A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow JKKK diarah sabotaj S'gor, kata PKR

JKKK diarah sabotaj S'gor, kata PKR PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 05 June 2008 15:06

(Malaysiakini) - Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengarahkan sekumpulan ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor "mengacau" pentadbiran kerajaan negeri.

Senator itu, yang juga ketua penerangan Umno, mengadakan sebuah pertemuan dengan kumpulan ini di sebuah hotel di Shah Alam tidak lama selepas dilantik sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah pada Mac lalu.

Dalam pertemuan itu, beliau menggariskan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh ketua kampung dan ahli JKKK untuk mengganggu kerajaan negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat, kata satu sumber PKR kepada Malaysiakini hari ini.

muhammad mohd taib and umno"Muhammad berkata, (dalam pertemuan itu) jangan terima arahan daripada setiausaha kerajaan dan pegawai daerah.

"Jangan letak jawatan. Dapat elaun, (tetapi) buat bodoh saja. Kalau (kerajaan) negeri tidak bagi duit, (kerajaan) pusat akan bagi," kata sumber itu, dengan mendakwa maklumat didedahkan kepadanya oleh seorang penghulu yang hadir.

Kelmarin, Muhammad memberitahu Dewan Negara bahawa kerajaan persekutuan terpaksa mengadakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di empat negeri Pakatan "bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di peringkat kampung."

Beliau juga mendakwa empat negeri yang dikuasai Pakatan sejak pilihanraya Mac lepas "bertindak agresif" dengan menukar pegawai dan menghalau agensi kerajaan keluar dari bangunan yang ditadbir mereka.

Menurut sumber itu lagi, Muhammad juga merancang membuat penyelarasan pengurusan JKKK di peringkat persekutuan dengan mewujudkan jawatan baru – penyelaras daerah di negeri-negeri Pakatan.

"Pusat akan melantik penyelaras daerah di negeri-negeri pembangkang, di bawah kementerian beliaulah," kata sumber.

Ditanya tujuan jawatan itu diwujudkan, sumber itu berkata: "mungkin untuk menyelaraskan dana daripada pusat kepada JKKK."  

y4c youth roundtable 040707 nik nazmiMuhammad, yang juga ketua perhubungan Umno Selangor, turut meminta ahli JKKK "mengacau" setiausaha politik kepada menteri besar negeri itu Nik Nazmi Nik Nik Ahmad, tambah sumber.

"Kacau Nik Nazmi. Dia (masih) bujang, muda dan dia setiausaha politik Tan Sri Khalid (Ibrahim)," katanya, yang juga seorang pembantu wakil rakyat PKR.

"Tidak tahulah kacau macam mana, … tidak tahulah, tetapi beliau sebut bujang, muda, setiausaha politik Tan Sri Khalid," kata sumber.

(Nik Nazmi, juga ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, telah berkahwin selama lebih dua tahun. Isterinya dilaporkan sedang menuntut dalam bidang perubatan di Universiti Newcastle dan dijangka pulang bulan depan.)

Merampas kembali Selangor

Menteri itu didakwa meminta semua ahli JKKK bekerja untuk mengambil semula Selangor yang kini jatuh kepada Pakatan.

"Muhammad membuat kesimpulan bahawa semua JKKK mesti bekerja keras merampas kembali Selangor daripada Pakatan," kata sumber.

Muhammad juga didakwa berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya dibiarkan menjadi perdana menteri kerana ketua umum PKR itu "mahu menjual negara".

"Muhammad juga berkata, jangan bagi Anwar perintah (Malaysia) sebab Anwar mahu menjual negara. Sebab itu dulu (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) pecatnya.

"Beliau sebut, contohnya, macam (ketika krisis kewangan 1997) Anwar nak IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa)," kata sumber.

Pemimpin Umno itu juga menuduh PKR berfahaman sosialis dan tidak memperjuangkan Melayu seperti Umno.

khalid ibrahim selangor mb pc 040608 01"PKR parti sosialis, sebab itu bergabung dengan Parti Rakyat (Malaysia). PKR bukan parti nasionalis macam Umno," kata sumber, yang mendakwa maklumat dalam taklimat itu diberikan kepadanya sehari selepas pertemuan tersebut.

Semalam, Khalid menyatakan Selangor bersedia melantik ketua kampung dan JKKK, termasuk anggota Umno, jika mereka sanggup  berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

"Pada pandangan kerajaan negeri, ketua kampung sepatutnya mesti menjadi ketua kampung untuk semua masyarakat di kampung tanpa kira fahaman politik.

"Pada saya kalau orang itu sanggup kerja untuk semua masyarakat, ia memenuhi kriteria yang kita perlukan," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah kriteria itu akan dijadikan kayu ukur oleh pegawai daerah yang mencadangkan calon-calon yang layak mengisi jawatan tersebut.

Khalid turut menafikan dakwaan Muhammad bahawa kerajaan Selangor "bersikap agresif" apabila menghalau keluar operasi sebuah stesen radio dari bangunan setiausaha kerajaan negeri itu.

"Kami tidak halau tetapi mereka yang merajuk. Saya cakap kalau kita tak boleh guna Radio Selangor untuk beri penerangan tentang pembangunan di negeri ini, jadi buat apalah mereka dipanggil FM Selangor," katanya.

Comments (22)Add Comment
...
written by danchung, June 05, 2008 15:10:57
MohamadX2 ialah seorang yg tidak faham faham dia sendiri yg masuk pintu belakang dah lah tak tahu malu nak malukan orang lain pulak porah punya menteri....
report abuse
disagree 1
agree 26
...
written by ladasiber, June 05, 2008 15:20:21
Kesian kepada bapa yang memberikan nama kepada M2T. Mungkin nak cari keberkatan dari Nabi Muhammad SAW. Tapi yang dapat seorang anak yang perangai spesis babi pun tak nak mengaku saudara.

Upah JKKK guna duit rakyat, tapi bekerja untuk UMNO/BN. Perangai tokeh babi pun tak macam tu, sebab tokeh babi tak rompak atau salah guna duit rakyat macam M2T.

Bila nak insaf agaknya dia ni? What does it take to change the essence of a man (if he is one)?
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by semut, June 05, 2008 15:26:11
tokeh babi lagi mulia dari Barisan Najis n all UMNO bastard leaders!!!!!
report abuse
disagree 0
agree 14
...
written by Commonsenses, June 05, 2008 15:26:46
Kalu orang sikap jahat memang tujuan jahat sokmor.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by shan, June 05, 2008 15:27:32


TYPICAL BARISAN NATION GOMEN
report abuse
disagree 0
agree 59
...
written by ardijuaris, June 05, 2008 15:36:34
The shocking mass robbery of Tun and cronies ????!!!

http://anwaribrahimblog.com/2008/06/05/rakyat-dibebankan-dengan-kenaikan-keterlaluan/#comments

report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by NickChan, June 05, 2008 15:41:19
this is the guy who once said "Nurul Izzah cumalah seorang budak hingusan"
m.m. taib is disgusting
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by Abajawi, June 05, 2008 15:52:34
This recycled minister is very damaging to the Pakatan Rakyat environment. He schemes and ALlah also schemes--but ALlah's scheme is supreme. Let us make sure that BN does not return to rule in Selangor. To do that, the PR govt must rule Selangor in a fair way. Do not make any blunders while you are at it. Do not throw caution to the wind. Use Khalid's experience in managing private sector wisely. Do not marginalize any group. Live moderately and not lavishly. Learn from the pages of history, such the two-year rule of Umar Abd Aziz, a khalifah of the early Muslims. The last thing to do is to emulate the life style of the ruler that ruled 22 years of our lives recently.
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Garend, June 05, 2008 15:56:48
This fellow who sell the country... who take so much money.. now saying that PR is bad ppl? Oh my goodness.. when he was appointed to "rampas" balik Selangor.. I was thinking of doing good deeds.. counter-check the current state gov.. and now I know he is using "hasutan" ...

Oh crazy... Dear Ketua Ketua Kampung.. now that the petrol increase to RM2.70.. do you still believe them? How much they pay you? Rm500? how much you need to pay for the petrol increase? you got money.. what abt those ppl staying in Kampung.... Ketua-Ketua Kampung.. ppl elected you all for the benefit of the kampung.. but you betray them like this.. I totally lost confident in you..

Now that your own ppl have to suffer.. and you still wanna "Kacau" the PR? Even when they found out all those bad things that "Toyol" have been doing? How can you do this... PR.. can you all please go and explain and convince them abt all these things? smilies/cry.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Sudahlah tu, June 05, 2008 15:57:29
Oramg Melayu berdaulat, kononnya ...
Beginikah ketuanan disangjungi oleh pengikut2nya ?
Bolehkah Melayu berdikari dengan pandangan begini ...?
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by Beezee_Beezee, June 05, 2008 16:11:22
Heran lah M2T ni. Betul lah kata TDM. wang rakyat yg dibawa keluar. Samaada dia menang atau kalah. The morale of the story is he did bring million Ringgit out of the country. Did ACA investigate him if he ever declare or pay Tax for the sum he brought out....UMNOputra lagi?

Tak tau lah? Tapi Kami tidak akan lupa keatas perbuataan sesetengah tabiat atau perbuatan orang Melayu. SAH dah ini ada lah orang yg suka bertopendkan Melayu kalau kalah lagi Bertopengkan....

wahai kamu kamu pemimpin BN terutamany UMNO... Terlupa pula...BN kan terdiri dari party component MIC, MCA dan Gerakan...mana pula pemimpin pemimpin component ini tak bersuara...? Cakap lah kat Parliment yg semua ini against your principle...
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by chaiksyn, June 05, 2008 16:33:06
Si setan M2M..takde kemaluan...pondan..pun bukan....entah iblis kot!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by ALBERTUS, June 05, 2008 16:55:37
This the same fella who tried to smuggle millions of cash out the country knowing that its a crime to do so. I wonder if the petrol hike is going to affect him or is he going to profit from this. Sigh! Rakyat yang suffer. This the same fella that offended our previous Sultan of Selangor summore. Such hatred and I wonder why he's in public office.

I think its time for these bugger to really learn their next lesson in humility. Don't forget the french revolution where the bourgousie were exectued in masse. Viva Liberte in Malaysia!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by ALBERTUS, June 05, 2008 16:56:33
TSK and DSAI we support you! Viva Liberte!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by harmanamri, June 05, 2008 17:21:04
Menteri HAPRAK
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by told u, June 05, 2008 19:00:13
m m taib mangkuk kosong, dahlah dapat sedekah jadi menteri cuci toilet datuk najislah dulu.buat apa nak kacau wira PR.u dah ketuk duit rakyat buat nak bising lagi.sampai september PR ambil alih kerajaan kerja cuci toilet dah tada.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by CPY, June 05, 2008 19:58:25
NAK SELANGOR JANGAN HARAP. WALAUPUN SELANGOR SEMISKIN MACAM NEGARA DUNIA KETIGA YG MUNDUR,SELANGOR TETAP MENENTANG BN.
'JASA' BN TERHADAP SELANGOR
1) ZAKAR-IA SAPU DUIT, KASI SAUDARA JADI COUNCILLOR
2) KUALA LUMPUR(500KM2) DIAMBIL, JADI WILAYAH PERSEKUTUAN(SAYA BUKAN ANTI PERSEKUTUAN) SEBAB NAK TENDANG ORG CINA(YG SOKONG PEMBANGKANG) KELUAR NEGERI DAN LETAK DIKTAKTOR BERGELAR 'DATUK BANDAR' AGAR SELANGOR TETAP BN PUNYA.
3) PKFZ
4) 'KAMPUNG EXCO'(ADA KHIDMAT 'URUT' TAK?)
5) BANYAK2 LAGI
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Vidya Young, June 05, 2008 20:32:02
If JKKK has been instructed to "kacau" Pakatan Rakyat's administration in Selangor, it is in itself an admission by BN that PR is doing a better job. BN is THREATENED "dan rasa malu". We the Rakyat know BN is conniving.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Daryl, June 05, 2008 22:45:01
Pig brain politician. Oops let me take that back. Pigs does their dirty work(berak) away from where they eat so they are not that stupid. Well lets put them in the STUPID BN politicians category where they steal and eat at the same place without even bother to hide their sins.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by coalminecanary, June 06, 2008 02:11:27
It is difficult to get a man to understand something when his salary depends on his not understanding it. - Upton Sinclair
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by SL Chan, June 06, 2008 21:41:53
MX2 ...you are really an idiotic moron that get into the rakyat nerves...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Yacob, June 07, 2008 23:53:37
Orang macam Mat Taib pun boleh jadi menteri !. Kalaulah dia boleh dipercayai lagi orang Melayu, memanglah bengong Melayu tersebut.

Dah lah cakap bohong bila bawa duit berjuta diluar negara. Kebas anak raja dan nikah disempadan. Cakap lain buat lain. Itu pun masih nak orang percayakan cakapnya ! Memang UMNO sudah dah punah.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM