A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow Tolong jangan hina Mahathir

Tolong jangan hina Mahathir PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 20 May 2008 09:13

Image

Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah seorang pejuang nasionalis bangsa Melayu yang begitu gigih, menangis-nangis dan telah bermati-matian berjuang untuk menaikkan taraf ekonomi bangsa Melayu.

DARI JELEBU 

Tiba-tiba saya menerima satu panggilan telefon dari Pulau Pinang. Si pemanggil ialah Bakal Awek saya, seorang Minah cun yang bukan anak Mamak atau anak Mami. Dia memberitahu yang dia baru pulang dari Kedah kerana menghadiri diri  dalam satu perhimpunan United Malays National Oganisation yang bersunat dan bukan perhimpunan haram yang tidak bersembelih.

Bakal Awek saya ini telah mengkongfirmkan berita bahawa Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Malaysia kita semua telah ‘terberak dalam seluar… opps .. telah meninggalkan parti United Malays National Organisation’.

(Bakal Awek saya ini adalah agen yang saya upah untuk mengekori ke mana sahaja bekas Perdana Menteri kita ini menjelajah) .

Apabila berita itu saya terima maka saya ingin memberi ingatan kepada pembaca dan seluruh warga Malaysia:  Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.

Tolong jangan panggil dia Mamak Kutty. Tolong jangan buka cerita asal usul keturunan Keralanya. Jangan beritahu sesiapa pun tentang ‘application form’ nya ke King Edward College di Singapura yang  bertulis: Mahathir s/o Iskandar Kutty.  Sila jangan minta lihat borang ini yang masih tersimpan di pejabat Tengku Razaleigh.

Beberapa minit kemudian, saya  menerima satu lagi panggil telefon. Kali ini dari junior saya di Malay College Kuala Kangsar. Pada pagi cuti Hari Wesak ini junior saya ini  ternampak Rafidah Aziz meluru keluar dari kedai dandan rambut. Kasut tinggi tumit Rafidah terpatah. Menurut junior saya ini Rafidah Aziz telah menjerit-menjerit  ‘why…why.. sir  ? Why did you do  this... sir.. ?  Rupa-rupanya si pendandan rambut itu telah membotakkan kepala Rafidah.

Junior saya di MCKK ini juga  telah memberitahu bahawa Rafidah kini sedang memacu kereta ‘four wheel drive’ nya untuk pulang ke Kuala Lumpur menuju ke Country Heights. Saya difahamkan si Rafidah Aziz ingin ke rumah Tun Dr. Mahathir untuk meminjam rambut palsu Datin Siti  Hasmah.

Tolong jangan hina Mahathir.

Saya juga menerima satu panggil dari Berlin, kenalan lama saya seorang wartawan di  Frankfurter Allgemeine Zeitung ingin mendapat pengesahan  - apakah betul Tun Dr. Mahathir Muhamad telah meninggalkan  United Malays National Organisation? Wartawan ini juga ingin tahu sama ada laporan AFP yang mengatakan bahawa Mahathir Muhamad akan memasuki parti KIMMA betul atau tidak?

Saya sebagai warga Malaysia yang bertanggung jawab lagi ingin menjaga martabat kemelayuan dan ketuanan Melayu telah mengesahkan dengan sedih medih lagi pilu di hati bahawa memang betul lagi tepat Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty telah meninggalkan United Malays National Organisation. Sayangnya, kemungkinan beliau memasuki parti KIMMA seperti yang dilaporkan oleh AFP itu masih belum dapat saya pastikan.

Tolong jangan hina Mahathir. Dan tolong jangan gunakan ayat-ayat  kitab-kitab suci atau merekrut Yang Maha Esa dalam hal ini. Sila jangan hantar sms dengan ayat-ayat berbunyi seperti: Jika tuhan ingin membalas seseorang maka terlebih dahulu dia akan menjadikan orang itu gila.

Tolong jangan ulangi dan jangan disebarkan satu cerita lucah yang berpunca dari Presiden Habibi dari Indonesia. Cerita ini telah tersebar luas pada zaman Reformasi dahulu. Saya anggap ada satu niat yang tidak baik dan tidak sopan di belakang cerita ini. Mengikut Habibi  rakyat Indonesia menganggap Sukarno betul-betul gila perempuan.  Presiden Suharto  dianggap  gila harta kekayaan. Manakala Tun Mahathir Muhamad dianggap oleh Habibi betul-betul gila.

Tidak lama sesudah saya menerima panggilan dari Kuala Kangsar  ini, saya  juga telah menerima satu  lagi panggilan telefon dari kawan saya seorang lelaki India dari Sentul.  Kawan saya ini seorang anggota MIC  yang  unggul dengan begitu gembira sekali telah mengulangi berita  Tun Dr. Mahathir Muhamad meninggalkan  United Malays National Organisation. Menurut kawan  saya ini, MIC cawangan Kampung Chu Badak akan mengadakan mesyuarat tergempar  minggu hadapan untuk membincangkan hasrat ahli-ahli MIC yang ingin menjemput Mahathir Muhamad menjadi pemimpin MIC dan menggantikan Samy Velu. Ya asal balik usul.

Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad. Sedarlah rakyat Malaysia terutama orang Melayu bahawa  Tengku Abdul Rahman  adalah  sebagai Bapak Kemerdekaan kita  , Tun Abdul Razak ialah Bapak Pembangunan  kita maka Tun Dr.  Mahathir Muhamad tidak lain dan tidak bukan ialah  Bapak Mirzan kita.

Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah seorang pejuang nasionalis bangsa Melayu yang begitu gigih, menangis-nangis dan  telah bermati-matian berjuang untuk menaikkan taraf ekonomi bangsa Melayu. Dengan penuh kesedaran dan dengan semangat kemelayuan yang tebal sekali demi untuk menaikkan taraf ekonomi Melayu, Mahathir Muhamad telah meluluskan Akta Tanah yang membolehkan tanah rizab Melayu di jual tanpa di tambah ganti.

Dengan penuh kesedaran, juga untuk membantu ekonomi bangsa Melayu, Mahathir Muhamad telah di kelilingi oleh penasihat ekonomi yang gah lagi hebat. Mereka terdiri dari  Ananda Krihnan, Vincent Tan, Lim Goh Tong, Ting Phek Khiing dan Eric Chia. Mahathir dengan bangganya telah membuktikan kepada orang Melayu bahawa seorang pemandu lori dan seorang penjual insurans boleh menjarah dan merompak ekonomi  negara jika  mereka pandai membodek Dr. M.

            Tolong jangan hina Mahathir Muhamad.

Mahathir Muhamad adalah patriot yang paling tulus lagi ikhlas. Lebih tulen dan hebat dari Patriot misile  yang di buat oleh Amerika untuk menggodam Scud Saddam Hussein.  Mahathir dengan semangat yang  patriotik  telah membuat perjanjian rahsia  dengan Caspar Weinberger  untuk membenarkan tentera  dan soldadu Amerika datang masuk ke Malaysia.  Tanpa Tun Dr. Mahathir Muhamad mungkin orang-orang Melayu tidak ada berpeluang melihat soldadu Amerika mendarat di Port Dickson.

Tidak cukup dengan patriotik,  jiwa Mahathir Muhamad juga  telah  di salur pula  semangat anti-Amerika yang berkobar-kobar. Mahathir dengan terbuka hati telah menjemput Amerika Syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ‘anti-terrorist’ untuk negara Asia. Kerana begitu patriotik dan anti-Amerika  pusat ‘anti-terrorist’ ini telah  di rahsiakan dari pengetahuan rakyat Malaysia dan orang Melayu. Malah ahli parlimen kita  juga tidak mengetahui hal ini. Inilah dia jiwa seorang patriot yang cukup anti-Amerika.

Pusat ‘anti-terrorist’ ini cukup rahsia, sehinggakan anak Mahathir sendiri yang bernama Mukriz tidak tahu menahu apa yang telah dilakukan oleh ayahandanya.  Dengan bangga sekali Mahathir telah menjemput Amerika untuk menubuhkan pusat rahsia ini. Semangat anti-Amerika Mahathir Muhamad ini begitu kuat  sekali. Ini dibuktikan, belum pun sempat runtuhan  World Trade Center di New York di baiki pusat ‘anti-terrorist’ ini telah didirikan entah di mana dalam negara kita ini.  Ini adalah bukti  semangat anti- Haliburton bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Haji Muhamad Mahathir.

Tun Dr. Mahathir Muhamad ialah wira dunia ketika yang betul pro Arab dan  anti-Isreal. Dengan senyap-senyap kerana  dasar anti-Isreal yang berkobar-kobar, Mahathir Muhamad telah berunding dalam gelap dengan  Shimon Peres di sebuah hotel di Paris. Rundingan dalam gelap ini tidak di ketahui oleh anakandanya  Mukriz yang pada ketika itu turut bersama di Paris kerana sedang mencari ubat menyubur rambut. Hasil rundingan itu ialah lawatan tim kriket Israel ke Malaysia. Inilah contoh wira dunia ketiga yang pro Arab dan anti-Isreal.

Tolong jangan hina Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.

Kemelayuan Tun Dr. Mahathir Muhamad ini tidak ada tolok bandingnya. Bayangkan dalam negara kita ada beratus ribu peguam Bumiputera  yang hebat-hebat, lihat siapa yang menjadi peguam peribadi Mahathir Muhamad – tidak lain dan tidak bukan orangnya ialah V.K. Lingam. Ini membuktikan :  Air di cincang tidak akan putus. Mana gelap kulit Mahathir gelap lagi kulit Lingam. Hanya yang legam yang dapat melegam yang lain.

Kepada sasterawanis, penulis certot dan pejuang bahasa Melayu what is the because you angry-angry. Kita patut berbangga sama  kerana Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah pejuang bahasa Melayu yang jumud lagi kuat kemut. Lihat bagaimana perkataan belanjawan telah diubah kepada bujet. Inilah contoh keglokalan Mahathir Muhamad.

Ingatilah sampai hari kiamat, tanpa  inisiatif imitatif  inovatif yang imaginatif dari Tun Dr. Mahathir Muhamad kita yang positif lagi reflektif menjadikan anak-anak Melayu kita hari ini tidak lagi  tercicir  dalam  ‘maths and science’.  Sekarang orang Melayu boleh berbangga kerana seorang anak Melayu telah dapat menumpang kapal angkasa komunis Rusia yang tidak bertuhan  itu. What is the because you angry-angry dengan Tun Dr. Mahathir Muhamad. You Malay must equal hepi hepi.

So, tolong jangan you  shykan dan look bottom Tun Dr. Mahathir Muhamad. Silap-silap nanti dia masuk Tamil Tigers.

Comments (50)Add Comment
...
written by FFT, May 20, 2008 10:34:36
report abuse
disagree 14
agree 52
...
written by SUV, May 20, 2008 11:07:47
susu instent kelasik....
report abuse
disagree 3
agree 12
...
written by Pangkis Pangazou, May 20, 2008 11:09:47
AAB however flawed... if compared to Mahathir is a saint. Let him disappear into oblivion. He can disappear to Timbuktu for all i care. Pasal dosa dia sama orang Sabah, saya cadangkan dia naik Gunung Kinabalu.... lepas tu terjun terus dari Low's Gully. Itu pun tidak cukup.
report abuse
disagree 10
agree 34
...
written by myke, May 20, 2008 11:20:48
HISH,
Engkau ni buat aku tersakit perut lah lepas baca tulisan hang ni. TAk boleh kurang kan patriotik kau terhadad kutty ni ke(sori sori tun matir).? Lagi pun dia dah kat zaman batu, macam mana kita nak korek korek korek kan apo namo tu sejarah kolej kutty tu. Biar lah yang lepas tu biar saja.

Lagi pun buat apo kau libat kan makcik gemuk tu, kau silap lagi, dia pi rumah kutty bukan pimjam rambut palsu kat siti, tapi sami kat sana, jadi dia pimjam kat sami tu.

Din, silap kita yang lepas tu biar lah saja, jangan ingat kan kita ni yang kita tak hormat pada kutty ni, betul kita dah silap, memang kita namakan mamak kutty ni kepala ular, itu pun kerana dah tak ada nama lain lagi nak panggil dia, kutty la, maha apo tu, mamak la dll semuanya dah diambil guna orang lain.

Din, baik lah, kita buang kan yang keruh ambil yang jernih...sama seperti..kita buang kan yang mamak dan ambil yang kutty.

peace Brudder. Jangan marah ya, nanti cepat tua.
report abuse
disagree 7
agree 23
...
written by freedom lover, May 20, 2008 11:51:34
Kami tak hina Mahathir. Mahathir yang menghina kami!
report abuse
disagree 13
agree 36
...
written by mhwang, May 20, 2008 11:51:45
rilek bruder...this is a classic article. poetic gymnastics of a higher kind!
report abuse
disagree 3
agree 23
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by tano, May 20, 2008 11:56:50
wonder from where anwar comes from? even the so-called malays here in malaysia pun asal usul dari mana? stop talking about keturunan lah my fren
report abuse
disagree 15
agree 23
...
written by smpadayachi, May 20, 2008 11:57:10
Cantik betoi lah bang Hisham..Nak dandan rambut diKuala Kangsar, amboi sedapnyer kasut tumit tuer..this is what we're waiting..Jgn Hina Mahathir..by all means not a soul wants to hurt him, betoi tak bang Hisham??but for the horror he's done..hina bukan nak berhenti bang..the volacano is going to blow up..and off we can to be just normal people. He's liar and wants to weassle out from infamous Hunh..Korek..Korek..Korek tape. Dia tue jahat sgtlah bang..and no hina can ever prevent from the horror he had done to all of us. Last sekali terima kasih yer for giving us good jolt utk perkataan "Hina".
report abuse
disagree 8
agree 9
...
written by slash n burn, May 20, 2008 12:03:22
Mahathir hina diri sendiri dengan kelakuannya yang hina!
report abuse
disagree 8
agree 19
...
written by SeriousLy, May 20, 2008 12:05:49
Mahathir like people say he's "Mamak Kutty"! So is he a "MALAY" Malay? He's a super Politician! Put it this way, he's one the most "Super Politician in the world"! He saw that Malays and Islam is the best bet that he manipulate to gain popularity and he did it! It's a success!
report abuse
disagree 8
agree 18
...
written by Tornado, May 20, 2008 12:13:35
Ha ha ha ha......
Mahathir Maha Kutty..

Memang Contra Rotating betul la ko punya warkah...

Ha ha ha ha ha.......
report abuse
disagree 8
agree 14
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by The dragonheart, May 20, 2008 12:56:30
In a way this old man has helped Ananda Krhrisnan, Vincent Tan, Eric Cheah, Daim, etc2 to be billionaires.

He also had made mega structures as landmarks to make Malaysia known and proud by forcing Petronas, EPF, and other public funds to pay for it..

This old man too has done what others never thought of doing except the double tracking railway,hydro project at Bakun, and the half bridge at johore...

if materiaised, people can stay in perak and work in KL, electricity need not require oil to burn and malaysia can suppy electricity to other neibouring countries too, and people in singapore will close down their shops coz JB is cheaper to spent.

But this old man only gives the job to his cronies... and so does his successor..

As for Hisham, your peanuts to him, and that is why he sent you to a nusery in Jelebu...and I don't blame you to hate this old man so much..

As for me, all political parties are still relevant,maybe its high time UMNO revamp themselves. But they cant clean their dirt while still in power. Their ego is too strong. They can only clean themselves if they are been put as the opposition. Thats include the rest of the BN members. Once they are in the opposition, we will see the massive retrenchment of the dead logs in this party.

As a Muslim, I thanked Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamed for all your good deeds to the country and may Allah give you the Blessing... And for your bad deeds, if it was in a way hurt me, I forgive you, but Please seek forgiveness to Allah for your ownself. Tuan Guru Dato Nik Aziz welcomes you to join PAS if you wish to be a better Muslim.

May Allah save and protect Us all. InsyaAllah.
report abuse
disagree 24
agree 26
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by joeawk, May 20, 2008 14:17:05
I hate to say it but I was so happy when i came to know that he resign.
report abuse
disagree 6
agree 10
...
written by rakyatmalaysia, May 20, 2008 14:23:02
Well, in that case, WHY EVEN THE BRITISH DONE GOOD FOR US ? WHY DID WE MERDEKA ? same logic eh
report abuse
disagree 6
agree 5
...
written by Cikgu Bedah, May 20, 2008 14:54:22
Kah Kah Kah!
Brader Sham has struck again with a kelakar giler piece! smilies/grin.gif smilies/grin.gif
TDM bersandiwara je tu.
PM pun dah tak kematu dan tak heran dan boleh kata "Why should I resign?"
Love Malaysian politics! Full of intrigue and sub-sub plots! Kalah telenovela dan sinetron.. smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 5
agree 10
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by cwy, May 20, 2008 18:04:07
Mamak Malaysia suka jual roti canai,
Cuma Mahathir berkecimpung dalam bisnes roti Jepun.
Setelah memimpin negara kita secara bijak pandai.
Kepadanya harus kita pohon beribu-ribu ampun!
report abuse
disagree 6
agree 9
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Fernz, May 20, 2008 22:53:26
Let's not get into this mamak and kaka thing. It's
petty.

Mahathir is a Muslim and in Malaysia all Muslims are
considered Malays if they habitually speak the Malay
language and practice Malay culture and customs.

True, that Mahathir wrote Indian Muslim as his race
when entering the University of Singapore to do
medicine. This was revealed by Lee Kuan Yew himself.

But this should not detract from the constitutional
definition of a Malay. Hence, Mahathir is a
constitutional Malay.

Also, it must be remembered that the great majority of
the Malays in Peninsular Malaysia are in fact not
Malays but Bugis, Minang, Javanese, Achenese etc etc
It was the British who called them Malays. In fact,
USM has done a study on this.

Malay nationalism was something invented in Singapore
by the Kakas and the Jawi Peranakan (children of Kaka
fathers and Malay mothers) and not the other groups
from Nusantara who now call themselves Malays. That's
why Malay politics is dominated by kakas, followed by
mamaks and Arabs and not the other groups from
Nusantara who call themselves Malays.

http://fernzjoefernandez.********.com

report abuse
disagree 7
agree 18
...
written by ttwangsa, May 20, 2008 23:14:11
Sdr Hisham, kita orang ni tak berniat langsung untuk menghina Dr M. Sikit sikit cuit tu ada la tapi tak la sampai ke tahap menghina.
Kita faham sangat satu hari kita pun akan menjadi tua seperti Dr M. Harapnya kita tak kuat merajuk macam Dr M. Buruk sangat rasanya dan tentulah menyusahkan anak cucu kita nak memujuk.
report abuse
disagree 6
agree 6
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by gromy, May 21, 2008 08:59:15
I have this to say to the writer: Memang mudah sekali untuk kita mencerca, menghina, menyindir TDM atau sesiapa sahaja. Kita boleh mengata apa saja - anak mamak, anak paria, nyanyuk, gila dan sebagainya. Kita tidak perlukan akal dan kematangan untuk berbuat demikian. Budak kecil pun tahu mengata-ngata sedemikian.
Yang susahnya adalah untuk memimpin bangsa dan membangun negara. Siapa yang miliki wawasan seperti TDM? dibawah pimpinannya lebuhraya dan pelbagai prasarana dibina yang telah memesatkan perkembangan ekonomi negara dan meningkatkan dayasaing kita. Syarikat-syarikat kita berkembang ke merata pelusok dunia. Kerana kedegilan dan kekerasan TDM lah kita miliki semua ini. Kalau diikutkan pengkritik dan pencerca semacam penulis, tidak banya yang dapat dilakukan. Sayangnya, yang mencerca tidak pernah punya pengalaman memmbangun negara. Mereka hanya tahu mengata-ngata.
report abuse
disagree 9
agree 33
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by gromy, May 21, 2008 12:45:25
this is for mamamia: memang mengata orang tu mudah dan seronok. you can say anything - moronic or katak or whatever. but infrastructure and nation building is easier said than done. it needs foresight, vision, strong political will, managerial capabilities. it is easier done in already advanced countries. they have the legal structure, social attititude, political and economic maturity that facilitate such development. It had never been easy for third world, like we were.

kalau benda tu mudah seperti yang dikata, semua negara dalam dunia ni dah lama maju. a 500 km journey in Sumatera or Pontianak or even Java takes at least 3X the time you do here.

Daripada mengata orang tu, baiklah awak kat cermin dan tanya diri sendiri apa yang awak dah sumbangkan pada bangsa dan negara!
report abuse
disagree 6
agree 17
...
written by Blackgiring, May 21, 2008 14:36:26
...wahai manusia manusia yang lemah! aku tak perlu di ingati...dalam 100 tahun akan datang mereka mereka ini akan membuat analisa 'bijak' mereka dan memporak-perandakan semua kejayaan dan kemajuan yang sedia ada kerana they are all half past-six people....and they don't even know what they are talking about!!
report abuse
disagree 0
agree 2
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by NancyL, May 21, 2008 18:25:39
Tuuuu...tengok tu!!!!...komen pasal Mahathir tapi eja nama beliau pun tak tahu?...dah buat research betul-betul ke?...atau kutip tahi orang di tepi jalan?.....Mahathir Mohamad!!!!LAH!!!! bukan Mahathir Muhamad!!!!...itu lah Melayu..nak hina orangpun tak ada QUALITY...lantak engkaulah HASHAMADDIN!!!!
report abuse
disagree 6
agree 17
...
written by Ujang, May 21, 2008 20:54:24
Tetapi Saudara Hishamuddin memang orang Melayu pure punya dari Jelebu. Mungkin moyang dio Waris Asli. Itu sobab dio berani macam orang Asli. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 4
agree 6
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by rosli642003, May 22, 2008 21:36:43
Sudahlah Hishamuddin.Si Tun nyanyok dapat juga jadi PM.engkau tu apo yang ado.baru keno gortak nak kona tangkap mencecet lari menyorok ke nogori orang putih.kawan kawan engkau yang anak jantan masuk lokap.balik malaysia tercongang tengok KL lebih hebat dari London.pondan. buat malu orang minang jo.tapi tak po, den suko baca tulisan engkau .oops tolong jangan hina hishamudin anak pak rais.
report abuse
disagree 4
agree 9
...
written by SUV, May 23, 2008 11:34:55
hahaha..tiba tiba,si pake 3 roda juai mamak mee goreng tipi jalan teringat dia tak tulit sulat kapada ehud barak..apasai tiba tiba dia muntah keluar ini?siapapun tak tanya pasai pengarang surat itu?aah...semakin gelisahlah si kaka punde ni.... smilies/grin.gif
report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by Solitaire, May 24, 2008 22:28:43
Adakah anda kekurangan daripada orang lain, bagi membolehkan anda mengutuk seseorang dengan begitu sadis sekali? Adakah anda cuba atau masih mencari cari kehidupan anda yang masih lagi berada di era 70an itu?
God will only help those who help themselves.
Peace be with you bro.
report abuse
disagree 2
agree 18
...
written by SUV, May 26, 2008 12:32:58
aah,si punde tiba tiba cakap pase hindraf,lee kuan yew,ehud barak...haha,dia sedang dibakar...semua sedang muntah keluar...bagus..ladi dia kena bakar,lagi banyak rahsia akan kelaur..flame on!!!
report abuse
disagree 3
agree 2
...
written by stchin, May 26, 2008 16:10:20
" Hey , YOU, step down or i won't go back to umno.....or i may not come back ....!!??" ( lingam affair is really a stomach headache !)
report abuse
disagree 2
agree 2
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by sarawakian, June 04, 2008 22:28:30
this article just shows that there are indeed some great Malays out there that s/o Kutty did not manage to snub off. ROTFLMAO.

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Bluechip, June 11, 2008 16:47:42
Tun Dr Mahathir tidak akan dihina ........percaylah smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by slimbrowser, June 20, 2008 12:12:33
Somebody said that "We would not be where we are now had it not been for Mahathir". I beg to differ. Had it not because of Mahathir, we could have been in a much better form.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by slimbrowser, June 20, 2008 12:17:45
Mahathir used concrete infrastructure as a yardstick for development, but he forgot that development comes in many forms. He forgot about economic development, spiritual, social, and most important of all educational development.

Now with the fuel price increase, and shortage of food i.e rice, no amount of Mahathir development could balance the imbalances.

His tacit approval to the existence of transient communities in Sabah defiled the sovereignty of our country. He could be tried for treason.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by sdcsrcc, June 28, 2008 05:57:32
Tamil Tigers??

Tolong jangan hina Tamil Tigers!

Mengapa pula tak sebut TDM masuk PLO?

report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM