A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Najib janji bina masjid, BN roboh masjid PDF Print
Sunday, 06 January 2008 09:43

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Jan 04, 08 | 5:03:03 pm MYT

 

Bernama melaporkan, kerajaan pusat berjanji akan menjadikan Kelantan sebagai pusat ketamadunan Islam yang terbilang sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali menerajui negeri itu daripada PAS selepas pilihan raya umum nanti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah awal dalam memperkasakan Islam ialah membina masjid kerana ia menjadi pusat tauhid kepada perkembangan Islam.

Beliau berkata walaupun sehingga kini BN masih belum memerintah Kelantan namun langkah membina masjid tetap diberi keutamaan sekalipun tewas pada pilihan raya umum dan jika BN menang projek memperkasakan masjid akan menjadi lebih lancar.

"Harap menanglah kerana ia akan melancarkan proses pembinaan masjid dan mempercepatkan pusat tamadun Islam di Kelantan," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah masjid baru An-Nur, Guchil hari ini.

Melihat kepada janji pilihanraya Najib ini, kenyataan Timbalan Presiden Umno itu perlu dinilai semula dengan beberapa fakta yang mungkin boleh dimanfaatkan rakyat Kelantan sebagai 'pedoman pilihan raya'.

Di negeri yang diperintah BN, meskipun masjid dibina hampir setiap tahun, namun usaha memakmurkannya sukar dilihat, hatta program keagamaan pun disekat dengan pengklasifikasian yang mengikut selera mereka.

Di negeri yang diperintah BN juga seperti di Selangor, beberapa surau yang hidup dengan program keagamaan dihapuskan kerana bagi mereka ianya ada kaitan dengan pembangkang.Masjid hanya penuh pada bulan Ramadan, hari Jumaat atau hari kebesaran sahaja, selebihnya hanya tinggal imam dan siak masjid sahaja.

Antara surau yang pernah dirobohkan ialah Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau Kampung Berembang, penutupan Surau Al-Ikhwan di Puchong Perdana selain Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas dan meroboh Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas; Masjid Al Hidayah Kelana Jaya, Masjid Al Munawwarah Shah Alam, Surau Ar Rasyidin Gombak dan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya..

Selain itu, pada 17 April 2006, Surau Seksyen Dua, Taman Bandara Puteri Jaya (Sungai Petani) yang masih dalam pembinaan dirobohkan.

Pada 26 Mei 2005, Masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal dirobohkan.

Semua surau dan masjid yang diroboh ini adalah surau dan masjid yang sebelum ini aktif menjalankan program keagamaan yang tidak pernahpun disinggahi Najib.

Justeru pada pandangan penulis, rakyat Kelantan tidak terpengaruh dengan 'hadiah' pilihan raya yang ditawarkan Najib ini memandangkan di Kelantan sendiri, Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri adalah orang yang sering memakmurkan masjid-masjid dan surau-surau dengan memberi tazkirah, mengimami solat dan berkhutbah.

Jika masjid baru hendak dibina di Kelantan, penulis percaya yang akan memakmurkan masjid ini antaranya Tuan Guru Nik Aziz sendiri yang sudah biasa dengan rutin tersebut baik semasa menjadi Menteri Besar mahupun sebelum mengepalai Kelantan.

Begitupun, penulis tidak pernah mendengar Timbalan Perdana Menteri 'mengimami' solat mahupun membuat takzirah, jauh sekali membaca khutbah. HARAKAH

Comments (4)Add Comment
...
written by rayden chan, January 06, 2008 10:45:37
I think this is somesort of Marketing skill...but i doubt that BN are good in Marketing.. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by IbnAbdHalim, January 06, 2008 15:28:40
Banyak masjidpun nak buat apa kalau banyak tiang dari jamaahnya. Kat Selagor UMNO sibuk meroboh masjid dan surau. Nak ceramah dan mengajar agamapun susah sebab perlu permit UMNO. Ramai penceramah dan utaz berwibawa tak dapat mengajar dan berceramah sebab UMNO takut pada bayang-bayang sendiri.

Janji-janji nak bina banyak masjid jika menang di Kelantan merupakan projek untuk kroni. Dah menjadi rahsia awam semua projek dijalankan melalui runding terus tanpa tender. Jadi akan bergembiralah para kroni menunggu projek datang menggolek. Semuanya merupakan agenda membuncitkan kocek masing-masing.

Harap-harap rakyat Kelantan tak terpedaya dengan madu beracun Najib sebab setahu kita UMNO hanya berjuang untuk menegakkan syiar Islam jika ia menguntungkannya, tapi syariat diketepikan.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by hiro, January 06, 2008 20:13:24
OMG... I'm so totally rolling my eyes reading this... Pusat Tamadun Islam? Is that how UMNO wants to fight PAS? So if PAS secures more seats at the Parliamentary level, UMNO will actually go for collateral damage (as in all non-Malay-Muslims can go fly kite for all it cares) and claim that it has the best plan to turn Malaysia into an Islamic State?

In that case, we must not only reject UMNO but PAS as well, unless either of them are prepared to step back into the secular reality of our Constitution.
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by asguard, January 08, 2008 09:04:57
UMNO ada banyak pertunjukan wayang kuilt serta sandiwara yang belum pernah lagi ditujukan oleh sebab itu mereka pun dah bermula... kerana pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Daripada isu semasa sampai hal-ehwal agama.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM