|
Minyak naik lagi Kenaikan paling tinggi Semua letak tangan di dahi Kecuali ahli keluarga Badawi
Dah tau naik minyak awai-awai lagi Mereka beli berjuta-juta saham TNB Kalau TNB naik seringgit pun jadi Buat duit dalam masa tiga hari Minyak naik tak terasa pak menteri
Sebab mereka naik kereta kerajaan bagi Boleh lalu lebuhraya bertol berkali-kali Begitu juga dengan mereka punya isteri Ada driver mai ambik setiap hari Siap dengan bodyguard ke mana pergi Mereka tak pernah rasa cengkaman inflasi Dan mereka akan shopping di luar negeri Tak main la kalau ke Kamdar atau Pasar Seni Bawa beg besar-besar jenama LV atau Gucci Naik flight first class bukan kelas ekonomi Menteri kata tak boleh elak lagi
Kerajaan terpaksa menanggung rugi Sebab tak tahan nak bagi subsidi Suruh rakyat berjimat bawa kereta 600cc Gila punya cadangan wahai pak menteri Hang lah patut berjimat awal-awal lagi Cuba hang bawa kereta hang sendiri Hang cuba ikut Umar atau cara nabi Kurangkan program majlis rasmi Majlis makan malam makan roti cicah kari Sedap jugak sehingga menjilat jari Tak payah udang besar atau mutton beriyani Kurangkan impot artis luar negeri Tak yah panggil Al Jarraeu atau Mariah Kari Kurangkan jalan-jalan luar negeri Ikut Guan Eng naik flight kelas ekonomi Kediaman rasmi guna perabut buatan sendiri Tak payah impot tiles dan perabut dari Itali You all buat dulu baru bagi tau rakyat
Jangan suruh rakyat berjimat cermat Tapi hangpa perangai macam taukua sumbat Pandai cakap tapi tak pernah buat Perut mereka di kampung telah lama diikat Makan ala-kadar paling mewah air sarbat Janganlah buat perangai munafiq dan jahat Allah di atas sentiasa monitor dan melihat Keris Silau 9 Jun 2008
|
http://1426.********.com/2008/...-from.html