A+ | A- | Reset
Home

Tindakan keras atas yang langgar hak individu PDF Print
Sunday, 06 January 2008 09:14

PEKAN 5 Jan. – Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berhubung pelanggaran hak individu supaya tindakan yang lebih keras dapat diambil terhadap pihak yang mengganggu hak peribadi seseorang termasuk pemimpin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, undang-undang seumpama itu telah wujud dan dilaksanakan namun hukuman terhadap pihak yang mengganggu hak persendirian tidak begitu keras.

‘‘Setahu saya sudah ada undang-undang, sesiapa yang melanggar hak individu dari segi privacy boleh didakwa.

‘‘Bagaimanapun hukuman yang lebih ketat belum ada lagi. Kita tengok dulu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad di sini hari ini.

Beliau mengulas peletakan jawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek Rabu lalu selepas mengaku dirinya ialah lelaki dalam rakaman video seks yang diedarkan di Muar dan Batu Pahat, Johor oleh pihak tertentu.

Susulan pengakuan itu, Soi Lek melepaskan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan parti serta Ahli Parlimen Labis.

Mengulas pelantikan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan, Najib memberitahu, pemilihan tersebut adalah sesuai selepas Perdana Menteri menerima cadangan parti tersebut.

Tegasnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai pertimbangannya tersendiri sebelum memutuskan Ka Ting yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memangku jawatan tersebut.

‘‘Beliau (Ka Ting) boleh menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Menteri Kesihatan selain tugas utamanya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” jelas beliau. UTUSAN

Comments (2)Add Comment
...
written by gloryredstar, January 06, 2008 10:02:06
The government seems to view the invasion of one's privacy now as the victim is one of their guys. How about the practice of human rights abuse upon their own citizens which is against the Geneva Convention?
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Sophia, January 06, 2008 19:51:35
Double standards!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM