A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Lebih 1,000 sertai kempen 'vigil' GMI di Kamunting

Lebih 1,000 sertai kempen 'vigil' GMI di Kamunting PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 08 June 2008 10:59

(Harakah) - Siri Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA menemui kemuncak malam tadi dengan kempen 'vigil' yang diadakan dengan suasana aman, tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Lebih seribu orang, dengan lilin di tangan masing-masing, mendengar beberapa ucapan yang disampaikan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengarah kempen, yang juga isteri tahanan, Norlaila Othman; dan isteri tahanan, Sharmila Sanjeev Kumar.

Sebelum itu, mereka berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Jamek Kamunting ke kem dalam keadaan hujan renyai-renyai, selepas waktu Maghrib.

Namun, suasana itu tidak melunturkan semangat mereka yang menyertai perhimpunan tersebut biarpun bertukar lilin beberapa kali, sambil diawasi Unit Amal Malaysia.

Perhimpunan ini melakarkan sejarah tersendiri apabila pihak keselamatan turut memberikan kerjasama dengan sebaiknya, walaupun kelihatan agak 'tertekan' dengan perhimpunan tersebut.

Perbincangan pihak keselamatan dengan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ngeh Ko Ham, menjadikan perhimpunan itu satu perhimpunan aman yang tidak mengganggu keselamatan negara.

Kira-kira jam 9.30 malam, mereka diminta untuk bersurai, walaupun tergambar di wajah masing-masing riak 'tidak puas' dengan perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun, sebagai rakyat yang patuh dan mencintai keamanan, seperti yang diucapkan Syed Ibrahim, mereka beransur dan berarak kembali ke masjid.

Namun, mereka masih meluahkan rasa hati mereka dengan menyanyi dan melaungkan slogan-slogan seperti 'Mansuhkan ISA, 'Tutup Kemta' dan sebagainya.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Adun Teja, Chang Lih Kang; Drs. Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong), Mohd Anuar Sidin (Changkat Jong), Yee Seu Kai (Pokok Assam), Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau), juga ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S. Jeyakumar.

Selain Adun-adun Perak, turut hadir Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah, aktivis S. Arutchelvan, blogger 'Zorro', blogger Haris dan aktivis-aktivis hak asasi manusia lain.

Comments (7)Add Comment
...
written by future, June 08, 2008 11:38:22
"MAY GOD BLESS ALL THE POLITICAL DETAINEES"

To the immediate families we are all with you all the way.
NO TO ISA.

report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by michael chick, June 08, 2008 12:53:59
Here's what some people think of UMNO


report abuse
disagree 3
agree 35
...
written by binarytan, June 08, 2008 18:09:17
ISA is the tools for BN and especially UMNO.

Mansuhkan ISA dan juga UMNO yg tidak jaga kepentingan rakyat.

smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by harryo, June 08, 2008 18:16:47
I am impressed with GMI and the supporters. Pl continue. We will give you the support.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Sabahfan, June 08, 2008 19:12:04
smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif


dua orang datuk dr, yang bekas tahanan ISA harusnya bercakap KUAT tentang ISA dan memberitahu memgapa mereka di tahan, dan apa rasanya dalam tahanan ISA...

MENGAPA DATUK DATUK INI BERDIAM DIRI??

Satunya dari BN.... DR MAXIMUS ONGKILIK...

dari PKR....DR JEFFRY KITINGAN...


HOI KEDUA MONYET, MENGAPA BERDIAM...????



smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by macaufan, June 08, 2008 20:12:06
Regime Umno's tools to rob & rape d nation:
- ISA
- OSA
- PPP Act
- Sedition Act
- Powerful anjing anjing: Polis, AG, ACA & Judiciary

u guys see it? with this 'tools', regime rob & rape our nation >50years !
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Francis, June 08, 2008 22:35:53
Do we have humane ministers in Barisan Nasional? AAB - the pm for all sees that an individual as a threat to the NATION. Albar cannot go against AAB. Albar reflects the mind of AAB.

report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM