A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow Mat Ezan bukan pengkhianat

Mat Ezan bukan pengkhianat PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 29 May 2008 08:10

Image

Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah  sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat  Dolah.

DARI JELEBU 

Saya cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut  suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata  – contre l’ oppresion de l'homme par l'homme.

Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah PRU ke 12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris  berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik  Mat Ezam.

Ini bukan khianat namanya. Ini garis politik  yang tepat. Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong gulungan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman.  Yang sebahagian lagi iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini. Saya pungut  hadis sahih ini dari Ibnu Iwana al- Kontoli dari kitab Al-Fikarabun yang sama-sama  saya baca dengan Mat Ezam semasa  di Kamunting.

Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis yang tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih jurang jelas? Kalau masih ada yang tidak faham, maka  mengikut kitab  Al-Fikarabun, kumpulan yang tidak faham ini tergulung kepada pengikut  mazhab sesat lagi menyesatkan.

Bayangkan - tidak lama lagi  gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka  semua ini telah sanggup murtad untuk  mengikut Tuan Syeikh baru mereka.  Rakyat  Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan  bercadang untuk meninggalkan  Malaysia.

Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa  Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Tupang pembawa rebahnya.

Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah  sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat  Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang  berura-ura untuk  menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh  Mat Dolah.  Inilah tugas suci  Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.

Di luar gerombolan ini ada pula  Mahafiraun  yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit  punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang di salak Mahafiraun.

Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup  cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.

Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba  menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat.  Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas  seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.

Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah  tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi  kini telah  wujud analisa  politik cekai yang  berunsur fitnah tersebar. Rasa saya konco-konco  Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco  Mat Najib menganggap Mat Ezam  datang kerana arahan bos lamanya untuk  membantu Mat Dolah. Ini fitnah. Mereka kurang arif dengan tujuan suci  Mat Ezam.

Saya juga di fahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam.  Saya dengar kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam.  Dari apa yang saya difahamkan Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali  Mat Ezam telah bersedia untuk  menghadiahkan sebuah kotak harta karun  yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini ada menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari untuk mencium punggung  Mahathir ketika Mahathir menangis dahulu.

Satu kotak lagi akan dihadiahkan  kepada Nazri Aziz. Saya dengar  khabar kotak untuk Nazri ini bersisi lesen-lesen teksi. Sebuah lagi kotak untuk Noh Omar yang penuh dengan surat pajak. Lesen-lesen teksi dan surat-surat pajak  ini telah dikumpulkan oleh Mat Ezam ketika dia menyamar sebagai pegawai pencegah rasuah pada satu ketika dahulu.

Saya sedar memang ramai orang tidak mengetahui  bahawa ketika  Mat Ezam  menyamar macam Inspektor Jacques Clouseau  dulu dia telah melakukan satu yang amat tragik.  Biar saya nyatakan di sini satu rahsia yang begitu lama saya simpan. Menurut Mat Ezam tiga lagi kotak  yang dicari-cari oleh pihak polis itu dipenuhi dengan gambar-gambar dan   video   rakaman Altantuya yang  sedang bershopping dengan Dotty di Paris.

Dari mulut Mat Ezam sendiri saya telah di beritahu bahawa video ini telah di rakamkan oleh KGB.  Bagaimana pita ini sampai ke tangan Mat Ezam saya juga kurang arif. Apa tujuan KGB memberikan pita rakaman dan gambar-gambar Altantuya di Paris  wallah hu alam bisawwab - hanya Lingam sahaja yang maha mengetahui. Apa hubungan Mat Ezam dengan KGB ini saya pun tidak pasti. Tapi menurut Mat Ezam ada seorang pengendali laman web yang telah membuat salinan video ini untuk ‘safe keeping’.

Saya cukup bengang dengan Minah sepupu Mat Najib yang ingin bertanyakan tiga soalan untuk Mat Ezam. Siapa Minah ini? Apakah locus pocus Minah ini untuk menyoal Mat Ezam. Ini mesti atas arahan sepupunya. Saya yakin Mat Ezam pasti akan  bertanya kembali kepada Minah ini nanti – wahai Minah, mana dia laporan kewangan Sukom yang sampai hari ini belum di audit? Pasti  menggigil bra  Minah ini nanti bila Mat Ezam mula menyoal. Jangan play play,  ini Mat Ezam. Dia bukan Kancil dia Wira.

Saya paling menyampah melihat sikap  Angkatan Muda Keadilan   yang menjadikan  Mat Ezam ini seperti selipar buruk. Sudah dipakai ditinggalkan. Ini betul-betul kurang hormat. Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah pakai kena bayar. Angkatan Muda Keadilan telah murtad terhadap ketua mereka.

Sepatutnya Mat Ezam yang begitu gah dan berpengaruh pasti ada beratus-ratus ahli Angkatan Muda yang akan berduyun-duyun mengikut buntut  Mat Ezam. Tetapi ini tidak berlaku. Angkatan Muda Keadilan telah  menghina Mat Ezam  sama seperti gerombolan United Malays National Organisation menghina Tun Dr. Mahathir bekas Presiden mereka yang keluar dari gerombolan.  Mat Ezam terkonteng-konteng dengan empat lima Pak Pacak ketika membuat  sidang akbar. Kenapa Mat Ezam seekor Wira  dikulupkan. Apa punya turrr Angkatan Muda Keadilan ini.

Ada satu perkara yang  amat-amat memilukan hati saya apabila Mat Ezam masuk ke dalam gerombolan United Malays National Organisation ini. Saya tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada kawan baik saya  si  Lokman Adam yang  bersama-sama di Kamunting dahulu. Lokman selalu ke hulu ke hilir  berceramah dan buka cerita  tentang strategi perjuangan  Parti Keadilan Rakyat. Ini  modal cari makan Lokman Adam.

Apabila  Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation  ke mana agaknya Lokman Adam nak cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama. Mat Ezam seharusnya bersimpati dengan sahabat lamanya Lokman Adam. Saya berharap mereka akan berkongsi kembali cari makan sama-sama agar sorro tidak miss.

Kelentong ke hulu kelentong ke hilir
Mat Ezam mencegah rasuah
Hujah dahulu hujah lendir
Kini Mat Ezam dah pandai rasuah.

Comments (23)Add Comment
...
written by binarytan, May 29, 2008 08:35:26
Nothing new to this move, 2 Gerakan also accepted PR posts and some BN people jumped ship.

Just wonder how much he pocketed?

Bukan Pengkhianat, just pembelot lah.

report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by Jengking, May 29, 2008 08:35:33
Ezam ialah seorang desperado politik. Seperti biasa dalam tradisi UMNO, selepas ini beliau akan ditawarkan jawatan penting dengan bergaji besar, hasil titik peluh rakyat jelata, Jangan terkejut jika beliau akan menjadi senator dan kemudian jadi timbalan menteri. What is so great about Ezam anyway....
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by slash n burn, May 29, 2008 08:42:56
Satu keputusan yang bijak. Bantu lah si Badawi tu dah nazak sangat, harapkan KJ penganggur terkaya, tu corrupt dan bodoh pula. Get rid of this cancer..
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by mypanida, May 29, 2008 09:02:10
Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas.

======================================================= ======================

you are right, sdra Hishamuddin......Umno is being oppressed and rightly needs the help of Ezam, hahahha.....


Kuburkan Umno, Hidupkan Malaysia.
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by budakindia, May 29, 2008 09:05:34
UMNO tertindas kerana tak dapat projek ker?
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by MinahManja, May 29, 2008 09:27:30
Abang Hisham,

Saya setuju pendapat Abang. Si Ezam tu join balik UMNO mesti ada hikmat dan muslihatnya.
report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by NickChan, May 29, 2008 09:51:37
Hishamuddin, you should win the Putlizer prize.
"Dia tidak melompat, dia melutut" LOllllllllllllll

Great writings
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by armyofgod, May 29, 2008 10:06:01
Walaupun aku tak kenal sapa Ezam, tak pernah dengar dia bercearamah, tak pernah bersemuka dengan, yang aku tau, cuma dengar nama sahaja...

Tapi, yang best nyer, bila dia masuk UMNO, kluar UMNO, masuk PKR, kluar PKR, masuk GERAK, ke hulu ke hilir kutuk pemimpin UMNO, kemudian masuk UMNO balik...macam sirih pulang ke ganggang lak...

Dan aku tak terkejut...orang politik memang macam tu...ari ni cakap lain, esok cakap lain.
report abuse
disagree 3
agree 9
...
written by astina, May 29, 2008 10:45:13
hissss..my precious..my precious ..
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by smpadayachi, May 29, 2008 11:50:58
Abang Hisham..you did it again..apa aku nak cakap lagi..you made it crystal clear. Terima Kasih..
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by DezMalaysia, May 29, 2008 11:58:07
Apa yang kamu merepek ni ? Pembelot ialah penderhaka ! Opportunis adalah orang yang tidak berprinsip dan sanggup menjual diri untuk kedudukan, kuasa & wang.

Simple as that... nothing more.
report abuse
disagree 2
agree 3
...
written by Commonsenses, May 29, 2008 12:59:00
Brilliant article, praise him up to the sky and bring him down to earth with a thud! Mat Ezam joined the evils he is fighting against cause the evils pretended to be mother angles.That shows Mat Ezam personality at last.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Cikgu Bedah, May 29, 2008 15:59:20
Kakakakakah!
Sebuah lagi penangan dari Brader Sham yang bisa lagi menusuk kalbu.
Tidak ku sangka cempedak menjadi nangka, Wira yang ku puja-puja dulu rupanya hanya Kancil yang menangguk di sungai ameno yang keruh.. smilies/tongue.gif
PKR is better off without what's-his-face.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by wali songo, May 29, 2008 19:54:56
Kalau dalam bidang nyanyian terdapat GENRE seperti RAP,JAZZ DAN SEBAGAINYA......Ini merupakan satu corak GENRE penulisan yang luar biasa, Tidak jemu membaca malah cukup menghiburkan..Syabas Syam satu post yang begitu bagus lagi membaguskan direct to the POINT dan cukup mengena pada sasaran terutama Pada pada Pang5 Bukit Sigantang itu...tu...C Mat Ezam.Ku sangkakan Ayam Jantan rupanya Ayam Abok Baja yang harganya RM 7.00 sekilo....Kah..kah...kahhhhhh'
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by coalminecanary, May 30, 2008 00:17:58
Tuan Hisham, your writings never ceased to amaze me! smilies/grin.gif
DO you have your own blog sir?
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by Vasily, May 31, 2008 10:36:27
Best one Comrad Bro. Sham!....but Kamarad Karl Marx was a man who willing to die with what he believed...but this guy just a pussy!!
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by conradagosy, June 02, 2008 11:29:54
Bro,
No question you are one of the finest Malay writers in the world. Your wit and sarcasm reminds me of the writings of Gore Vidal. Excellent.
Poor Ezam just won't stand a chance with this kind of attack but too bad, he has done this to himself.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by dokmat, June 02, 2008 23:05:29
Salah satu elemen aset dalam perancangan kewangan yg Robert Kiyosaki terlepas pandang ialah PERJUANGAN; satu PERJUANGAN yg dicipta dan dibaja dari mula yg telah melalui liku-liku dan ranjau juga mempunyai TEMPOH MATANGnya seperti mana hartanah dan segala bentuk pelaburan yg lain. Apabila ia matang dan ketika harganya melonjak naik,maka jualkanlah ia mengikut tawaran yg terbaik dan itulah yg Mat Ezam lakukan sebelum mencipta satu perjuangan yg baru yg mempunyai potensi yg baik utk dijual di masa2 yg akan datang pulak.

'PERJUANGAN SATU BENTUK PELABURAN'.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by SamBall, June 04, 2008 03:22:55
Mat Ezam pelacur; murah kat 2M MYR; bolih main belakang atau depan
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by mamanur, June 05, 2008 12:53:01
excellent, witty takes from abang sham.
two thumbs up
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Raizzen, June 07, 2008 08:40:12
Niceness. Witty as hell. Totally out of the box way if writing, not Ezam's box though.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by adzizie, June 09, 2008 20:08:56
Saya sungguh 'naajib' apabila terbaca surat khabar arus perdana yang mengatakan bahawa ezam masuk PAKEMBAR. Dia bukan kecik2 anak ayam, dia bapak ayam. Bapak ayam pasti harganya lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan anak ayam. Bagaimana dia sanggup memalingkan perjuangan dan bersekongkol dengan pemimpin yang selalu 'mendolah'? Hari ini tok dolah yang selalu 'mendolah' itu naikkan harga minyak. Kerongkong saya tersekat, kenapa ezam tidak 'nazzri' akan keputusan tok dolah? Itu tidak penting, yang pentingnya saya sesak nafas dengan kenaikan harga minyak ini, mungkin saya perlu jadi sebahagian dari keluarga lorong haji taib untuk menampung kos hidup. Tapi saya perlu 'toyo'kan muka dulu, baru cun..Brother hisham nak ikut saya ke takkkkk???

(p/s: siapa yang tidak paham tatabahasa yang saya gunakan, sila rujuk penulisan 'Siapa itu madamme dotty' dari Hishamuddin Rais)
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by johnT, June 26, 2008 01:53:12
Dulu Anwar cuba membersihkan najis dengan masuk kedalam tong najis. Akhirnya dia terkena kekotoran najis itu sampai mata dia lebam! Sekarang giliran Ezam pulak nak cuba. Tak apa, Biarlah dia cuba kalau dia suka.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM