A+ | A- | Reset
Home

Isu krew kabin wanita tidak dapat sokongan Shahrizat PDF Print
Monday, 07 January 2008 07:58

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kesatuan Pekerja-Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyokong usul penambahbaikan kebajikan krew kabin wanita yang diperjuangkan pihaknya.

Presiden MASEU, Alias Aziz berkata, antara cadangan yang akan dikemukakan adalah kebenaran bersalin sehingga lima kali dan melanjutkan usia persaraan kepada 55 tahun.

Katanya, perkara itu merupakan antara tuntutan yang akan dikemukakan dalam perjanjian bersama (CA) baru pada Ogos ini.

“Dulu mereka tidak dibenarkan mengandung, sekarang sudah boleh sampai tiga orang anak dan apabila CA tamat pada bulan Ogos kita akan mohon penambahan kepada lima orang pula.

“Begitu juga dengan usia persaraan, sekarang krew kabin wanita akan bersara pada umur 40 atau 45 tahun, kita mahu ia diubah kepada 55 tahun sebagaimana kakitangan yang lain.

“Kita berharap Datuk Seri Shahrizat bersama-sama kita untuk mempertahankan hak krew kabin wanita, sebelum ini kita pernah berdukacita kerana ada cadangan berkaitan kebajikan mereka tidak mendatangkan hasil,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas hasil kajian dua penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menyatakan industri penerbangan negara ini masih mengamalkan diskriminasi kepada wanita.

Diskriminasi gender itu dikatakan berlaku melalui polisi terhadap wanita berkahwin, hamil, berat badan dan umur persaraan. UTUSAN

Comments (2)Add Comment
...
written by amus, January 07, 2008 12:04:37
put it this way lah... we pay so much for the MAS tickets to be served by a 50yo nanny ka? aduooiii! might as well naik tambang murah. stewardess cantik bermini skirt lagi. semua muda2.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by dassky2000, January 07, 2008 13:43:34
I am a 120kg male, and should I be on a flight and go through physical difficulties, can a 45 or 55 year old woman Stewardess give me a helping hand? No offences please, but it is true, she will not be able to react immediately to such incidents as she would when she was younger.

I would suggest that, they be transferred to office/ ground work when they reach a certain age. A mother of five cannot be put to a trail like lifting a120kg dead log male out the plane or even to sit him back onto his seat.

Please ladies do not take my comment as an insult to womenhood.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM