A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Musuh Rakyat Sabah PDF Print
Tuesday, 27 May 2008 23:47

Rasanya kami sudah menemui musuh utama rakyat Sabah, iaitu, wakil-wakil rakyat Sabah dari Barisan Nasional di peringkat negeri dan nasional. Kami sudah terpedaya dengan kata-kata manis mereka sehingga percaya yang mereka kononnya ikhlas untuk mempertahankan hak Sabah di negara Malaysia.

Beberapa hari lalu, cadangan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin ditolak oleh Naib Speaker Dewan Negara Ronald Kiandee atas alasan yang langsung tidak munasabah. Sambutan dari wakil-wakil yang lain juga langsung tidak memberangsangkan. Anifah Aman, Bung Mokhtar Radin dan Ghapur Salleh, masing-masing tidak menunjukkan minat, atau tidak setuju yang Suruhanjaya ini patut ditubuhkan. Wakil-wakil yang sebelum ini seringkali menyuarakan rasa tidak puas hati tentang keadaan PTI di Sabah juga tidak menunjuk minat dalam cadangan ini. Apa sudah jadi sama mereka? Cakap kosong saja? Bila ada peluang untuk membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini, semua pun terdiam.

Masalah PTI ini bukan sekadar tentang masalah terlalu banyak pendatang asing, tapi ia juga melibatkan masalah pendatang yang telah diberikan kewarganegaraan Malaysia bersama dengan hak mengundi. Polisi rahsia kerajaan ini yang juga dikenali sebagai "Projek IC" atau "Projek M" bukanlah tuduhan kosong semata-mata. Terdapat banyak bukti yang kita boleh lihat di mana-mana. Contoh paling ketara ialah semasa Petisyen Pilihanraya untuk DUN Likas pada 1999. Kemenangan Yong Teck Lee dari SAPP dalam pilihanraya tersebut diisytiharkan tidak sah oleh hakim kerana terdapat banyak nama yang tidak "halal" dalam senarai pengundi di kawasan DUN tersebut. Semasa petisyen tersebut, pelbagai bukti telah dibawa masuk yang membongkarkan satu rahsia konspirasi oleh segolongan ketua dari suatu parti politik untuk memberi hak kewarganegaraan kepada pendatang asing dari Indonesia dan Philippines secara sistematik. Bukti lain juga boleh dijumpai dalam jurnal-jurnal antarabangsa seperti International Studies Quarterly. Mutalib MD juga telah menulis beberapa buku yang menceritakan tentang konspirasi ini. Apa agaknya wakil-wakil rakyat kita dan kerajaan akan buat untuk menyelesaikan isu ini?

Anifah Aman berkata dia tidak setuju untuk menubuhkan SSD ini, tapi berkata pula yang PSC ini lebih sesuai. Beliau juga berkata yang orang Sabah, kononnya, tidak mahu SD ini kerana ia tidak membabitkan wakil-wakil rakyat Sabah dalam proses penyelesaian masalah ini. Ini satu penipuan besar. Kami tidak ingin wakil-wakil rakyat ini terlibat dalam proses penyiasatan masalah PTI ini. Kami mahu satu badan bebas daripada politik untuk membuat penyiasatan. Bukan ahli-ahli parlimen atau ADUN yang sendiri mungkin terlibat dalam isu ini. Tolong jangan perbodohkan kami. Kami bukan bodoh.

Menurut Jabatan Perangkaan Negara, pada 2006, dianggarkan bahawa 25% daripada jumlah penduduk di Sabah adalah warganegara bukan Malaysia. Lebih kurang 750,000. Jikalau tuduhan konspirasi Projek IC ini adalah benar, apakah akan berlaku kepada 750,000 pendatang asing ini? Adakah mereka juga akan diberi IC suatu hari nanti? Jelas bahawa isu ini amat serius dan harus dibentangkan, disiasat, dan diselesaikan. Golongan pendatang yang menganggur harus dihantar pulang ke negara masing-masing. Isu ini juga melibatkan keselamatan negara dan bahaya puak pelampau atau pengganas.

Atas sebab-sebab di atas, kami meminta semua MP Sabah dari Barisan Nasional untuk mencadang penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu PTI ini. Kami tidak akan terima apa-apa kurang daripada ini. Kalau permintaan kami tidak dipedulikan, kami akan anggap yang kamu tidak ada niat langsung untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, kamu adalah musuh utama rakyat Sabah.

Voice of Sabah

Comments (11)Add Comment
...
written by SamYap, May 27, 2008 23:56:03
Aiya! Sekalang baru lu tahu? Kami di Semenanjung dah tahu lama ia itu politicians Sabah tidak di percayai.

Sorry lah. Tapi ada hope lagi. Kalau ada snap pilihanraya, tendang semua out dan pilih Pakatan sahaja.
report abuse
disagree 2
agree 30
...
written by rajaphillips, May 28, 2008 03:03:02
Bila pemimpin Umno bincang Sabah/Sarawak mereka geli hati dan gelak ketawa sesama sendiri kerana mereka tahu wakil Sabah Sarawak senang digoda dan disenyapkan melalui wang, kebendaan dan pelbagai janji.
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by wali songo, May 28, 2008 06:01:19
Saya bersetuju dengan post Rajaphilip.Bila saya mengikuti dari mula sidang Parlimen sehingga semalam saya amat malu dengan gelagat wakil rakyat dari Sabah terutama Bung Radin Moktar menjerit macam orang hilang akal di Parlimen....oi tak malukah.Lain pula menteri yang dilantik semuanya dah tak pandai berhujah pertuturan Bahasa Malaysia entah apa-apa.Kalau begini hancur lah harapan rakyat...?Bagaimana nak memperjuangkan nasib orang sabah dan sarawak.Lain pula Speaker yang dilantik langsung tak dapat nak kawal Dewan yang Mulia. Aduh apa nak jadi dengan negara kita ini......?Pandikar Amin nama aja hebat......Ronald lagi teruk .....apa lagi Wan Junaidi orang-orang Sri Aman amat-amat mengetahui nya...!
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by Beezee_Beezee, May 28, 2008 08:02:25
Sebagai rakyat Malaysia yang ASLI saya juga pernah menyuarakan kepada jabatan pendaftaraan WP Labuan pada suatu masa dulu kepada pegawai-pegawainya dengan memberi salinan kad pengenalan yg dipunyai pekerja sewasta [office cleaner] dan didapati tuan punya IC tersebut sudah pun meninggal dunia tetapi soalnya bagai mana seseorang itu mendapat IC SABAH...ini berlaku dalam tahun sembilan-puluhan.....
Diharap kerajaan BN akan menyahut panggilan rakyat ini agar SuruhanJaya DiRaja ditubuhkan seberapa segera.
Memandangkan keaadaan yg terlalu pesat membangun diSabah ini akan mencetuskan pelbagai masaalah hadapan rakyat SABAH.
Kerajan juga diminta menubuhkan plan tindakan untuk menyisat semua Jabatan-Jabatan Pendaftaraan seperti di Labuan, Kuala-Penyu, Keningau, Beaufort, Sipitan, Sindumin dan dilain-lain pejabat diSabah.
Disini lah terdapat pegawai-pegawai yang membolihkan kerja kerja pembikinan IC atau MyKad.
Kerajaan juga perlu perihatin terhadap orang-orang tempatan yg terlalu kebelakan kehidupan mereka disebabkan PTI.

report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by grant, May 28, 2008 08:51:11
i guess i was spot on when i said the BN MPs in Sabah go where the money goes... talk is cheap, everyone can talk, when it comes to action, nothing is to be seen.. these politicians should be buang negeri for treason...
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by asguard, May 28, 2008 08:53:15
Alasan yang kukuh boleh ditanya kenapa mereka nak pendatang indonesia serta filipina masuk sabah adalah disebalik untuk menancing undian rakyat asing ...supaya mereka boleh terus menguasai sabah untuk satu tempoh yang lama sekali.. ini jawapan UMNO - BN ini kerana mereka tidak percaya rakyat tempatan yang sering tukar kerajaan negeri......
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by CitizenBodohland, May 28, 2008 10:16:02
Rakyat Sabah yang ORI mempunyai banyak musuh sebenarnya.

Ada orang dalam Bee Kay Enn bagitau pada setiap pilihanraya, ADUN dan MP akan dapatkan khidmat depa. Depa pulak akan hubungi ejen-ejen atau ketua-ketua kampung di pulau-pulau Filipina yang berhampiran untuk dapatkan orang. Bila dah kumpul orang, mereka akan masuk Malaysia. Duduklah kat mana-mana kawasan yang Bee Enn goyah. Es Pee Ar, Jay Pee Enn dengan Bee Kay Enn akan berkerjasama untuk mendaftarkan mereka sebagai warganegara dan pengundi. Sebab itu terdapat kes 20 hingga 30 orang didaftarkan kat satu alamat. No Siri di kertas undi akan menentukan samada mereka pangkah siapa. Kalau menang, tidak menjadi hal. Kalau kalah, setiap kertas undi yang melibatkan PTI ini akan diteliti semula. Kalau terbukti mereka tidak setia, mereka akan diserbu dan dihantar balik semula ke negara asal.

Sebab pendaftaran haram ini berlaku ialah gara-gara Mahafiraun dulu kena kencing dengan Pee Bee Ess sebelum pilihanraya di mana Pee Bee Ess keluar Bee Enn. Kalau ikutkan dulu Pee Bee Ess dah nak bawak Sabah keluar Bodohland. Tapi tak jadi pasai Sarawak yang jadi rakan komplot pada permulaannya tiba-tiba berpaling tadah di saat akhir. Sarawak berpaling tadah sebab Bee Enn menawarkan kuasa autonomi/kuasa ekonomi yang lebih kepada mereka. Sebab itu See Emm Sarawak powerful la ni. Syarikat Semenanjung mana boleh senang-senang masuk. Bukan macam di Sabah.

Balik kepada cerita Pee Bee Ess kencing Mahafiraun. Demi untuk mengelakkan Pee Bee Ess kencing lagi, Mahafiraun mengumumkan Ameno akan ke Sabah. Bila Ameno dah bertapak, maka Projek IC pun dijalankan bagi memperbanyakkan ahli Ameno Sabah. Sebab itu Ameno Sabah, MACAM - MACAM ADA. Ada Timorese, Suluk dan Bajau Filipina, Bugis Sulawesi dan banyak lagi.

Jadi, Rakyat Sabah ada banyak musuh utama sebenarnya.

Jay Pee Enn.
Ess Pee Arr.
Bee Kay Enn.
Ameno.
Pee Bee Ess (bersekongkol semula dalam Bee Enn).
PTI yang dihalalkan (yang telah jadi kaya-raya kerana Ameno prihatin dengan jasa mereka)
Lain-lain yang sewaktu dengannya.
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by charli88, May 28, 2008 14:14:17
Pilih UMNO/BN di Sabah = hilang lah Sabah. Project IC give UMNO/BN short term gain and long term losing Sabah to Mindanao. Bad intention always end up with bad result. Good example just look what's happening within component parties in BN. May God bless TDM to live longer to see for himself the outcome of his self-interest policies.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by nangkarajah, May 28, 2008 16:58:16
i guess i was spot on when i said the BN MPs in Sabah go where the money goes... talk is cheap, everyone can talk, when it comes to action, nothing is to be seen.. these politicians should be buang negeri for treason...
------------------------------------


I say man! True lah what you say. Not only Sabah but Sarawak BN MPs also are the same.
They are all KOMANDOS extremely WELL-REWARDED (far more than any humans on this small earth) and therefore UTMOSTLY (like nobody on earth) loyal to their 2 EAST MALAYSIAN BILLIONAIRE king-pin warlord power-broking WARLORDS.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by nangkarajah, May 28, 2008 17:10:16
i guess i was spot on when i said the BN MPs in Sabah go where the money goes... talk is cheap, everyone can talk, when it comes to action, nothing is to be seen.. these politicians should be buang negeri for treason...
------------------------------------


I say man! True lah what you say. Not only Sabah but Sarawak BN MPs also are the same.
They are all KOMANDOS extremely WELL-REWARDED (far more than any humans on this small earth) and therefore UTMOSTLY (like nobody on earth) loyal to their 2 EAST MALAYSIAN BILLIONAIRE king-pin warlord power-broking WARLORDS.
----------------------------------------


This is what happen when a government on life-support's MAJORITY comes from East Malaysian BN MPs. In Semananjung Malaysia BN and PR is 50-50. Life-support for this weak gov't is provided by East Malaysians under the two billionaire warlords. As everyone knows, a person on life-support is at certain people's mercy. They can turn the life-support OFF if you don't give them what they demanded. Your destiny is in THEIR HANDS. They (minority of only 15 per cent of population) now call the shots. Now is completely different. Now, NO MORE West Malaysians (majority of 85 per cent of population) calling the shots since independence 51 years ago
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by kasising, May 29, 2008 10:24:48
saya pikir barisan menang di sabah sebab 2 perkara

1. pengundi hantu, pendatang asing tanpa izin (pati)
2. banyak rakyat jati sabah bekerja di tempat lain (semenanjung, sarawak, luar negara) - harus diingat majoriti sabahans yang bekerja di semenanjung adalah diperingkat bawahan seperti security guard, tukang masak, cleaner, gantung gantung tada kerja dan sebagainya. Jadi tada duit untuk beli tiket semasa pilihanraya lepas.

Saya ingat kebanyakan kawasan pengundian barisan nasional cuma menang simple majority. Contohnya di kawasan saya barisan menang 200 simple majority. Saya mempunyai kawan2 sedaerah dengan saya sebanyak lebih kurang 50 orang yang saya kenal bekerja di semenanjung dan tidak dapat balik mengundi, walaupun hati ingin balik. Itu belum termasuk yang saya tidak kenal dan daripada kawasan2 mengudi yang lain. Dan harus diingat, kami yang berada dan bekerja di semenanjung ni adalah kerana terpaksa, dan walaupun kami boleh dikategorikan dalam kategori urban poverty, kami kebanyakannya terdedah kepada alternative media, dan kami tahu tentang apa yang sedang berlaku di dalam negara, mana yang betul dan mana yang salah.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM