A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Anwar masih yakin MP lompat parti, tubuh kerajaan baru?

Anwar masih yakin MP lompat parti, tubuh kerajaan baru? PDF Print
Posted by admin   
Monday, 09 June 2008 11:06

Selepas tiga bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini mengetuai Pakatan Rakyat, masih yakin berupaya untuk menubuhkan kerajaan baru di peringkat persekutuan sebagaimana diumumkan beliau Mac lalu?

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu nampak 'amat yakin' apabila beberapa kali membayangi kemungkinan tersebut pada majlis Malam Karyawan II di Shah Alam, Selangor malam tadi.

Misalnya, dalam ucapannya beliau berkata, pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang adalah bersifat sementara waktu sebelum mencapai impian menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan - membawa maksud akan membawa lebih banyak pembaharuan apabila mendapat kuasa memerintah negara. 

Majlis itu diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Anwar berucap sebagai tetamu kehormat.

Tengah hari tadi pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dekat sini, Anwar berkata, tarikh 16 September yang disasarkan untuk wakil rakyat BN melompat ke Pakatan Rakyat masih kekal.

Anwar berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin BN di Manila kelmarin dan Sabah semalam.

"Saya telah dijemput ke Manila untuk memberikan syarahan dan beberapa orang (wakil rakyat BN) telah menemui saya," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PKR di sini.

Ketika ditanya mengenai bilangan Ahli Parlimen yang akan melompat parti, Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno 10 tahun yang lalu berkata, beliau tidak dapat mendedahkan maklumat mengenainya.

"Saya tidak boleh memberikan butiran (lanjut) mengenai mereka yang ingin melompat demi keselamatan mereka," kata beliau.

Kata beliau, perbincangan masih diadakan dengan pelbagai pihak.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang yang menyaingi BN di bawah ikatan yang longgar memperoleh 82 kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi bagi BN.

Dua minggu selepas pengundian barisan pembangkang menubuhkan Pakatan Rakyat dan Anwar meletakkan sasaran untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan menarik sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN menjelang 16 September ini.

Desas-desus menyebut beberapa Ahli Parlimen Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat dengan beberapa wakil rakyat mendakwa telah ditawarkan sejumlah wang sebagai ganjaran.

Pada sidang akhbar itu juga Anwar memberitahu bahawa beliau kini bersedia untuk bertanding dalam sebarang pilihan raya kecil setelah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Persatuan bagi berbuat demikian.

"Saya telah pun menerima surat daripada Pendaftar Pertubuhan, nasihat daripada peguam saya, kami tidak memerlukan surat daripada AG (Peguam Negara), surat daripada Pendaftar Pertubuhan sudah cukup," katanya.  

Anwar kembali aktif dalam politik mulai 15 April lepas, setelah berakhirnya tempoh larangan selama lima tahun baginya berbuat demikian berikutan pensabitan mahkamah terhadapnya atas kesalahan rasuah.  

Anwar berkata, beliau sanggup bertanding sekiranya ada mana-mana Ahli Parlimen PKR memberikan laluan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan tahun ini juga.  - mStar Online

Comments (22)Add Comment
...
written by cwy, June 09, 2008 11:12:00
Lakukan secepat munkin!
report abuse
disagree 2
agree 33
...
written by budakindia, June 09, 2008 11:21:22
tukar kerajaan! kami tidak lagi mahu kerajaan yang bersifat perkauman dan amat bodoh! smilies/angry.gif
report abuse
disagree 3
agree 39
...
written by Ursurper, June 09, 2008 11:28:38
Bro Anwar. Please do it now before the BN govt suck everything dry. Sad to see all our country resources just wasted like that.
report abuse
disagree 1
agree 27
...
written by Kcc, June 09, 2008 11:32:40
No one's for sure when the change will take place. We want to have it immediately, but we know that this is not possible given the fact that BN is still "popular" among Malaysians who are benefitting from it.

Someone once said that many BN guys will hop over to PKR... it's still the same tune now. That same someone once said "wait till 16 Sept."... i'm still waiting.

Yup, i'm really frustrated & confused. WILL THIS CHANGE take place, or is someone just giving us empty hopes? And how long do we have to wait...Sept 16 again???? smilies/angry.gif
report abuse
disagree 3
agree 14
...
written by NickChan, June 09, 2008 11:42:45
it's weird that anwar share this with the public and let not it be secret.

playing reverse psychology or something perhaps.

i doubted anwar the he said he was confident of denying 2/3 majority to BN. i doubt anwar can form next government in september, i hope i am wrong again.
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by cble, June 09, 2008 11:49:28
Walaupun DSAI bergitu yakin,tetapi kita rakyaat Malaysia seharus berdoa supaya cita2 ini menjadi kenyataan. Usaha disertai dengan doa.
report abuse
disagree 1
agree 15
...
written by Dinadz, June 09, 2008 12:16:21
DSAI we hope u'll b the next M'sia PM very soon. Very very soon inysaallah..
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by wali songo, June 09, 2008 12:27:14
Saudara DSAI tolong lah jangan membazir masa lagi! Masa dan idea yang begitu bernas yang ada pada saudara terbuang dan tersia begitu sahaja semasa sauadara dalam penahanan lagi, Tolong lah negara kita telah begitu jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran.......idea pembaharuan yang saudara bawa yang amat kami nanti-nantikan.Jangan tunggu bulan September....itu terlalu lama bagi kami insan MARHAEN ini....?
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by kamal, June 09, 2008 12:31:43
Cepatla DSAI..... we need to get rid of this 'useless' BN government.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Wendy Low, June 09, 2008 12:37:47
Dear DSAI,

Whatever is it, we all have good faith in you. we really hope that you must change the whole country as this country that i was born in is getting from bad to worst. No offence, worst than indonesia and phillipine. i love my country that why the country need to be changed. we need a leader like you to continue and lead and thus to improve. the current government is still sleeping and enjoying themselves with all the natural resouces funds.........

if can please do faster than september. give them a shock in their life.

i know you can be a good leader as you have the leadership.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by The Voter, June 09, 2008 12:44:36
If I not mistaken, the by-election only can be held after 6 mths the parliment has been dissolved - 23 August 08. The by-election will be conduct within 60 days after SPR is officially informed that the parlimentary seat is vacant. So, DSAI can contest the vacate seat somewhere in September.Therefore, September is the ideal time.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Sribayu, June 09, 2008 12:57:08
To PR don't be afraid of opposition. Remember, a kite rises against; not with; the wind.

BN leaders semuanya dah kaya raya hinggakan cerai bini pun beri saguhati berjuta2 ringgit. Mereka tidak lagi bercakap pasal kemiskinan rakyat. Tiap2 hari mereka bincang pasal kontrak baru/ commission/ bini baru/ saham2/ rumah mewah/ kapal mewah.

Akhir sekali mereka sentiasa membuat berbagai2 cara macam mana nak manipulate(selewengkan) rakyat.

BN ibrat barah hari demi hari kian menjadi parah & tiada jalan lain lagi untuk pulih.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by JJ Kuyong, June 09, 2008 13:05:12
Ya, DSAI, bertindak lah sekarang, jangan tunggu lama-lama sehingga memberi masa kepada Penyangak-penyangak UMNO dan BN makan duit kami rakyat Malaysia. Bila berkuasa jangan lupa kami rakyat Malaysia yang susah dan miskin ini. Harapan saya kerajaan DSAI akan dapat menyelesaikan masalah PTI di Sabah yang dipelihara UMNO, kembalikan kuasa autonomi kami seperti yang dipersetujui dalam perjanjian pembentukan Malaysia. Biar kami orang Sabah mentadbir orang-orang Sabah dan DSAI tumpukan perhatian untuk memajukan saudara-saudara semalaysia kami di Semenanjung supaya kita boleh hidup aman damai bersama-sama didalam Malaysia.
report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by Concerned_Citizen, June 09, 2008 13:43:53
Whatever the mind can conceive and belives, it can achieve.

The not-insane and non corrupted rakyat stand with you, DSAI!

Hidup Pakatan Rakyat!
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by Sembahyanglahkamu, June 09, 2008 14:13:18
Dear DSAI,
It is SHOW HAND time.
What r we waiting.... Why r we waiting....
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by observer2, June 09, 2008 18:48:58
DSAI, we all behind you.

Let's squeeze all the Umnoputra bastards namely Fxxxlah, Najis, Kera Jantan & the rest of the troops into Kamunting bars. Let them rot inside till their last breath.

smilies/grin.gif smilies/cheesy.gif smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Abajawi, June 09, 2008 19:11:16
Bro. Anwar said he has to be cautious in his approach. We have to trust him on this. But we know that the BN bu**ers are also scheming, like in a chess game (sorry I don't play chess). They are perhaps planning with PDRM as to what to do as soon as signs show up that BN MP's are crossing over. The BN PM might even declare an emergency and apply emergency rules. Anything is possible!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Raizzen, June 09, 2008 21:25:57
But Abedol Bodowi thinks he can just candy the Sabah & Sarawak people into believing that he's out for a change. Show him the way to the coffee please, nicer even, pour the coffee on him.

But then again, he might not be able to smell it - tido lagi. smilies/kiss.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by smalluncle, June 09, 2008 22:09:01
Anwar oh Anwar,
kenapa asyik but janji,
saya da lama menanti,
sudah boring already.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by jchew, June 09, 2008 22:22:14
Tak kira ia katak kampong ke katak bandar, ashek ia boleh makan nyamuk2 dari UMNO/MCA/MIC/Gearakan dan lain2 yang menghisapkan darah rakyat Malaysia, ialah katak yang bagus!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by jchew, June 09, 2008 22:25:17
Sambung...katak si katak lompat, jangan tunggu lama-lama
nanti lama-lama, ia di-ambil orang.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by AntiBN, June 10, 2008 01:15:47
Dear DSAI,

WE, the rakyat, demand a change of the government now. With the rate it is going now, many rakyat is and will be suffering and not to mention the crime rates will be going higher. We can't afford to tighten our belts anymore. It has already been tightened up to the last buckle.

Just do it NOW!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM