A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Adun BN habiskan 90.1% peruntukan dalam masa dua bulan - MB

Adun BN habiskan 90.1% peruntukan dalam masa dua bulan - MB PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 24 May 2008 09:38

(Harakah) - Setiap wakil rakyat kerajaan BN Selangor diberi peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 untuk kawasan masing-masing, namun apa yang menghairankan angka perbelanjaan setiap Dun menunjukkan jumlah yang sama.

ImageMenteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikaikan jumlah perbelanjaan setiap wakil rakyat BN, di antara RM492,800 dan RM529,800.

Beliau turut menyebut 54 Dun telah menggunakan peruntukan tahunan itu dalam tempoh yang singkat sebelum Mac 2008.

Menurut Khalid, di antara Dun yang membelanjakan sehingga RM529,800 ia ialah, Sri Setia, Kota Anggerik, Seri Andalas, Sementa, Sabak, dan Sungai Panjang.

Tambahnya, Dun yang membelanjakan sebanyak RM492,800 pula antaranya ialah Subang Jaya, Pelabuhan Kelang, Batu Caves, Pandan Maran, Seri Pinang, Lembah Jaya, Dusun Tua, Sepang, Dengkil, Ulu Selangor, Ulu Bernam, dan Sekinchan.

Katanya, Seri Kembangan, Serdang, Gombak Setia, Hulu Kelang, Taman Templer, Gombak, Kajang, Bangi, Chempaka, Hulu Langat, Bukit Antarabangsa, adalah antara yang telah membelanjakan kesemua peruntukan itu.

"Saya pun hairan, mengapa angka-angka peruntukan ini sama," celahnya semasa menjawab soalan yang dikemukakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sesi soal jawab pagi tadi.

ImageKhalid juga memberitahu, jumlah keseluruhan peruntukan yang dibelanjakan oleh wakil rakyat BN itu kira-kira RM26.6 juta dan bakinya sehingga akhir Mac 2008 sebanyak RM2juta.

"Dari segi peratusan, sebanyak 90.16 peratus daripada peruntukan telah dibelanjakan," katanya.

Bagaimanapun, Khalid turut mempertikaikan Speaker Dewan Undangan Negeri yang bukan Adun telah membelanjakan RM600,000.

Justeru, beliau berkata, perkara itu harus dibincangkan di bawah Jawatankuasa Terpilih Akauntabiliti supaya dapat belajar bersama-sama bagaimana kegunaan wang itu dibelanjakan.

"Kita kena ambil serius tentang saranan Tuanku Sultan yang meminta kita berbelanja secara hemat dan berjimat demi masa depan rakyat Selangor," katanya.

Comments (7)Add Comment
...
written by ilovepakatan, May 24, 2008 09:44:16
This picture again is dedicated to TOYOL! smilies/grin.gif


Source: http://bolehjokes.********.com/
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by DannyLoHH, May 24, 2008 09:47:03
Syabas! Bentangkan lagi perbuatan ADUN BN Selangor yang boros dan berbau rasuah. Biarlah rakyat putuskan sendiri sama ada BN itu boleh dipercayai.
report abuse
disagree 2
agree 13
...
written by temanmu, May 24, 2008 19:22:51
Semua kontrak yang ada kesan rasuah mesti dibubarkan.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Lipanbara, May 24, 2008 20:47:44
Pls name them also not the DUN only. Shame them for the wrong doings! It's Pay back time by the rakyat!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by PakPandir, May 24, 2008 23:19:07
This is zero accountability ... hang the culprits
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by myvoice, May 25, 2008 00:56:06
Unbelievable...how can such big rakyat money can be spent out so wisely? Only an idiot (otak udang) or orang gila will believe that the spending is justified, and this idiot will be non other that k toyol itself....PR please take action...dont just talk only...we rakyat want not only kata-kata but action!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by CPY, May 25, 2008 09:55:47
Pernahkah anda mendengar satu hujah 'undi dacing dapat cacing'. smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM