal, perhimpunan akan bermula dari Bangunan Citibank. Walaubagaimana pun, bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat maka tapak mula perhimpunan aman ini ditukarkan ke Masjid Kg. Baru hingga ke Bangunan Suria KLCC.

Bagi mereka yang bukan muslim, disarankan menunggu di sepanjang laluan yang ditetapkan.

Para peserta perhimpunan digalakkan membawa sepanduk atau bahan-bahan demontrasi yang tidak membahayakan dan tidak menggangu ketenteraman awam. Para peserta juga dinasihatkan membawa air mineral bagi persediaan awal agar tidak terlalu letih dan kehausan.

Diharapkan golongan belia dan seluruh rakyat dari serata pelusuk negara dapat sama hadir bagi menunjukkan bantahan dan protes terhadap kenaikkan harga minyak yang melampau kali ini. Inilah masa untuk kita bergandingan tangan menunjukkan bahawa kuasa dan suara rakyat itu wajib didengar dan diambil perhatian.

Sekarang buka masa untuk kita berpeluk tubuh dan redha begitu sahaja. Hari ini Kerajaan BN naikkan 78sen untuk petrol dan RM1 untuk diesel, tapi jika kita tidak keluar membantah, kemungkinan besar pada bulan Ogos, Kerajaan akan menaikkan lagi kepada suatu harga yang kita tidak mampu untuk miliki.

Selain itu, bantahan kali ini lebih penting kerana ianya akan memberikan satu tekanan agar Kerajaan menilai semula keputusan menaikkan harga minyak dan tarif elektrik yang berkuatkuasa pada 1 Julai nanti.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Hadirlah beramai-ramai untuk kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang berdaulat dan memiliki hak yang wajar diperjuang dan dihormati.

Comments (4)Add Comment
...
written by kamal, June 10, 2008 09:46:52
Rakyat mesti support protes ini.

Masa untuk bertukar kerajaan korupsi BN

Bacalah blog saya KAMAL-TALKS http://kamal-talksmalaysia.********.com
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by DezMalaysia, June 10, 2008 10:37:03
Hmm... Blue Dogs will be all around with sheild, sticks & water cannons against unarmed civillians.

Let's show them RAKYAT is the BOSS !

Bawak sepanduk & bahan-bahan demonstrasi bertajuk "Badawi Resign", "Najib Resign", " X nak Khairy & budak tingkat 4", "Rakyat Hidup Melarat, Keluarga Korup Hidup Mewah & Boros", "Justice for ALLtantuya", "Kembalikan wang rakyat yang dikebas !"
report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by Raizzen, June 10, 2008 11:51:09
..OR "Dont SLEEP on Rakyat's problems !"
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by arazak, June 10, 2008 16:28:04
While the rakyat are demostrating in the streets, Sleeping PM and Recond lady is jet setting to Australia with thier private aircraft, bought using the peoples' money.

While the Rakyat is demostrating in the streets, Najis and Big Fat Mama is enjoying vacation and shopping in London with the peoples' money!!! smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM