A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Siasat 'kehilangan' RM3b royalti T'ganu

Siasat 'kehilangan' RM3b royalti T'ganu PDF Print E-mail
Posted by Super Admin   
Friday, 23 May 2008 09:29

(Malaysiakini) - Misteri "kehilangan" RM3 bilion wang royalti petroleum Terengganu dilaporkan kepada polis selepas ia disyaki melibatkan penyelewengan dan rasuah.

"Saya percaya telah berlaku suatu penyelewengan dalam pengurusannya dan ia mempunyai unsur-unsur jenayah yang perlu disiasat," kata Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dalam aduannya hari ini.

"Sebagai rakyat Terengganu, saya mempunyai hak dan tanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis tentang kehilangan RM 3 bilion tersebut yang merupakan kehilangan wang secara misteri yang tidak sepatutnya berlaku di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan yang amanah," kata pengerusi Mampat, Mohd Fauzi Abu Samah.

terengganu oil money petrolLaporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu pagi tadi.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Fauzi menambah, keraguannya timbul selepas membaca kenyataan beberapa pihak di akhbar baru-baru ini, termasuk menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Kedua-dua tokoh ini dilaporkan tidak tahu-menahu "kehilangan" wang sejumlah itu selepas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirsham Aziz mendedahkan di Dewan Rakyat minggu lepas bahawa negeri itu menerima RM7.3 bilion daripada Petronas.

Ahmad dilaporkan berkata Terengganu menerima RM4.3 bilion sahaja selama tiga tahun bermula 2004, selepas kerajaan negeri berjaya ditadbir semula oleh BN daripada PAS.

Sementara Idris, yang memimpin negeri itu dalam tempoh tersebut, pula mendakwa beliau tidak mengetahui jumlah sebenar wang kerana ia diuruskan oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri "hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun" dalam tempoh tersebut.

"Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fauzi berkata Mampat akan membuat aduan isu tersebut kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak lama lagi.

ahmad said idris jusoh terengganuBadan gabungan ini turut melancarkan 'Kempen Selamatkan Royalti Terengganu, Kembalikan Hak dan Maruah' di Kuala Terengganu pada Sabtu ini.

"Riben hitam putih dan pelekat percuma akan diedarkan di samping mengambil tandatangan sokongan daripada rakyat Terengganu," katanya.

"Mampat juga bercadang mengembangkan kempen ini ke seluruh negara khususnya kepada anak Terengganu di Lembah Klang. Mampat mengalu-alukan keterlibatan NGO atau individu yang sedia bekerjasama bagi menjayakan kempen ini."

Mampat antara kumpulan penting berkempen untuk Ahmad dan menyokong pihak istana ketika wakil rakyat Kijal itu berdepan dengan krisis perebutan jawatan menteri besar Mac lalu.

Sebulan selepas dilantik menteri besar, Ahmad menggesa wang royalti 5 peratus diserahkan kembali kepada Terengganu daripada kerajaan persekutuan.

Wang ini ditadbir kerajaan pusat mulai 2000 dengan nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan".
Comments (4)Add Comment
...
written by ralverd, May 23, 2008 09:31:33
Remember Badawi's villa in Australia? Part of the money went there. Now you know who to vote for next election.
report abuse
disagree 0
agree 8
Votes: +8
...
written by DannyLoHH, May 23, 2008 10:07:01
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua patut berasa berang terhadap "kehilangan" dana awam yang berbilion-bilion ringgit, kehilangan 3 bilion ringgit ini bukan isu negeri Terengganu sahaja tetapi merupakan satu isu yang ada kesan terhadap seluruh Malaysia.

Kita patut mendesak kerajaan untuk membuat siasatan yang lanjut dan keseluruhan terhadap semua insiden "kehilangan" wang yang mempunyai unsur-unsur penyelewengan. Individu-individu berkenaan harus disiasat, dihadap ke mahkamah, dan dipenjarakan jika didapati bersalah.

Kita kena mewujudkan budaya akauntabiliti dan menghapuskan budaya rasuah yang bermaharajarela di masyarakat Malaysia kini.

Di Malaysia, kita terdapat terlalu ramai pemimpin-pemimpin yang telah mengkhianati kepercayaan kita kepada mereka untuk menguruskan dana awam dan wang rakyat. Satu per satu, mereka ini patut diheret ke mahkamah dan dibicarakan supaya kita dapat tahu seburuk mana keadaan dan sejauh mana penyelewengan telah berlaku.

Mereka yang mempunyai imej awam rasuah patut didesak meletak jawatan serta-merta, supaya siasatan dapat dibuat tanpa pengaruhan kuasa mereka seperti apa yang berlaku di negara maju seperti UK, Jepun, dan Amerika. Di negara-negara tersebut, pemimpin yang dituduh "kotor" akan didesak ditangguhkan jawatan mereka supaya siasatan lanjut dapat dilaksanakan. Malangnya budaya tersebut tidak wujud di Malaysia.
report abuse
disagree 0
agree 7
Votes: +7
...
written by Jin bedil, May 23, 2008 12:39:46
Cuba ingat ingat kan,

1. Projek tukun tiruan di Teganu RM20Mil habis diguna. Apa cerita Tukun? Ada kesan ke? Adakah nelayan Teganu dapat tangkap ikan lebih dr RM20Mil? Kaly RM20mil bagi sbg subsidi bot kan bagus. Siasat siapa terlibat!!!

2. Signboard Mosun Cup. Siapa buat?

3. Signboard Pulau Bidong, bunyi kabar RM50 ribu. Buat dgn Emas, perak kot. Siapa pasang?

Siapa tahu tulong tambah lagi list ni.

Mak Deris dok mana loni? Relek kat resort home di oversea ke? 70 keturunan pon tak habis makan...... hebat puok puok ni.
report abuse
disagree 0
agree 2
Votes: +2
...
written by Lipanbara, May 23, 2008 13:48:28
PR MP should raise in Parlimen why no action from the police on the seditious remarks by Pak Lah. Well they reported about karpal, now let's see in the open their double std policy
report abuse
disagree 0
agree 1
Votes: +1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Order T-Shirt Now!

SUPPORT RPK


 

Abolish ISA
 
 
RPK: Lost Freedom
56 days 2 hours 10 mins
(12Sep2008 13:10 to 07Nov2008 15:20)

 

bloggers against ISA
magic mirror ad

URL Ads

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Global Media Channel  A leading alternative media channel with more alternative ways of presenting freedom of speech and real facts that the prime media won't dare publish.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Wellness Industry Is Booming!  Learn how you too can own a low capital home-based business to generate extra supplemental stream of income by using internet for these challenging economic times. You may earn RM1K up to RM10K a month working only 5-10hrs/week. Full system provided.

Home Based Business  Earn extra income $5000-$10,000 monthly, 24 hours a day. Just working part/full time from the comfort of your home. Legitimate business, have a most powerful product in the world. Register for FREE first to save your position in this powerful system.

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM