|
Batu puteh: Bodohnya kita |
|
|
|
Sunday, 25 May 2008 22:29 |
|
Surat dari Pemangku Setuausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikeluarkan pada tahun 1953 telah cukup menimbulkan keraguan [Rujuk SINI].
Ianya kerana surat tersebut boleh diterima sebagai bukti sedangkan Jawatan tersebut tidak layak untuk berbicara tentang soal hak tanah dan negara. Kecualilah ianya datang dari Kesultanan Melayu dan Pemimpin Negara. Namun selepas itu ada pula cerita baru tentang kehilangan surat asal pemilikan Pulau Batu Puteh, yang kononnya menjadi harapan untuk memiliki pulau itu. [Rujuk SINI]. Tiba tiba dan hilang dan sekarang ianya sudah lenyap. Kita disedapkan hati oleh media media untuk menerima keputusan ICJ dengan harapan tiada timbul rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan yang bakal di perolehi. Tetapi sesungguhnya semakin kita membaca, maka timbul curiga samaada Kehilangan Pulau Batu Puteh dari Peta Malaysia adalah kerana keputusan Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) semata mata atau ada pihak yang sememangnya menjual harta kepada negara asing. READ MORE HERE
|