|
BN tidak mampu pastikan wakil rakyat bersih |
|
|
|
Sunday, 06 January 2008 09:26 |
|
PEKAN 5 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sentiasa meneliti latar belakang ahlinya yang hendak dipilih menjadi calon pilihan raya.
Bagaimanapun kata Timbalan Perdana Menteri agak mustahil untuk parti itu menyelidik semua aktiviti yang dijalankan oleh mereka. ‘‘Biasanya kita melihat kepada rekod seseorang untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat tetapi tidak mungkin kita dapat tahu segala-galanya,” katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad di sini hari ini. Beliau mengulas peletakan jawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek Rabu lalu selepas mengaku lelaki dalam rakaman video aksi seks adalah dirinya. Mengulas lanjut, Najib berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman video seks tersebut kepada umum. UTUSAN
|
Oleh itu, TPM tak perlulah cuba menjelaskan apa-apa tentang kebersihan wakil rakyat kita. Berita basi dah.