|
(mStar Online) - Selepas empat hari penstrukturan semula harga bahan api diumumkan oleh kerajaan, esok - hari Isnin - pula menjadi tumpuan rakyat.
Ketika kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dijadual mengumumkan strategi tambahan untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol dan diesel, Pakatan Rakyat pula dijadual mengadakan mesyuarat mereka esok - dijangka membincangkan tindakan-tindakan tertentu ekoran keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel berkuat kuasa Khamis lalu.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengemukakan syor-syor kepada pemimpin-pemimpin barisan pembangkang itu yang akan bersidang esok.
Sehubungan itu, kata beliau, tindakan bantahan tidak harus diambil secara bergopoh dan tidak wajar diputuskan oleh segelintir pihak sahaja, tetapi ia memerlukan keputusan muafakat.
"Saya prihatin dengan kegelisahan yang saudara saudari luahkan, namun tindakan harus berencana, tidak gopoh dan diputus oleh segelintir pihak semata.
"Keputusan harus diambil secara muafakat. Saya akan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bersidang Isnin ini insya-Allah," kata Anwar dalam tulisan blognya, mengulas tindakan bantahan yang disentuh oleh banyak pihak.
Dalam tulisannya itu beliau juga menyebut bahawa Petronas tidak wajar diserang dalam isu ini.
"Umumnya pengurusan dan tahap profesional mereka membanggakan. Isunya adalah pertanggungjawaban atau akauntabiliti," katanya. Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengumumkan pendekatan-pendekatan baru untuk membantu mengurangkan beban rakyat jelata. Pada Jumaat lalu, Abdullah berkata, kerajaan akan mengumumkan empat langkah penting awal minggu depan, kemungkinan esok, bertujuan untuk mengurangkan beban pengguna berikutan peningkatan ketara harga minyak dan tarif elektrik. Menurut Abdullah, empat langkah penting itu melibatkan langkah-langkah penjimatan oleh jabatan dan agensi kerajaan, meningkatkan jaringan keselamatan sosial bagi rakyat dalam kumpulan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya. Selain itu, kerajaan akan menambah senarai barangan kawalan untuk mengekalkan kos yang rendah dan meningkatkan bilangan pengangkutan awam seperti bas di jalan. Dalam kenyataan Jumaat lalu itu, Abdullah mengakui kerajaan begitu menyedari beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik. Di bawah penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas, harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter menjadi RM2.70 seliter dan diesel pula naik RM1 seliter kepada RM2.58 seliter. Bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal.
|
What gall, I do hope Harakah and YM RPK will enlighten our fellow Malaysians to the truth, that it is "hypocrisy" and "sinful" to be prihatin AFTER you have just robbed the rakyat blind. Typical UMNOputra move to enslave the Malays further, rob them blind and then "subsidise" them.
That is a double blow psychologically. That is what UMNO have been doing to the Malays ever since Tunku Abdul Rahman, may our dear Tunku rest in peace eternally, left the scene; enslaving the Malays by robbing them blind and then "subsidising' them. What kind of leaders have the Malays chosen in UMNO, the UMNOputras are using the same tactics as Mugabe and despicable gangsters the world over!
For the sake of the poor and the Malays, can Harakah and YM RPK please explain the devious ways UMNOputras are going about to enslave them? Increasing 40% and then handing 10% (my guess) back as subsidies is not called prihatin, it is called daylight robbery as they are lining their pockets with the stolen 30%. YM RPK is right, it is our mistake to elect to run the country, especially the Rembau Jahanam!