A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Tindakan Ezam seperti 'katak' - Mahathir

Tindakan Ezam seperti 'katak' - Mahathir PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 01 June 2008 10:07

(Harakah) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Mohamad Ezam Mohd Nor yang melompat masuk ke dalam Umno seperti 'katak'.

Beliau berkata tidak mustahil tindakan Mohamad Ezam keluar masuk parti akan berulang kerana beliau pernah keluar Umno dan menyertai KeADILan dan kini keluar KeADILan dan menganggotai Umno semula.

Dr Mahathir berkata demikian pada program Suntikan Semangat Satria di sebuah hotel, Petaling Jaya pagi tadi. Program itu antara lain menumpukan perkara berkaitan pembangunan semangat golongan Melayu selain permasalahan yang dihadapi Umno kini.

Program itu turut dihadiri Exco Pemuda Umno Dato' Sazmi Miah, anggota Parlimen Pasir Mas Dato' Ibrahim Ali dan bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Dato' Ruhanie Ahmad.

Mengenai anaknya, Dato' Mukhriz, yang kini dilihat semakin lantang bersuara, Dr Mahathir berkata: "Kalau dahulu ahli politik boleh mengkritik, kenapa sekarang tidak boleh?"

Beliau juga enggan mengulas panjang kenyataan Menteri Belia dan Sukan Dato' Ismail Sabri Yaakob yang menggesa seorang lagi anaknya, Dato' Mokhzani supaya meletak jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC).

"Kalau saya di tempatnya (Mokhzani), saya tidak akan meletak jawatan. Saya akan melepaskan jawatan sekiranya saya nak berbuat begitu, tanpa paksaan kerana saya lebih suka 'ditendang'," katanya.

Comments (7)Add Comment
...
written by ibabonma, June 01, 2008 10:30:28
Diantara yang hadzir pada program Suntikan Semangat Satria di sebuah hotel, Petaling Jaya tersebut ialah seorang lagi katak dari Pasir Mas. Doc, buta ke?
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by 1351, June 01, 2008 10:50:17
Dear Tun

Him coming IN, you say 'katak'. You going OUT, also 'katak' Tun.

Casper
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by budakindia, June 01, 2008 16:26:47
Lompat si katak lompat! smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by wag the dog, June 01, 2008 17:32:10
Myopic Mahathir and Makkal Sakthi

www.wagthedog-malaysia.********.com for details.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by New Frontier, June 01, 2008 19:59:59
Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah tingi-tinggi,
Apa Ezam harap nak dapat,
Duit dan Tittle Datuk Seri.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by SamBall, June 02, 2008 02:08:12
Maha katak; you are the biggest frog from Kerala; better lompat before they catch you and put in the Kamunting pond

Satu dua tiga LOMPAT
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by mypanida, June 02, 2008 03:48:13
Ya lah Ezam ni KATAK.....

Tetapi Tun ni....ULAR....lagi dashyat, kan ???

apa apa pun kena baham, betul kan ????
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM