A+ | A- | Reset

MB Negeri Sembilan makin gilakan populariti PDF Print
Wednesday, 19 December 2007 01:27

Harakahdaily

Di saat rakyat Negeri Sembilan makin terhimpit di atas kenaikan harga barang ditambah dengan laporan defisit paling tinggi dalam sejarah iaitu RM 106.5 juta dalam anggaran Belanjawan 2008, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan makin ghairah dalam menonjolkan imej beliau yang makin tenggelam dan terpinggir.

Beliau yang hanya mendapat sokongan ahli keluarga dan bukan sokongan dari ahli Umno Negeri Sembilan terpaksa mengikut jejak langkah mentor beliau, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kesayangan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga gilakan glamour dan populariti.

“Mohammad Hassan memberikan alasan bahawa defisit yang tinggi dalam anggaran Belanjawan 2008 adalah kerana keperihatinan kerajaan Negeri Sembilan dalam meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat Negeri Sembilan.

"Namun itu hanyalah retorik kosong yang terhambur dari mulut busuk seorang ahli politik UMNO, padahal setelah sedar kedudukan beliau dalam UMNO Negeri Sembilan sudah goyah apatah lagi gelombang yang ingin membawa Isa Samad (Bekas MB Negeri Sembilan) makin kuat, beliau terpaksa mempromosikan diri beliau habis-habisan," kata Norazizi, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Teluk Kemang.

Sebelum ini, seorang MPT KeADILan, Badrul Hisham Shaharin telah mendedahkan tentang sikap Mohammad yang gemar membazirkan duit rakyat dengan membuat promosi terhadap diri sendiri, namun tidak ada tanda yang Menteri Besar Negeri Sembilan ini ingin menghentikan tabiat buruka itu.

Terbaru Mohammad Hassan dikatakan sibuk mempromosikan lawatan kerja beliau ke Taman Ular Sawa, Ulu Bendul di Kuala Pilah pada hujung bulan Disember ini. Dipercayai ini adalah promosi akhir tahun beliau sebelum menyambut tahun 2008.

"Bayangkan daripada Port Dickson hingga ke Kuala Pilah, setiap tiang elektrik, tiang lampu dan tiang lampu isyarat digantung dengan 'bunting' tentang lawatan kerja Mohammad Hassan ini, adakah ini tindakan berhemah dari seorang bekas ahli koperat?

"Apa pentingnya Ular Sawa tu hinggakan Mohammad Hassan terpaksa berhempas pulas buat promosi besar-besaran? Dah terdesak sangatkah?," katanya.

"Rakyat Negeri Sembilan harus bijak berfikir, agaknya berapakah duit rakyat dihabiskan untuk membuat 'bunting' lawatan kerja Mohammad Hassan itu," katanya.

Juteru, rakyat tidak ada pilihan lain lagi selain daripada menolak kepimpinan Mohammad Hassan yang jelas mengheret rakyat Negeri Sembilan demi menjamin kelangsungan politik beliau dalam Umno dan kerajaan Negeri Sembilana, ujaranya.

Comments (4)Add Comment
...
written by gloryredstar, December 19, 2007 12:04:05
Mugkin MB ingat dia handsome sangat kut. Tengok muka dia put nak muntah.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Bukit Chandan, December 19, 2007 15:01:49
We confer our agreement to protect and support the PM if he restores the original rights and powers of the DYMM SPB YDPA and the Conference of Rulers as originally constituted in the Constitution of Malaysia which was removed by Dr Mahathir then. This will restore the Dignity and Sovereignty of the DYMM SPB YDPA and the Conference of Rulers. Furthermore, the PM is the 3rd highest authority in the country after them. Until then, he is on his own. The other objectives can come later in stages.

Best Regards.........
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Equal, December 19, 2007 23:06:19
Our government leaders just don't know and don't care about where our government got its money. It is the rakyat's money. The chinese say " blood sweat money " of the rakyat. So our leaders should spend wisely with the rakyat's money. They are going to answer for it when they kick the bucket. So to our leaders get ready your answers before it is too late.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Anak Desa, December 25, 2007 02:08:09
The Country has gone to dogs as there is no accountability ,responsibility and trustworthy when handling Rakyat s money. They are using the national and state treasury as their piggy bank. A lot of wastages... No action taken against the wrong doers.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM