|
Harga Petrol naik! Hadiah besar BN kepada rakyat marhaen |
|
|
|
Thursday, 05 June 2008 01:19 |
|
Dalam satu keputusan yang mengejutkan, penguasa di bawah BN telah menaikkan harga petrol dan diesel paling tinggi dalam sejarah.
Ianya akan membebankan majoriti rakyat marhaen di mana kesan kenaikannya akan menjurus kepada kenaikan harga barang keperluan harian. Di saat kenaikkan harga minyak global yang tentunya akan menyumbang kepada keuntungan berlipat kali ganda kepada negara kita yang juga merupakan pengeksport minyak, BN memilih untuk menyusahkan lagi rakyat dan penguasa akan terus berkumandang dengan seruan agar rakyat mengikat perut. Sebaliknya penguasa akan terus memunggah kekayaan negara untuk suku sakat mereka. Saya menyeru agar pimpinan Pakatan Rakyat supaya segera bertemu untuk menjana satu lagi demontrasi terbesar sejak demonstrasi Bersih yang bertujuan untuk menunjukkan kepada BN bahawa rakyat adalah kuasa sebenar dalam negara ini. Kuasa BN tidak wajar dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menyusahkan hidup rakyat. Gerombolan manusia wajib menutup jalan-jalan menuju ke loji minyak dalam negara sebagai satu signal kemarahan rakyat marhaen! Saya juga berharap agar saudara Anwar Ibrahim supaya segera memastikan rencana Pakatan Rakyat menguasai Parlimen tercapai secepat mungkin sebelum kehidupan rakyat marhaen bertambah runcing. Saudara Anwar telah mengulangi janjinya di Sarawak baru-baru ini untuk menurunkan harga petrol dan diesel sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh Abu Nasrullah Kangar, Perlis.
|
Celaka betul !