A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Hadiah untuk Sabah

Hadiah untuk Sabah PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 04 June 2008 09:28

Image

Sekalipun Sabah dan Sarawak sudah membantu kemenangan BN, tetapi timbul pula gempar MP dari negeri itu menimbang untuk bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan alternatif menggantikan pemimpin kerajaan yang dilihat rapuh sekarang.

Subky Abdul Latif, HARAKAH

Perdana Menteri yang berkunjung ke Sabah dua hari hujung Mei menganugerahkan 13 inisiatif yang dianggap sebahagian hadiah untuk Sabah dan penduduknya.

Saya tidak berhajat untuk memperincikan 13 perkara itu yang diberi dengan tiba-tiba.

Apakah yang diberi itu sudah memadai untuk Sabah atau ia suatu yang lebih dari sepatutnya atau tidak memadai?

Apakah yang diberi oleh Perdana Menteri itu adalah suatu yang menjadi hak untuk Sabah atau ia suatu pemberian istimewa untuknya disebabkan oleh sesuatu keadaan yang perlu dibuat begitu?

Apa pun mengapa baru sekarang sesudah Sabah merdeka melalui Malaysia sejak tahun 1963 hadiah 13 perkara itu diberikan? Mengapa tidak dulu? Mengapa tidak diberi 20 tahun lalu atau sepuluh tahun lalu atau sebelum pilihan raya lalu?

Jika apa yang diberi itu memang hak Sabah dan ia memang patut memperolehinya, mengapa baru sekarang ia diberi? Mengapa selepas pilihan raya umum ke-12 yang keputusannya diketahui semua, maka baru Perdana Menteri pergi ke Sabah mengumumkan perkara itu.

Semua tahu bahawa Sabah memberikan hadiah kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu memungkin ia membentuk semula Kerajaan Pusat. Hadiah yang sama diberikan oleh Sarawak.

Jika kedua wilayah itu tidak memberi pakejnya kepada BN, tidak diketahui nasib Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Keduanya masih boleh menang mudah dalam pilihan raya itu, tetapi kemenangan itu boleh memberinya nasib yang sama seperti Mahadhir Khalid, Tajol Rosli dan Dr. Khir Toyo di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sekalipun Sabah dan Sarawak sudah membantu kemenangan BN, tetapi timbul pula gempar MP dari negeri itu menimbang untuk bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan alternatif menggantikan pemimpin kerajaan yang dilihat rapuh sekarang.

Dua orang Sabah yang ditawarkan Timbalan Menteri menolak setelah diumumkan terpaksa digantikan dua orang MP Sabah yang lain. Berikutnya secara tergesa-gesa jawatan Speaker Dewan Rakyat yang sedang ditunggu oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib untuk diberikan semula kepadanya diberikan kepada orang Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ramli Ngah Talib baru saja diinterbiu media tentang kesediaannya jika dipilih semula. Dia menyatakan kesediaan dan dia pun dipercayai mengharapkan dipilih semula. Rasanya dia akan dipilih semula. Tetapi sepulangnya Perdana Menteri dari Sabah, kerusi itu tidak diberi lagi kepadanya, kerana ia dihadiahkan kepada orang Sabah.

Suara dari Sabah terus menyuarakan rasa tidak puas hati bilangan menteri yang diberi kepadanya, sedang mereka menyebut sebuah negeri yang MP-nya tidak sebesar Sabah diberi tujuh menteri. Suara dari Sabah itu benar-benar membimbangkan kerajaan BN, maka kunjungan segera sekali lagi ke Sabah, Perdana Menteri memberi tambahan hadiah lagi.

Tidak dapat dipastikan adakah suara dari Sabah itu satu amaran atau satu peras ugut, tetapi yang dapat dikatakan, hadiah itu belum tentu ditawarkan kiranya tidak gempar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan tidak suara keras dari beberapa MP Sabah.

Sarawak sudah tentu melihat dengan penuh minat terhadap apa yang diberi kepada Sabah itu. Apakah memadai orang dari negerinya ditawarkan Timbalan Speaker dan ketua Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen?

Apa pun Sarawak tentu mahukan haknya jika apa yang mereka rasa mereka juga patut dapat hadiah belum diberi. Tidaklah patut Sabah diberi hadiah, maka Sarawak dibiarkan ternganga saja. Jika hak itu tidak diberi, maka tidak mustahil ada yang dalam diam-diam mencari Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang dilihat kepanasan itu akan ke Kuching pula lepas ini untuk membuat hadiah kiranya hadiah belum diberi kepada mereka.

Jika apa yang diberi adalah hak mereka, dan kerana hak itu tidak diberikan selama ini, maka patutlah hak itu diberikan. Dan kalau ia memang hak mereka, apa jadahnya maka ia ditangguhkan selama ini?

Jika demikian benarlah dakwaan, kerajaan BN pimpinan Umno tidak memberikan keadilan kepada semua.

Tetapi kalau keadilan itu sudah dipenuhi, dan semua telah mendapat haknya, maka apa yang hendak dikata kepada pemberian di Sabah itu? Tidakkah pemberian itu dibuat atas peras ugut yang dihadapi?

Saya sekadar hendak menyebutkan satu dari hadiah itu. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang diwujudkan sejak Sabah ditadbir pembangkang PBS dulu dimansuhkan kerana orang Sabah tidak suka sangat padanya.

Jika jabatan itu dimansuhkan untuk Sabah, maka apa alasan ia mesti dikekalkan di Kelantan. Dan mungkin di lain-lain negeri bukan BN. Ia adalah seperti satu pentadbiran kerajaan dalam kerajaan. Jika ia dibatalkan di Sabah, maka ia juga patut dipanggil pulang dari Kota Bharu. Ia tidak patut ada di mana-mana negeri.

Sabah mungkin boleh berpuas hati, tetapi cara pemberian itu dibuat jelas menunjukkan Kerajaan Pusat sangat tertekan. Belum jelas pemberian itu kerana Sabah patut diberi haknya, tetapi lebih disebabkan takut Sabah hilang dari pengaruh BN.

Comments (2)Add Comment
...
written by CitizenBodohland, June 04, 2008 10:22:55
Gula-gula yang diberikan tidak semestinya manis......
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Bluechip, June 04, 2008 11:34:27
"Hadiah untuk Sabah"hanyalah slogan dan retorika ahli politik putus asa (UMNO/BN). Sabah, Sarawak telah membantu PM Abdullah membentuk kerajaan persekutuan, masakan hanya diberi hadiah saja ? "hadiah" yang bagaimana diberikan ?, lawatan PM Abdullah ke Sabah ?.......Kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi, merangkap imam Hadhari jelas ketandusan idea.

Saya pun boleh memberikan hadiah "undi" kepada Pakatan Rakyat smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM