A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Syed Anwar dilantik Pengerusi Mais PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 08 June 2008 11:03

(Berita Harian) - Tokoh Korporat terkenal, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dilantik Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad dan Sime Darby Berhad, Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dilantik Ahli Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Isa dalam satu kenyataan akhbar semalam, berkata pelantikan itu diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Syed Anwar, adalah Pengerusi DRB-Hicom Berhad, Eon Capital Berhad dan Cahaya Mata Sarawak Berhad selain pernah dilantik Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS sedia ada, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datin Zauyah Be T Loth Khan.

Turut menganggotai lembaga itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hailani Muji Tahir; bekas Akauntan Negara dan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airport Holdings Berhad, Datuk Maslamah Osman dan Bendahari Universiti Industri Selangor (Unisel), Siti Fatimah Jalal.

Selain itu, Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Datuk Dr Abd Monir Yaacob dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Datin Paduka Badariah Hassan.

Comments (3)Add Comment
...
written by lunas oh lunaih, June 08, 2008 15:37:11
BOIKOT PETRONAS---- seluruh rakyat diminta boikot petronas selama 2 bulan mulai hari ini
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by ibabonma, June 08, 2008 17:05:20
Harap-harap MAIS jangalah berpolitik lagi macam dahulu, semasa UMNO memerintah. Semua mereka yang dahulu adalah pak turut kepada Khir Toyol - kayu mati semuanya.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by MyView, June 08, 2008 22:39:56

Apa kene mengena boikot Petronas ???
report abuse
disagree 1
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM